Anda di halaman 1dari 1

Anis Salwa binti Muhamad Zalizan

Jabatan Pengurusan Hartanah,


Kolej Pengajian Alam Bina,
Universiti Teknologi MARA (UiTM),
32610 Seri Iskandar, Perak.
___________________________________________________________________________
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,
Majlis Daerah Tanjung Malim,
Jalan Wawasan Dagangan 5,
Bandar Behrang,
35900 Tanjong Malim, Perak. 7 November 2023

Tuan / Puan,

PERMOHONAN TEMU RAMAH UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN

Merujuk perkara di atas, saya Anis Salwa pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Jabatan Pengurusan
Hartanah, Kolej Pengajian Alam Bina di Univeristi Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar
ingin meminta jasa baik dari pihak Tuan / Puan untuk membenarkan saya dan ahli kumpulan
saya menemu bual wakil pihak Tuan / Puan secara bersemuka untuk mendapatkan beberapa
maklumat tentang perancangan bandar di Proton City.

2. Objektif kami menemu ramah Tuan / Puan adalah untuk menyempurnakan tugasan
pembelajaran bagi kod RES613 iaitu Property Development. Oleh itu, kami sertakan maklumat
seperti di bawah:

Tarikh : 17 November 2013


Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Majlis Daerah Tanjung Malim
Bilangan Pelajar : 4 Pelajar

3. Justeru itu, saya lampirkan surat kebenaran lawatan daripada UiTM berserta soalan
temu ramah yang ingin kami ajukan pada hari tersebut. Segala maklumat adalah sulit dan hanya
digunakan untuk tujuan tugasan dan pembelajaran sahaja.

4. Kami berharap agar pihak Tuan / Puan dapat mempertimbangkan permohonan kami
untuk menemu ramah bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan. Kerjasama dari pihak
Tuan / Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Anis Salwa
Pelajar Ijazah Sarjana Muda,
Jabatan Pengurusan Hartanah UiTM Seri Iskandar.

Anda mungkin juga menyukai