Anda di halaman 1dari 1

Universiti Teknologi MARA,

Cawangan Kelantan, Kampus Machang, 


Bukit Ilmu, 18500 Machang,
Kelantan

Pengurus,
DR Group Holding Sdn Bhd
No.2 Jalan Teknologi
3/5 Selangor Science
Park 1 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan 12 Oktober 2015

Tuan,

PERKARA: PERMOHONAN MELAKUKAN LAWATAN KE DR GROUP HOLDING SDN BHD

Perkara di atas adalah dirujuk. Kami pelajar-pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
UiTM Cawangan Kelantan, ingin mendapatkan kebenaran membuat lawatan ke kilang tuan.

Lawatan kami bertujuan untuk mendapat pendedahan tentang pengurusan stor, analisis risiko,
kajian nalitikal, dan kawalan dalaman di kilang tuan. Ini adalah untuk memantapkan pemahaman kami
tentang perkara-perkaratersebut dan seterusnya membolehkan kami menjawab soalan-soalan peperiksaan
dengan jayanya. Berikut adalah butiran lawatan dari pihak kami:

Tarikh : 19 November 2015


Masa : 10.30 pagi
Bilangan pelajar : 103 orang
Bilangan pengiring : 3 orang pengiring

Sebarang maklum balas,pihak tuan boleh berhubung terus dengan urusetia perhubungan awam program
lawatan ini.

Urusetia Perhubungan Awam:


No telefon :
Alamat emel:

Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai.

Sekian,terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………….
()
Setiausaha,
Fakulti Perakaunan
UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang.

Anda mungkin juga menyukai