Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Kami : UPM/K11/MTM1415/KS15/T(01)

Tarikh : 14 Januari 2015

YBhg. Dato' Dr. Siti Norlasiah binti Ismail


Ketua Pengarah
Pejabat Ketua Pengarah
Tkt. 21 Bangunan LPPKN
Peti Surat 10416
50712 Kuala Lumpur.

Melalui ;

YBhg. Prof. Dato Dr. Mohammad Shatar Sabran


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Putra Malaysia
43400 SERDANG

YBhg. Dato',

MEMOHON SUMBANGAN BAGI KARNIVAL SRIKANDI 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sebelas dengan


kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pihak Pengurusan Kolej Sebelas akan
mengadakan Karnival Srikandi 2015 seperti butiran berikut :

Tarikh : 22 Mac hingga 3 Mei 2015


Tempat : Sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia, Hospital
Serdang, Putrajaya dan Rembau.
Peserta : Mahasiswa Kolej-Kolej Universiti Putra Malaysia,
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Luar dan
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan.

3. Untuk makluman YBhg. Dato', tujuan aktiviti ini diadakan untuk:

I. Membantu para pelajar bergiat aktif dalam pelbagai bidang secara berkumpulan
(S2).
II. Meningkatkan kemahiran komunikasi serta menyerlahkan bakat kepimpinan dalam
diri pelajar (S1,S4).
III. Memahami dan menghayati nilai-nilai kasih sayang serta memberikan bantuan
kepada insan yang memerlukan (A5,A2).
IV. Mengenalpasti bakat yang ada dalam diri pelajar dalam bidang kebudayaan (P1).
V. Menambahkan pengetahuan serta memberi peluang kepada para pelajar untuk
mengaplikasi dalam bidang keusahawanan (C1,C3)
4. Sehubungan itu, kami memohon pertimbangan dan jasa baik dari pihak YBhg.
Dato', untuk memberikan sumbangan dan bantuan dalam bentuk kewangan bagi
meringankan kos program. Sumbangan ikhlas dari YBhg. Dato,' diharap dapat melicinkan
perjalanan program ini.

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi saya di talian


014-7362452 atau Timbalan Pengarah program, Cik Arina di talian 019-7795256.
Bersama-sama ini disertakan surat kelulusan program, kertas kerja dan usul penajaan
program untuk rujukan pihak YBhg Dato'.

Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak YBhg. Dato', adalah sangat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERILMU BERBAKTI

MENJANA PELAJAR BUDIMAN

Yang menjalankan tugas,

(NUR ADILAH BINTI MOHD FARID)


Pengarah
Karnival Srikandi 2015
Kolej Sebelas
Universiti Putra Malaysia

s.k. Pengetua Kolej Sebelas

Anda mungkin juga menyukai