Anda di halaman 1dari 1

"Sebagai rakyat Malaysia,saya berasa bangga menjadi anak Malaysia.

Saya berterima kasih kepada


pemimpin Negara Malaysia yang bertungkus-lumus untuk mencapai kemerdekaan. Kepada rakyat
Malaysia, pertahankanlah kemerdekaan Negara kita yang ke-52 tahun. Demi Negara yang tercinta
ini, kami ingin berterima kasih dengan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Saya juga
berterima kasih kepada perjuang-perjuang Malaysia yang sanggup berkorban masa, harta mahupun
nyawa demi tanah air yang tercinta. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang
membantu Negara kita untuk memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang. Tidak lupa juga pada
perdana menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra AL-haj yang memerdekakan
Negara dengan tanpa pertumpahan darah."

"Pada tahun ini kita telah mencapai kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Saya sebagai rakyat
Malaysia, berasa bangga di atas kemerdekaan yang kami kecapi dari tahun 1957 sehingga tahun
2009 ini.Kami juga menghargai segala jasa tokoh-tokoh pejuang kerana telah membenarkan kami
bebas daripada penjajahan.Kami juga berterima kasih kerana telah dilahirkan sebagai rakyat
Malaysia yang bersatu padu. Ini membuatkan kami berasa amat bangga sekali.Dengan ini,kami
sebagai rakyat Malaysia sungguh berbangga dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang
telah dilakukan oleh para pejuang yang telah berjuang dan sokongan rakyat Malaysia."

Anda mungkin juga menyukai