Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA HARI ORIENTASI TAHUN 1 SKS6KD 2024/2025

AGENDA TEKS CATATAN


ALUAN Sirih berlipat sirihnya pinang,
Sirihnya dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera dan selamat pagi.

Yang berusaha,
En. MOHD JOHARI BIN MOHAMED SAHAR
Guru Besar SK Seksyen 6 Kota Damansara

Yang dihormati,
En.MOHAMAD HAIRUL IZWAN BIN MOHD SHUKOR,
Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. NOOR HASYIMAH BINTI GHAZALI


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

USTAZAH FAIZAH BT MD. RAWI


Penolong Kanan Kokurikulum,

Pn. ZAIROSHANA BINTI MUSA


Penolong Kanan Petang

Yang dihormati,
Barisan Ibu bapa dan penjaga serta guru-guru yang saya
kasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi buat julung kalinya kita


bertemu, sempena HARI ORIENTASI TAHUN 1.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kersyukuran dipanjatkan ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya, kita
dapat berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Hari
Orientasi Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota
Damansara.

Hadirin yang dihormati,

Seluruh warga sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi


ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baharu
tahun 1 seramai 270 orang yang telah diterima masuk ke
SK Seksyen 6 Kota Damansara.
Selamat datang ke SK Seksyen 6 Kota Damansara dan
sekali gus menjadi warga sekolah ini.

Diharapkan anak-anak murid yang diterima dapat belajar


membina kecemerlangan mereka di peringkat rendah.

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh
jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis dengan ini


menjemput ___________________________ untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

*****************bacaan doa***************

Amin…. Amin Ya RabbalAlamin………


Majlis mengucapkan terima kasih kepada
__________________________ atas bacaan doa
sebentar tadi.

NYANYIAN Hadirin dipersilakan berdiri untuk nyanyian lagu negaraku


LAGU dan negeri Selangor.

…………………………………………..

Hadirin dipersilakan duduk

TAKLIMAT Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha


GURU Encik Ooi Ban Aik, Guru Besar SK Seksyen 6 Kota
BESAR Damansara untuk menyampaikan ucapan dan taklimat
………………………………………..

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


****************ucapan penutupan*****************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan guru


besar atas kesudian menyampaikan taklimat sebentar
tadi.

INFO Baiklah, di sebelah kanan tuan-tuan dan puan-puan ialah


Dewan Bestari.

1. Ibu bapa boleh membuat bayaran mengikut kelas


anak tuan2 dan puan2.

2. setelah membuat bayaran, ibu bapa boleh


mengambil buku teks pinjaman di bilik BOSS yang
terletak di bahagian hujung sebelah kiri dewan.

3. Kemudian, setelah selesai urusan bayaran dan


mengambil buku… ibu bapa boleh mengambil anak
di kelas masing-masing.

• Kelas 1 Merah dan 1 Biru berada di tingkat 1


sebelah kiri.
• Kelas 1 Kuning, 1 Hijau, 1 Jingga, 1 Ungu, 1
Putih di tingkat satu juga sebelah kanan.

Bagi melancarkan pergerakan,

ibu bapa yang memegang nombor giliran 1 hingga 10


boleh bergerak dahulu ke dewan sana, untuk membuat
bayaran.

Yang lain, boleh tunggu di sini dahulu, nanti kami panggil


nombor giliran berikutnya untuk bergerak kesana.

11-20
21-30
Penutup Dengan berakhirnya ……………………………….. maka
lengkaplah Majlis
…………………………………………..
Saya ____________________ menyusun 10 jari tanda
kemaafan jika sekiranya sepanjang mengendalikan majlis
pada hari ini terdapat kesilapan dalam berkata-kata dan
tersalah bicara yang dilakukan. Semoga kita semua
dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan. In shaa Allah.
Sekian Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai