Anda di halaman 1dari 3

Script

Em: Assalammualaikum dan selamat pagi. Selamat datang ke sesi temu duga kita pada pagi ini.
Untuk makluman temu duga ini adalah untuk kenaikkan pangkat sesi 2022/2023. Baiklah
tanpa melengahkan masa, diminta saudari untuk memperkenalkan diri dahulu.

Nia: Waalaikumusalam, selamat pagi juga kepada Puan Sara serta Puan Emelyn. Saya Nisrina
Nabihah bt Satariah. Saya telah bekerja di syarikat Kebayas sebagai pengurus projek selama
5 tahun dan saya ingin mencabar diri saya untuk menjadi seorang eksekutif projek di syarikat
Kebayas ini.

Sara: ok baiklah, kita mulakan sesi temuduga dengan soalan pertama, pada pendapat anda
mengapakah anda layak mendapat promosi ini berbanding rakan sekerja anda yang lain?

Nia: Saya bukan ingin memandang remeh terhadap rakan sekerja saya yang lain, tetapi saya
merupakan seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang pekerjaan yang
dipromosikan ini. Saya seorang sangat komited dengan perkejaan saya , malahan saya juga
merupakan graduan dalam bidang perniagaan antarabangsa pada tahun 2018 dan mendapat
anugerah graduan terbaik dalam bidang tersebut.

Em: baiklah, apakah pencapaian utama anda selama anda bekerja di syarikat ini, yang memberi
impak kepada organisasi?

Nia: Salah satu pencapaian utama saya yang memberi impak kepada organisasi adalah ketika saya
memimpin projek peningkatan kepuasan pelanggan di syarikat Kebayas. Saya memimpin
pasukan dalam mengimplementasikan pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan dan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi pelanggan kami. Hasilnya,
kami berjaya meningkatkan skor kepuasan pelanggan sebanyak 20% dalam tempoh 6 bulan.
Selain itu, kami juga mendapatkan lebih daripada 500 pelanggan baru dalam tempoh yang
sama. Bukan itu sahaja, pada tahun itu juga saya Berjaya mendapat anugerah pekerja terbaik
setelah saya berkhidmat dalam syarikat tersebut selama 5 tahun.

Em: beralih kepada soalan seterusnya, apakah kelebihan dan kelemahan yang anda alami semasa
bekerja di syarikat ini?

Nia: Salah satu kelebihan yang saya rasakan semasa bekerja di syarikat ini adalah kemampuan
saya dalam bekerja secara berpasukan. Saya sangat gemar bekerjasama dengan rakan sekerja
dalam mencapai matlamat bersama, dan saya percaya bahawa hasil kerja yang baik adalah
hasil daripada kerjasama dan kolaborasi. Saya senang berinteraksi dengan rakan sekerja yang
memiliki latar belakang profesional yang berbeza dan mampu memberi sumbangan idea
yang berbeza. Oleh itu, saya yakin kemampuan saya untuk berkomunikasi dengan baik dan
kerjasama dengan pasukan adalah kelebihan yang saya bawa ke syarikat ini.

Salah satu kelemahan yang saya hadapi semasa bekerja di syarikat ini adalah merasa tergesa-
gesa di bawah tekanan. Terdapat beberapa situasi di mana keperluan projek yang mendesak
boleh menimbulkan tekanan bagi saya. Namun, saya sedang berusaha untuk mengatasi
kelemahan ini dengan melakukan pengurusan masa yang baik. Saya juga mengambil inisiatif
untuk meningkatkan kecekapan diri dengan mengikuti kursus pengurusan stres dan
menggunakan kaedah seperti perancangan terperinci dan prioritizasi tugas untuk
mengurangkan ketegangan dan meningkatkan produktiviti."
Sara: jika anda dipilih untuk kenaikkan pangkat, adakah anda yakin bahawa anda boleh
membuktikan prestasi yang baik?

Nia: sekiranya saya dipilih untuk kenaikkan pangkat, saya amat yakin bahawa saya boleh
membuktikan prestasi yang baik kerana saya seorang yang amat berdikasi dan bermotivasi
tinggi. Saya memiliki motivasi yang kuat untuk memberikan yang terbaik dalam pekerjaan
saya.Saya selalu berusaha untuk meningkatkan kemampuan dan pengetahuan saya dalam
pekerjaan ini. Saya juga memiliki kemampuan untuk berpikir secara kreatif dan menawarkan
kaedah inovatif untuk masalah yang dihadapi oleh organisasi. Saya selalu sedia untuk
mengambil inisiatif dan melakukan perubahan yang diperlukan untuk mencapai hasil yang
lebih baik.

Em: bagaimanakah anda berhadapan dengan tekanan atau situasi kerja yang mencabar?

Nia: Apabila kita mempunyai jawatan yang lebih tinggi biasanya akan melibatkan tekanan yang
lebih besar jadi saya akan cuba untuk Mengatur waktu dan prioriti. Saya akan membuat
tugas yang perlu diselesaikan dan mengatur prioriiti berdasarkan kepentingannya. Dengan
itu, saya dapat fokus pada tugas yang memerlukan perhatian segera dan menggunakan masa
dengan lebih efektif.

Em: apakah jangkaan gaji anda untuk jawatan baru ini?

Nia: Saya percaya bahawa syarikat Kebayas menwarkan gaji yang kompetitif dalam pasaran kerja
harin. Memandangkan saya mempunyai pengalaman lebih 6 tahun dan rekod prestasi saya

bagus gaji ideal saya ialah rm5000-6000 setiap bulan .tetapi saya fleksibel dengan jangkaan
saya dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang faedah yang bakal ditawarkan.

Sara: apakah yang anda akan lakukan dalam tempoh 90 hari pertama selepas kenaikkan pangkat?

Nia: saya akan Kenali peranan baru saya. saya akan Mulakan dengan memahami secara
mendalam tanggungjawab dan amanah yang melekat kepada kenaikan pangkat saya iaitu
sebagai eksekutif projek Syarikat kebayas ini. Saya akan baca semula keterangan kerja dan
cadangan tugas supaya saya dapat memahami sepenuhnya apa yang diharapkan daripada
syarikat di peringkat baru ini. Saya akan cuba untuk menggabungkan maklum balas
pelanggan sebanyak mungkin, menganalisis data, dan melaksanakan langkah-langkah
pemulihan yang sesuai. Saya juga mengkoordinasikan masa dan sumber dengan pasukan
lain, dan memastikan perkembangan projek berjalan lancar. Pencapaian ini memberi impak
yang besar kepada organisasi kerana meningkatkan kualiti hubungan pelanggan,
memperluaskan pangkalan pelanggan, dan meningkatkan reputasi syarikat.

Em: Baiklah, kita sudah pun sampai ke Akhir proses temuduga Ini, Adakah Puan Nia mempunyai
Sebarang pertanyaan?

Nia: Baiklah, saya tidak mempunyai sebarang pertanyaan. Saya amat berterima kasih kepada
puan Sara dan Puan Emelyn kerana telah memberikan saya peluang untuk melakukan temu
duga ini dan saya mengharapkan puan Emelyn dan Puan Sara boleh meberikan peluang
kepada saya untuk mencabari diri saya sebagai eksekutif projek.

Sara: baiklah saudari nisrina nabihah, sesi temu duga kita pada hari ini telah tamat

Terima kasih atas kerjasama dan tumpuan penuh yang telah diberikan. Semoga berjumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai