Anda di halaman 1dari 2

Ikmal Hakim Bin Suhaili

37, Hala Pulai Jaya 3,


Bandar Pulai Jaya,
31300 Simpang Pulai,
Perak Darul Ridzuan

Pengarah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,
17, Jalan Raja Di Hilir,
30350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan. 08 Februari 2024

Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR KERJA

Merujuk perkara di atas, saya, Ikmal Hakim Bin Suhaili ingin menyatakan sebab-sebab lewat hadir ke
tempat kerja pada Januari 2024

2. Untuk makluman, saya lewat hadir kerja pada 17,18,23,24 Januari 2024 oleh kerana faktor
kecuaian saya dalam menepati waktu. Hal ini disebabkan, saya lambat untuk bertolak keluar
dari rumah dan perlu menempuh kesesakan lalu lintas yang membuatkan kelewatan.

3. Namun begitu, saya ingin menjelaskan bahawa pada tarikh 23 dan 24 Januari 2024 yang
mengatakan saya gagal membuatkan imbasan jari adalah disebabkan pada ketika itu saya di
arahkan bertugas di luar ibu pejabat sehingga lewat pulang ke ibu pejabat dan menyebabkan
saya tidak dapat membuat imbasan jari oleh kerana ibu pejabat sudahpun tutup.

4. Saya ingin memohon maaf atas kelewatan saya untuk hadir ke tempat kerja dah telah
menyulitkan urusan di pejabat. Saya akan lebih berhati-hati untuk tidak mengulangi perkara
ini dan akan memaklumkan puan terlebih dahulu jika lewat datang kerja pada masa akan
datang.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Ikmal Hakim Bin Suhaili)


Pembantu Pustakwan
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Anda mungkin juga menyukai