Anda di halaman 1dari 9

Selasa Bahagian B No.

7 24 Mei 2022

Gambar tersebut menunjukkan langkah-langkah


pencegahan denggi. Terdapat banyak langkah
untuk mencegah demam denggi.
Pertama sekali, kita boleh menggunakan
masa 10 minit setiap hujung minggu untuk
menghapuskan nyamuk Aedes. Seterusnya, kita
mesti membuang air bertakung supaya nyamuk
Aedes tidak membiak. Selain itu, kita harus
membubuh ubat jejentik di tempat air bertakung
agar mengelakkan nyamuk Aedes daripada
bertelur. Akhir sekali, kita perlu bergotong-
royong membersihkan kawasan perumahan bagi
mencegah berlakunya pembiakan nyamuk Aedes.

Kesimpulannya, kita wajar membendung


pembiakan nyamuk Aedes demi kesejahteraan
hidup kita.

10. 30 Jun 2022 A Bina Ayat


11. 5 Julai 2022 B Faedah Berkebun di Rumah
Selasa Bahagian B No. 11 5 Julai 2022

Gambar tersebut menunjukkan faedah berkebun


di rumah. Terdapat pelbagai kebaikan berkebun
di rumah.
Pertama sekali, kita boleh memanfaatkan
masa lapang dengan berkebun supaya kita tidak
membazir masa kita. Seterusnya, berkebun
menjamin kesihatan badan kita kerana kita akan
mengeluarkan peluh semasa berkebun. Selain itu,
kita dapat menambahkan pendapatan keluarga
dengan menjual hasil tanaman. Akhir sekali,
berkebun mampu menghijaukan persekitaran
rumah agar alam sekitar terpelihara.
Kesimpulannya, kita haruslah berkebun
untuk menjamin kesejahteraan hidup kita.
Sabtu, 26 Mac 2022
x

7:30 pagi
Aku dan keluarga ke Tasik Beris, Sik, Kedah untuk
x

memancing ikan. Sebelum bertolak, kami membuat


persiapan dengan memasukkan barang yang
diperlukan ke dalam kereta. Kami membawa kit
keselamatan dan juga tidak lupa memeriksa
kenderaan supaya keselamatan sentiasa terjamin.
Kami menyediakan senarai semak untuk mengelakkan
berlakunya ketinggalan barang.
x

8:30 pagi
Bapa memandu kereta dengan cermatnya agar tidak
berlaku kemalangan. Jalan menuju ke destinasi
semakin sempit. Kawasan berbukit dan berselekoh di
sana. Kami berbual-bual sepanjang perjalanan bagai
murai tercabut ekor.
x

10:30 pagi
Kami telah tiba di Tasik Beris, Sik, Kedah. Kami
sekeluarga mendaftarkan diri di inap desa. Selepas
itu, kami menuju ke jeti untuk menaiki bot. Kami
memakai jaket keselamatan agar tidak berlaku
kemalangan.
X

11:30 pagi
Terdapat banyak tunggul kayu di tasik itu. Apabila
kami tiba di tengah-tengah tasik, kami mengeluarkan
alatan memancing. Kami duduk dengan seimbangnya
supaya tidak terjatuh ke dalam tasik.
X

12:30 tengah hari


Saya belajar memancing daripada bapa yang
berpengalaman. Bapa mengajar kami cara mencangkuk
umpan. Kami menanggalkan mata kail dengan berhati-
hati kerana ia amat tajam. Ibu menasihati kami
supaya sentiasa berwaspada terhadap persekitaran.
X

3:00 petang
Selepas siap memancing, kami pulang ke inap desa.
Bapa menyalakan api dengan menggunakan arang. Ibu
memesan kami supaya berhati-hati semasa menolong
bapa menyalakan api. Kami membakar hasil ikan yang
kami pancing. Kami sekeluarga bermalam di inap desa
selepas makan malam.
Rabu Bahagian B- Ulasan 20. 9 November 2022

Gambar tersebut menunjukkan langkah-langkah


memupuk semangat kejiranan. Terdapat pelbagai
cara untuk memupuk semangat kejiranan.
Pertama sekali, kita boleh mengunjungi rumah
jiran jika ada masa lapang untuk mengeratkan
hubungan dengan jiran. Seterusnya, kita harus
bertegur sapa dengan jiran agar hubungan kita
lebih erat. Selanjutnya, kita perlu membantu jiran
mengangkat barang supaya meringankan beban
jiran. Akhir sekali, kita hendaklah menghantar jiran
yang sarat mengandung ke hospital untuk
menunjukkan rasa kasih sayang terhadap jiran.

Kesimpulannya, kita mesti memupuk semangat


kejiranan agar hidup kita sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai