YA ALLAH
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadamu kerana
mengizinkan kami untuk menjayakan majlis salam perpisahan
tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jelempok 2020
Kurniakanlah kami lisan yang sentiasa menyebut namamu ,hati
yang penuh segar mensyukuri nikmatmu serta badan yang
ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahmu.
YA RAHMAN
Kami memohon kehadratmu semoga engkau jadikan majlis ini
sebagai wadah perjuangan untuk kami bersatu padu,menabur
jasa bakti membangun dan memartabatkan bersama Sekolah
Kebangsaan Jelempok dipersada arus perdana pencetus
tranformasi yang mampu menghadapi cabaran masa kini
YA RAHIM
Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala
kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang
tinggi bagi merealisasikan cita-cita yang murni
YA WADUD
Dengan kudrat dan iradatmu atas kalimah kun fayakunmu
jadikanlah pertemuan kami bersama insan mulia bergelar guru
sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan
kasih sayang dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini
1
sebagai perpisahan yang penuh dengan penuh jasa dan
kejayaan
Terima kasih untuk segalanya
Atas detik waktu yang kau luangkan
Atas semua tawa yang kau hadirkan
Mesti jarak dan waktu memisahkan kita
Namun, hati ini akan tetap bersama
Selamat berpisah teman
Kehadiranmu akan aku tunggu dipuncak jaya
َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار
َ َو اْل َح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي ن، َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم