Anda di halaman 1dari 1

PASANGAN BAYAR USD100 UNTUK LOTUS ESPRIT JAMES BOND SEBELUM DIJUAL KEPADA

ELON MUSK DENGAN HARGA USD997,000


Pada tahun 2013, Elon Musk mengejutkan dunia bila beliau mendedahkan yang beliau telah
membeli Lotus Esprit versi kapal selam yang digunakan sebagai props filem James Bond ‘The
Spy Who Loved Me’ yang ditayangkan pada tahun 1977.

Terbaru pula Musk mendedahkan yang trak terbaru beliau yang dinamakan Cybertruck turut
mendapat inspirasi dari Lotus Esprit James Bond tersebut. Jadi sebaik mendengar tentang
info tersebut, pihak CNBC membuat sedikit penyelidikan dan mendapat satu info yang
menarik tentang kereta tersebut dan di mana ia berada sebelum jatuh ke tangan Musk.

Kita flashback ke tahun 1989 di mana sepasang suami isteri dari Long Island, New York telah
menghadiri satu sesi bidaan barang-barang terbiar dalam lot simpanan barangan dengan
harga sekitar USD100. Apa yang mereka dan pelelong tidak tahu ialah di dalam lot simpanan
tersebut tersimpan sebuah Lotus Esprit 1976 yang digunakan sebagai props filem The Spy
Who Loved Me. Benar, pasangan suami isteri tersebut cuma membayar USD100 untuk
secebis peninggalan sejarah perfileman Hollywood.

Sebenarnya lapan unit Lotus Esprit digunakan sewaktu penggambaran tapi hanya unit yang
dimiliki pasangan ini yang telah digunakan untuk penggambaran bawah air. Menurut rakan
kongsi Ian Flemings Foundation, Doug Redenius yang mengesahkan ketulenan kereta
tersebut, pasangan suami isteri tersebut tidak pernah menonton filem James Bond dan tidak
mengetahui betapa bernilai kereta yang dtemui mereka.

Memasang niat untuk memperbaikinya, pasangan tersebut memuatkan Esprit itu ke


belakang trak mereka sebelum dihubungi oleh pemandu trak lain dalam perjalanan
menyatakan betapa istimewa kereta tersebut.

Berdasarkan maklumat tersebut pasangan itu kemudiannya mula melakukan proses


restorasi secara luaran dan mempamerkannya di pelbagai acara sebelum ia dilelong pada
tahun 2013. Ia dijual kepada seorang pembeli rahsia yang membayar sebanyak USD997,000
untuk memilikinya dan pembeli tersebut rupanya ialah Elon Musk.

Sebaik membelinya, Musk menyatakan yang ia akan digantikan dengan enjin milik Tesla dan
menukarkannya dari kereta biasa kepada kapal selam mini sama seperti dalam filem.
Sampai sekarang sebenarnya belum ada sebarang perkembangan tentang projek kapal
selam mini Esprit Musk itu.

Anda mungkin juga menyukai