Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari itu ayah membawa kami menginap di Perdana


Resort. Perdana Resort terletak kira-kira tujuh kilometer
dari Kota Bharu. Saya sangat gembira dengan
rancangan ayah itu kerana sudah lama saya tidak ke
sana.

Tujuan kami sekeluarga ke sana adalah untuk


merehatkan minda. Beristirahat dalam udara yang
bersih ialah satu keperluan dalam hidup. Jalinan
kekeluargaan juga bertambah erat. Kata ayah, selepas
beristirahat kita akan menjadi segar dan tidak lagi terasa
letih dan malas.

Setelah ayah uruskan bilik, kami memunggah


barang-barang dan bekalan. Kemudian, kami bergegas
ke kolam untuk mandi. Kelihatan ramai budak sedang
mandi-manda di kolam renang. Aku membawa
pelampung kerana tidak tahu berenang. Esok, aku
bercadang hendak mandi sepuas-puasnya di kolam itu.

Kebetulan pada hari itu ada Pesta Wau


Antarabangsa. Pesta itu diadakan di tepi pantai jauh
sedikit dari tempat perkelahan. Negara-negara yang
menyertainya ialah Thailand, Korea, Indonesia, India,
China dan Jepun. Pelbagai jenis wau dipertandingkan.
Ada wau berbentuk ular, burung dan burung merak.
Wau bulan ialah wau yang paling saya minati.
Warnanya cantik dan mempunyai busur. Wau kucing
dan wau ikan juga cantik apabila berada di udara.
1 Apakah tujuan sebenar mereka bercuti di Perdana Resort?
A Mereka terasa letih dan malas bekerja.
B Untuk beristirahat setelah penat bekerja.
C Mereka ingin menghirup udara yang bersih.
D Untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga.

(ID:1343847266478 )

[Atas]
2 Mengapakah penulis gembira apabila ayahnya hendak menginap di Perdana Resort?
A Hendak melihat kanak-kanak berenang.
B Tempat itu dekat dengan Kota Bharu.
C Mahu menikmati udara bersih.
D Sudah lama tidak ke sana.

(ID:1343847266479 )
[Atas]
3 Di manakah Pesta Wau Antarabangsa diadakan?
A Di kawasan yang agak jauh dari tempat perkelahan.
B Berhampiran dengan tempat penginapan.
C Di tepi kolam renang.
D Di tempat perkelahan.

(ID:1343847266480 )

[Atas]
4 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
A Pengarang sebenarnya tidak pandai berenang langsung.
B Pengarang meminati wau bulan kerana kecantikannya.
C Hubungan antara keluarga pengarang agak renggang.
D Pengarang sangat gembira kerana dapat pergi ke Perdana Resort.

(ID:1343847266481 )

[Atas]
5 Maksud perkataan beristirahat dalam petikan ialah
A bercuti.
B bersantai.
C berhenti.
D berkelah.

Anda mungkin juga menyukai