Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kaum Baba dan Nyonya dikatakan berasal dari


negara China dan datang ke Tanah Melayu semasa
zaman keagungan negeri Melaka. Pada masa itu,
negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Temasik dan
beberapa negeri lain berada di bawah kekuasaan
Melaka. Kaum Baba dan Nyonya telah menetap di
negeri Melaka dan mempunyai keturunan hinggalah ke
hari ini.

Kaum Baba dan Nyonya amat terkenal dengan


pelbagai masakan asam pedas dan kuih tradisional yang
begitu sedap dan menarik di mana resepinya ada
persamaan dengan masakan masyarakat Melayu.

Kuih tradisionalnya seperti ondeh-ondeh, kuih apam


balik, cendol dan tapai pulut amat dikenali. Masakan
Baba dikatakan unik kerana masakan Baba merupakan
masakan campuran masyarakat Cina dan Melayu.

Masakan Nyonya pula lebih kepada daging dan


sayur-sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan
menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba,
penggunaan cili yang banyak dalam masakan
merupakan satu identiti yang membezakan antara
masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh,
ayam kunyit cili dan masak lemak.

Antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh


Melayu adalah seperti penggunaan belacan, buah keras,
asam lengkuas dan serai. Manakala, masakan Nyonya
yang mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem
iaitu daging itik dimasak dengan sayur asin. Selain itu,
kuih Cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi
masyarakat Baba. Masakan istimewa ini dapat kita
jumpa apabila berkunjung ke negeri Melaka.
21 Di manakah masyarakat Baba dan Nyonya tinggal?
A Pahang
B Melaka
C Temasik
D Terengganu

(ID:1343847449985 )

[Atas]
22 Mengapakah masakan kaum Baba dikatakan unik?
A Menggunakan banyak cili.
B Lebih kepada daging dan sayuran.
C Resepinya sama dengan masakan Melayu.
D Berupa campuran masakan Melayu dan Cina.

(ID:1343847449986 )

[Atas]
23 Apakah perkara yang membezakan antara masakan masyarakat Baba dengan masakan
Cina?
A Memasak makanan dengan sayur asin.
B Masakan yang begitu menarik resipinya.
C Menggunakan cili yang banyak dalam masakan.
D Membuat kuih tradisional seperti ondeh-ondeh dan tapai pulut.

(ID:1343847449987 )

[Atas]
24 Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai petikan.
A Masakan Baba biasanya pedas dan menggunakan banyak cili.
B Kuih Cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat
Baba.
C Kaum Baba dan Nyonya dikatakan berasal dari negara China dan datang
ke Tanah Melayu semasa zaman keagungan negeri Melaka.
D Antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti
penggunaan belacan, buah keras, asam lengkuas dan serai.

(ID:1343847449988 )

[Atas]
25 Perkataan unik dalam petikan bermaksud
A berkhasiat.
B lazat.
C mahal.
D berbeza.

Anda mungkin juga menyukai