Anda di halaman 1dari 1

# !

"

Hotels in Po! Dickson


from RM 58

Book Now

PERCUTIAN

12 Tempat Menarik Di Port


Dickson 2020 Mesti Pergi. Bukan
Pantai Je, Macam-macam Ada!
By Nazurah Hassan
Posted on September 24, 2020

698
SHARES

Wah, rupanya ada banyak tempat menarik di Port Dickson yang kita tak pernah round habis lagi!

Ketahui lagi

Tak dinafikan yang Port Dickson salah satu destinasi percutian yang terkenal di Malaysia.

Ketahui lagi

Sebut saja PD, masing-masing dah terbayangkan pantai yang cantik dan bersih kan?

Tak cukup dengan itu, sebenarnya ada banyak tempat menarik di PD yang kita patut singgah apabila
berkunjung ke sana tau!

Hotels in Port Hotels in Hotels in


Dickson Pantai Remis Pantai
from RM 58 from RM 110 Cenang
from RM 54

Book Now Book Now Book Now

Jom tengok senarai tempat menarik di Port Dickson 2020 di bawah.

12 TEMPAT MENARIK DI PORT DICKSON 2020


1. PD OSTRICH & PETS SHOW FARM
Tentu dah ramai yang tahu kewujudan Taman Ostrich atau PD Ostrich & Pets Show Farm ini kerana ia
telah menjadi salah satu tarikan utama Port Dickson selama lebih dari 15 tahun tau!

Bermula sebagai ladang burung unta di kebun belimbing, ladang ini berkembang menjadi ladang
pertunjukan kerana minat yang ditunjukkan oleh pelancong dan pengunjung ke bandar pelancongan
yang popular ini.

Selain burung unta, pengunjung juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelbagai lagi haiwan lain
termasuk unta, keldai, kuda, arnab dan banyak lagi.

Berdekatan kawasan Taman Ostrich ini juga terdapat beberapa tarikan lagi seperti Cat Cafe, Herbal
Oasis, Dinosaurs in the Jungle, Dog Park, Extreme Jungle Park, Muzium Kerang-kerangan dan Taman
Orkid.

Memang seronok sesekali berkunjung ke sini dengan keluarga sebab selain dapat mengenali haiwan
dengan lebih dekat, kita juga dapat bersantai sambil ‘cuci mata’ dengan pelbagai produk burung unta
yang unik.

Lokasi : Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang 71050 Port Dickson.

Telefon : 018-203 8682

Harga tiket: RM15 / Dewasa, RM10 / Kanak-kanak

Laman web : http://www.pdostrichfarm.com/

Facebook : PD Ostrich & Pets Show farm

2. PHANTASY FARM AKA WINDMILL PD FARM


Sebuah lagi petting zoo yang menarik untuk anda kunjungi di PD terutamanya bersama anak-anak
ialah Phantasy Farm.

Tempat ini sebenarnya dikenali sebagai Windmill PD Farm sebelum dijenamakan semula sebagai
Phantasy Farm pada tahun 2019.

Apa yang menarik di Phantasy Farm antaranya adalah port bergambar yang confirm ‘Instaworthy’
seperti Rainbow Tree House, Windmill (kincir angin), Rumah Hantu, dan Kampung Budaya selain
pelbagai haiwan comel seperti alpaca, kuda, kambing, iguana, kura-kura dan tikus belanda.

Semua haiwan ini dibiarkan bebas dan pengunjung boleh memberi makan, memegang dan bermain
sambil mengambil gambar dengan setiap jenis haiwan tersebut.

Mesti teruja kan?

Lokasi : Lot 3636, Jalan Pantai Batu 9, Kampung Sungai Menyala 71050 Port Dickson.

Telefon: 017-235 3373 / 016-227 8894

Harga tiket: RM35 / Dewasa, RM29 / Kanak-kanak

Facebook : Phantasy Farm

3. SEGAR CITY (WILD WEST COWBOY, ALIVE 3D ART GALLERY )


Lebih dikenali sebagai bandar Cowboy, Segar City inilah lokasi yang menempatkan Wild West
Cowboy, Alive 3D Art Gallery dan banyak lagi aktiviti menyeronokkan seperti 5D Motion Cinema,
Awake Escape, Awake Thrill, Skunk Interactive Show, dan permainan arked.

Dan yang terbaru, dah ada Segar Recreation Eco Park yang menawarkan aktiviti seperti Archery, Rock
Climbing, High Rope / Junior Rope dan Flying Fox.

Mereka juga ada menyediakan Pakej penginapan di Country House supaya ibu ayah lagi mudah nak
bermalam dekat sini.

Wah, banyak betul aktiviti kan? Confirm tak rugi bawa keluarga menghabiskan dengan keluarga di sini
sampai tak sedar masa berlalu!

Lokasi : Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010, Lukut, Port Dickson.

Harga tiket:

Wild West Cowboy & AWAKE THRILL (5 Tema): RM20


7D / 5D Movie: RM15 / 2 movies
Alive 3D Art Gallery: RM15

Telefon: 012-603 0886

Laman web : http://segarcity.com/

Facebook : SEGAR City

4. EAGLE RANCH RESORT


Oh ya, sebut pasal cowboy ni, ada lagi satu tempat di Port Dickson yang menawarkan tema ini iaitu
Eagle Ranch Resort.

Bagaikan berada di sebuah ladang cowboy di Texas, Amerika Syarikat, resort ini menawarkan
pengalaman unik selain menginap dalam Log Cabins, Bandwagons, Paddock Chalet atau Red Indian
Tepees.

Eagle Ranch Resort sesuai buat yang sukakan aktiviti luar bersama rakan-rakan atau dalam kumpulan
seperti team building kerana ia turut menyediakan pelbagai aktiviti riadah seperti go kart, memanah,
flying fox.

Terbaru, dah ada rabbit farm juga untuk pengunjung bermesra dengan arnab-arnab comel. Anak-anak
mesti suka!

Lokasi : Lot 544 Jalan Pantai, batu 14 71250 Port Dickson.

Telefon: 06-6610 495

Laman web : https://www.eagleranch.com.my/

Facebook : Eagle Ranch Resort, Port Dickson Official

5. PUSAT IKAN HIASAN TELUK KEMANG


Mungkin ramai tidak menyedari kewujudan Pusat Ikan Hiasan yang dikendalikan oleh Jabatan
Perikanan Malaysia ini, di mana terdapat lebih 40 jenis ikan hiasan termasuk 20 jenis batu karang
yang dipamerkan dalam akuarium kepada pengunjung di sini.

Menurut info, 80 peratus hidupan marin yang dipamerkan di pusat itu adalah hasil ternakan dan
pembiakan di pusat itu sendiri, hasil tangkapan dari perairan Tanjung Tuan.

Banyak yang kita boleh belajar melalui lawatan ke sini.

Yang paling best, masuk percuma je!

Lokasi : Batu 7, Jalan Pantai, Telok Kemang, 71050 Port Dickson.

Harga tiket : Percuma

Telefon : 06-662 1089

Facebook : Pusat Ikan Hiasan PD

This site uses functional cookies and external scripts to improve your experience. Accept

Anda mungkin juga menyukai