Anda di halaman 1dari 40

DHC 2113 TOURISM ATTRACTION IN

MALAYSIA

Tarikan Pelancong
Buatan Manusia &

TOURISM MANAGEMENT
Semulajadi Di
Malaysia
PRESENTED BY HISYAM
1 DVM DHC
TAMAN D'VIRTUAL
PARK
PESTA BENAK
KING LAKSA

ISI
KANDUNAN TAMAN NEGARA
BAKO
GUA NIAH
PULAU SATANG

PENGENALAN

Tarikan pelancong merujuk kepada tempat menarik yang


didatangi oleh pelancong disebabkan oleh nilai-nilai yang ada di
tempat tersebut seperti kepentingan sejarah, kecantikkan
semula jadi, seni bina, budaya dan lain-lain. Terdapat dua jenis
tarikan pelancong iaitu, tarikan buatan manusia dan tarikan
semula jadi.
Taman
D'Virtual Park
Jalan meranek, Kampung
Melaban, 94300 Kota
Samarahan
Taman D’Virtual Park merupakan taman tema
virtual reality yang pertama dibina di Sarawak .
D’Virtual Park ini menawarkan pelbagai tarikan
virtual reality yang menarik seperti virtual reality
rides and gaming experiences yang
menggunakan teknologi canggih dan terbaru.
Produk &
Perkhidmatan
yang ditawarkan

VR & AR SD X STUDIO GIGA VIRTUAL


ATTRACTION CAFE
AKTIVITI YANG
DISEDIAKAN

VR ELEVATION GIANT SLIDE KNIGHT RIDER


D’LUXE

VR SPEED VR TRECKER
CRUISE
Keistimewaan
& Daya
Tarikan
Keistimewaan dan daya tarikan Taman
D’Virtual Park ialah ianya merupakan taman
virtual indoor yang pertama di Borneo. Reka
bentuk dan seni bina bangunan
berkonsepkan futuristik ini menyebabkan
ramai pelancong datang, tidak hanya dari segi
reka bentuk bangunan malah teknologi-
teknologi yang ada di dalam taman ini banyak
memukau pandangan para pelancong tanpa
mengira umur.
Bayaran atau
kos yang
dikenakan
Bayaran masuk ke dalam Taman D’Virtual Park
adalah percuma, para pengunjung boleh masuk
ke dalam Taman ini secara percuma tanpa perlu
untuk membayar atau berurusan di kaunter
hadapan, namun untuk memainkan permainan
dan aktiviti yang ada di sana pengunjung terlebih
dahulu perlu membeli coin mengikut pakej-pakej
nya yang tersendiri
D'Virtual
Park
VIDEO
Pesta Benak
Sri Aman
Sri Aman Waterfront, Sungai
Batang Lupar, Sri Aman
Pesta Benak dianjurkan melalui berlakunya
fenomena air pasang yang berlaku dengan
alunan berombak, fenomena Benak berlaku di
sepanjang sungai Batang Lupar Sri Aman dan
Pesta Benak ini adalah salah satu pesta yang
jarang diadakan
Produk &
Perkhidmatan
yang ditawarkan

ACARA DI PELBAGAI
PESTA BENAK GERAI-GERAI
JUALAN
Acara Di Pesta Benak

MR BENAK MISS REGATTA LUNCUR


TOURISM BENAK
Keistimewaan
& Daya
Tarikan
Pesta Benak Sri Aman ialah pesta yang jarang
diadakan selalunya 2-3 atau 4 tahun sekali
mengikut keadaan. Pesta Benak Sri Aman
merupakan salah satu pesta yang terbaik di
negeri Sarawak, ini kerana ia juga merupakan
salah satu produk pelancongan negeri yang
mampu menarik pelancong tempatan dan
juga pelancong antarabangsa. Pesta ini bukan
hanya menonjolkan imej budaya, sukan rakyat
malah secara tidak langsung
mempromosikan tarikan pelancongan yang
ada di Sarawak.
Bayaran atau
kos yang
dikenakan
Tiada bayaran atau kos yang dikenakan kepada
pengunjung yang ingin datang ke pesta serta
melihat acara-acara yang diadakan di Pesta
tersebut.
Pesta
Benak
VIDEO
King Laksa
Ground Floor, No.28, Jln Uni-Media,
Samarahan Expressway, 93400 Kota
Samarahan & Icom Square, Ground Floor,
Unit A101 & Unit 102, Block A, Jalan
Pending, 93450 Kuching, Sarawak

King Laksa ialah restoran yang ada di Kota


Samarahan dan Icom Square. Restoran ini
menyajikan pelbagai menu terutamanya menu
tradisional Sarawak iaitu, Mee Kolok, Mee laksa
dengan pelbagai variasi dan banyak lagi.
Restoran ini dimiliki oleh Nor Alya Mona Jakim.
Jenama makanan popular di bumi Kenyalang
berdaftar di bawah Rizalya Sdn Bhd ini sudah
mempunyai dua cawangan restoran. Buka setiap
hari dari pukul 06.00 am sehingga 05.00 pm
Produk &
Perkhidmatan
yang ditawarkan

PELBAGAI MENU DELIVERY AND


MAKANAN TRADISIONAL BOOKING
SARAWAK SERVICE
AKTIVITI YANG
DISEDIAKAN

PHOTOSHOOT / TEMPAT
BERGAMBAR
Keistimewaan
& Daya
Tarikan
Restoran King Laksa ini menyediakan menu-
menu makanan tradisional Sarawak yang
tidak ada disediakan di negeri lain, seperti
Mee Laksa, Mee Kolok dan lain-lain secara
tidak langsung mempromosikan budaya
makanan yang ada di negeri Sarawak. Selain
itu tema bangunan restoran yang lebih
moden menarik pandangan pelanggan yang
datang ke restoran tersebut.
Bayaran atau
kos yang
dikenakan
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam
restoran tersebut. Untuk makan dan minum harga
untuk menu tersebut bermula dari RM 3 - RM 28
untuk setiap menu termasuk makan dan minum.
King Laksa
VIDEO
Taman
Negara Bako
Kuching, Kampung Bako
Taman negara Bako merupakan salah satu
taman negara yang ada di Sarawak, taman
negara ini menyimpan pelbagai spesies flora dan
fauna. Taman Negara Bako ini juga merupakan
taman negara yang terkecil di Asia Tenggara.
Produk &
Perkhidmatan
yang ditawarkan

KEINDAHAN ALAM PENGINAPAN CAFETERIA


SEMULA JADI DISEDIAKAN
AKTIVITI YANG
DISEDIAKAN

TREKKING CAVING CAMPING


Keistimewaan
& Daya
Tarikan
Taman negara bako merupakan taman
negara terkecil di Asia tenggara,
kepelbagaian hidupan flora dan fauna yang
ada di Taman negara ini menjadi tarikan dan
menjadi sebab kedatangan pelancong
terutamanya pelancong yang menyukai
pelancongan eko. Di samping itu, Di Taman
negara Bako ada jenis monyet iaitu monyet
belanda. Spesis monyet ini hanya ada di
kepulauan borneo. Haiwan inilah merupakan
salah satu tujuan kedatangan pengunjung
yang datang mengunjungi taman negara ini.
Bayaran atau
kos yang
dikenakan
Bayaran masuk ke Taman negara Bako ialah RM
10 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak
manakala untuk pelancong asing pula RM 20
dewasa dan RM 7 untuk kanak-kanak. Selain itu
Tambang boat untuk pergi ke Taman negara
Bako ini dari jeti Kampung Bako ialah RM 150
untuk satu boat.
Taman
Negara
Bako
VIDEO
Gua Niah
Niah, Miri, Sarawak
Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar
dan tertua di Malaysia malah merupakan antara
gua batu kapur yang terbesar di dunia. Kawasan
sekeliling ia turut telah diwartakan sebagai tapak
bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak.
Gua Niah juga merupakan taman negara
Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling
penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah
kerana di Gua Niah telah dijumpai fosil manusia
yang berusia 40 ribu tahun dahulu, sekali gus
menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran
manusia di Asia Tenggara.
Produk &
Perkhidmatan
yang ditawarkan

KEINDAHAN ALAM BEKAS TAPAK PENGINAPAN


SEMULA JADI ARKEOLOGI DISEDIAKAN
AKTIVITI YANG
DISEDIAKAN

TREKKING BERSIAR-SIAR CAMPING


MENGGUNAKAN BOAT
Keistimewaan
& Daya
Tarikan
Gua Niah merupakan salah satu tapak
arkeologi yang ada di Sarawak serta
menyimpan pelbagai sejarah. Ini merupakan
salah satu tarikan yang mampu menarik
kedatangan pelancong sama ada tempatan
mahupun antarabangsa.
Bayaran atau
kos yang
dikenakan
Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke tempat
tersebut adalah berbeza mengikut kategori,
untuk kategori warganegara, Kanak-kanak yang
berumur 6-17 ialah RM 3 manakala untuk dewasa
18-59 ialah RM 10, untuk Warga emas pula
berumur 60 tahun ke atas ialah RM 5 dan untuk
warga OKU pula berumur 6 tahun ke atas ialah
RM 5. Untuk bukan warganegara pula, Kanak-
kanak yang berumur 6-17 tahun ialah RM 7,
Dewasa pula yang berumur 18 tahun ke atas ialah
RM 20 dan untuk warga OKU pula yang berumu 6
tahun keatas ialah RM 10.
Gua Niah
VIDEO
Pulau Satang
Kuching, Sarawak
Pulau Satang ialah sebuah pulau merangkap
salah satu taman negara yang ada iaitu Taman
negara Talang-Satang. Pulau ini merupakan
pulau yang dilindungi untuk pembiakan telur-
telur penyu.
Produk &
Perkhidmatan
yang ditawarkan

TEMPAT KEINDAHAN PENGINAPAN


PEMBIAKAN PENYU PANTAI DISEDIAKAN
AKTIVITI YANG
DISEDIAKAN

SNORKELING DIVING MENYAKSIKAN PENYU


BERTELUR
Keistimewaan
& Daya
Tarikan
Pulau Satang ini mempunyai keindahan alam
semulajadi yang sangat cantik, di samping
pantai dan keadaan air yang jernih
menyebabkan banyak pelancong yang
datang terutamanya tarikan utama mereka
iaitu ingin melihat penyu bertelur serta
bagaimana Ranger di sana menguruskan
telur-telur penyu dan menjaganya sehingga
menetas.
Bayaran atau
kos yang
dikenakan
Bayaran masuk ke pulau tersebut adalah
percuma manakala untuk pengangkutan boat
pula bergantung dengan penyewa boat
Pulau
Satang
VIDEO
THANK YOU
For Listening

Anda mungkin juga menyukai