Anda di halaman 1dari 2

DOA DI MUZDALIFAH

Ya Allah, ya Tuhan! Sebagaimana Dikau himpunkan kami dan Dikau


perlihatkan kami pada hari ini, berilah taufik kepada kami untuk mengingati
dan memujiMu dengan kebesaranMu sepertimana yang telah Dikau tunjukkan
kepada kami. Ampunilah kami serta kasihilah kepada kami sebagaimana yang
telah Dikau janjikan kepada kami di dalam kitabMu, al-Quran: “Apabila kamu
telah selesai menunaikan rukun haji kamu, iaitu berwukuf di Padang Arafah
maka hendaklah kamu mengingati Allah banyak-banyak dengan menyebut-
nyebut namaNya di Al-Masy’ar Al-Haram (Muzdalifah) sebagaimana yang telah
diberi pertunjuk kepada kamu; Sesungguhnya kamu sebelum daripada
mendapat hidayah pertunjuk daripada Allah adalah di dalam keadaan sesat
yang amat nyata. Setelah selesai kamu berzikir di sini turunlah kamu ke Mina
sepertimana yang dilakukan oleh semua manusia dan hendaklah kamu meminta
ampun kepada Allah; Bahawasanya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha
Mengasihani.”
.
Ya Allah! Kami memohon kepadaMu Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha
Mengasihani; Terimalah segala permintaan kami! Wahai Tuhan yang menerima
segala permintaan mereka yang di dalam kecemasan; Wahai Tuhan yang
apabila menghendaki sesuatu berlakulah perkara itu dengan tidak dapat
dihalangi lagi.
.
Ya Allah ya Tuhanku! Kami datang beramai-ramai ini untuk mendapat
keampunan daripada Mu di atas segala dosa kami. Janganlah Dikau kecewakan
kami, berilah kepada kami sepertimana yang Dikau berikan kepada hamba-
hambaMu yang soleh. Janganlah Dikau palingkan kami daripada tempat suci
ini, melainkan kami mendapat kemenangan dan tidak kecewa, tidak menyesal
dan tidak juga kami tergolong daripada orang yang sesat dan menyesatkan;
Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani!
.
Ya Allah ya Tuhan! Berikanlah pertunjuk dan taufik kepada kami,
peliharakanlah kami daripada terjerumus di dalam lembah kejahilan dan
kemusnahan, selamatkan kami daripada segala penyakit jiwa, jadikanlah kami
daripada golongan orang yang menjauhkan diri dari runtunan hawa nafsu
yang buas kerana itulah sejahat-jahat musuh yang berjangkit. Ya Allah!
Jadikanlah kami daripada golongan mereka yang sentiasa menghadapiMu dan
tidak kepada yang lain. Bawalah kami ke jalan Dikau, kasihan belaslah ketika
kami bertadharuk bersemadi terhadap Dikau.
.
Ya Allah! Perbetulkan kami kiranya kami telah menyeleweng, teguhkanlah kami
di dalam pendirian kami, hidupkanlah kami dalam iman dan taat kepadaMu.
Matikanlah kami di dalam Islam, dari golongan mereka yang bertaubat, begitu
juga semasa soal di akhirat. Jadikanlah kami daripada mereka yang menerima
suratan amalannya dengan tangan kanan, jadikanlah kami daripada golongan
mereka yang beroleh keamanan pada hari kiamat, berikanlah kegembiraan
kepada kami. Ya Allah, dengan memandang wajahMu Yang Mulia dengan
berkat rahmatMu; Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani!

Anda mungkin juga menyukai