Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN & JASAMU DIKENANG MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

Terima kasih Pengerusi Majlis, yang berusaha YDP Mahkamah Perusahaan Malaysia,
Tuan/Puan YA Pengerusi Mahkamah, Tuan Pendaftar dan rakan seperjuangan yang dikasihi
sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana telah memberi
saya kesempatan dan peluang untuk berucap dalam majlis ini.
Warga MPM yang dihormati,
Sebagaimana yang kita ketahui, esok merupakan hari terakhir saya menjadi sebahagaian
daripada warga Mahkamah Perusahaan Malaysia. Selama 5 tahun saya disini banyak
kenangan yang tidak akan saya lupakan. Dari menjadi pengerusi task force pada april 2018
sehingga kini.
Yang pasti pengalaman yang saya tidak dapat dilupakan adalah sikap dan seluruh warga MP
yang amat baik dan sentiasa memberi kerjasama dalam setiap perkara samada berkaitan
dengan tugasan, tunjuk ajar dan perkara-perkara yang tidak formal.
Warga MP yang saya kasihi,
Dengan kesempatan yang ada ini juga, saya ingin mengucapkan penghargaan dan tanda
terima kasih kepada Mantan YDP kita iaitu YA Puan Indra Nehru yang sudi hadir, biarpun
kita tahu beliau terlalu sibuk dengan tugas-tugasan yang perlu beliau lakukan. Namun
berkat dari doa oleh kita semua, YA Puan Indra masih mampu hadir, semata-mata untuk
bersama dengan kita pada majlis di dewan yang serba indah ini.
Saya mewakili pengerusi-pengerusi serta warga MP ingin menyatakan betapa kami bangga
kerana telah mendapat khidmat dan perjalanan seorang mantan Yang Dipertua Mahkamah
yang amat dedikasi dalam memberi tujuk ajar serta berkerja keras dalam melunaskan
amanah yang diberikan kepadanya bagi memastikan semuanya berjalan lancar semasa
beliau berkhidmat dengan MP. Kita berdoa agar beliau diberi kesihatan yang baik dan diberi
kekuatan dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan.
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika kita bersama, pasti ia akan
menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat kita lupakan sampai bila-bila.
Kesempatan yang ada ini juga, saya ingin memohon kemaafan andai kata ada tersalah kata
tersilap laku, harap dimaafkan. Harapan saya juga agar MPM akan terus mencapai prestasi
yang cemerlang dan menjadi satu Jabatan kerajaan yang patut dijadikan contoh. Saya juga
berharap agar warga MPM akan mendoakan kejayaan dan kesejahteraan saya di masa akan
datang. Jika ada kelapangan, saya pasti akan bekunjung dan menziarah anda disini.
Dengan kata-kata itu, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia YA Dato’ Wan Jeffry, Yang Dipertua Mahkamah serta rakan-rakan sekalian yang
telah sudi menjayakan majlis kita pada hari ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai