Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGHARGAAN

MAJLIS PERSANDINGAN __________________________

Terima kasih saudari pengerusi majlis.

Yang dihormati ________________ serta isteri, Norzalina Ibrahim,


selaku tuan rumah kepada Majlis persandingan kita pada hari ini,
Yang diraikan pasangan mempelai;
_____________ dan pasangannya ___________
Serta Pn Norzalina dan pasangannya En Zaim,
Yang dikasihi ahli keluarga, saudara-mara, dan rakan-rakan kedua-dua
mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T.
sekalian.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdullilah, pertama sekali kita panjatkan lafaz penuh kesyukuran ke hadrat


yang Maha Esa kerana dengan kudrat dan iradat-Nya telah memungkinkan kita
menjayakan Majlis persandingan di dewan yang indah dan permai pada pagi
ini. Ianya berkat sokongan dan doa restu semua pihak, khususnya daripada ahli
keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan, sanak
saudara dan sahabat handai.

Sekalung budi setulus hati dari kami tujukan kepada rombongan keluarga
___________________ di atas kesudian untuk bersama-sama meraikan majlis
ini. Tidak lupa saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih
saya kepada sekalian yang hadir di dalam dewan yang mulia ini. Sesungguhnya
kehadiran tuan puan amat kami hargai.

Saya bagi pihak keluarga menyatakan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu
Wataala kerana dengan keberkatan limpah kurnia dan izin dariNya, kami telah
menerima ahli baru dalam keluarga kami. Semoga dengan kehadiran kalian
berdua, keluarga kami akan bertambah ceria dan berbahagia untuk selamanya.
Saya memohon jasa baik daripada para hadirin sekalian, untuk sama-sama
mendoakan supaya dilimpahkan keberkatan dan kebahagiaan serta
dimurahkan rezeki buat kedua-dua pasangan mempelai hingga ke akhir hayat.

Kepada kedua-dua pasangan mempelai, saya bagi pihak semua ahli keluarga
ingin menyampaikan sedikit pesanan buat panduan kalian melayari bahtera
hidup bersama. Dengarkan dan hayatilah maksud kata-kata ini.

Adat orang bersuami isteri,


Pahit manis sama dirasa,
Dalam surut ada pasangnya,
Dalam susah ada senangnya,
Dalam sempit ada lapangnya.

Kalau sedikit, sesudu seorang,


Kalau banyak, sesenduk seorang,
Kalau untung, sama-sama timbul,
Kalau rugi, sama-sama tenggelam.

Kalau tebu, seruas seorang,


Kalau nangka, seulas seorang,
Payung satu, sama berteduh,
Perahu satu, sama menyeberang.

Makan sepinggan,
Minum secawan.
Duduk setikar,
Tidur sebantal,
Sama melangkah seiring sejalan.

Mudah-mudahan....
Kasih abadi subur sentiasa,
Dendam berahi sepanjang masa.
Sayang kekal sampai kiamat, Cinta tak putus sepanjang hayat.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi


perhargaan dan terima kasih kepada pihak urusetia majlis, saudara mara dan
sahabat handai yang telah sudi bersama-sama, menjayakan majlis
persandingan ini. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada saudari
pengacara majlis dan Al-Fadhil Ustaz di atas segala kerjasama yang diberikan
sepanjang majlis ini berlangsung. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada sesiapa saja yang terlibat yang namanya tidak sempat saya sebutkan.
Terima kasih daun keladi, ada rezeki berjumpa lagi.

Kepada para tetamu yang kami muliakan, jutaan terima kasih di atas
cenderahati dan ucapan tahniah yang kami terima daripada hadirin sekalian
yang amat kami hargai.

Di kesempatan ini kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf
sekiranya terdapat apa-apa jua kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami memohon maaf kalau


Kuah terlebih garam
Gulai terlebih pedas
Manisan terlebih gula
Nasi ada yang mentah

Kami memohon maaf


Kalau ada wajah yang tersalah pandang
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap,
Kalau ada duduk disalah tempat

Saya dengan rasa rendah hati, memohon ampun dan maaf dan sebelum
mengundurkan diri saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek bawa ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai