Anda di halaman 1dari 1

Selamat petang dan salam sejahtera kepada hadirin sekalian.

Terlebih dahulu izinkan


saya memperkenalkan diri terlebih dahulu, saya sepupu kepada pihak lelaki dan
menjadi wakil pihak lelaki.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, terima kasih atas kehahiran Tuan-
Tuan dan Puan-puan, Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat menyerikan lagi majlis
pertunangan.....Douglas... dengan pasangannya .....Valerie...pada petang ini.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada rombongan pengantin perempuan atas
kesudian untuk bersama-sama meraikan majlis ini. Tidak lupa saya ingin menyampaikan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada sekalian yang hadir di dalam dewan yang
mulia ini.

Saya bagi pihak keluarga lelaki menyatakan rasa syukur kerana dengan keberkatan limpah
kurnia dan izin dariNya, kami telah menerima seorang lagi ahli dalam keluarga BESAR kami.
Semoga dengan kehadirannya nanti akan bertambahlah keceriaan dan kebahagian untuk
selamanya.

Saya memohon jasa baik daripada para hadirin sekelian, untuk sama-sama mendoakan
supaya dilimpahkan keberkatan dan kebahagiaan serta dimurahkan rezeki buat pasangan ini
hingga ke akhir hayat. Kepada kedua pasangan yang diraikan , saya bagi pihak semua ahli
keluarga ingin menyampaikan sedikit pesanan buat panduan kalian berdua melayari bahtera
hidup bersama. Adat orang bersuami isteri, Pahit manis sama dirasa, Dalam surut - ada
pasangnya, Dalam susah - ada senangnya, Dalam sempit - ada lapangnya. Diharap dapat
menempuhi cabaran dengan penuh semangat kekeluargaan.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima


kasih kepada semua adik beradik, saudara mara dan sahabat handai dan tidak lupa kepada
SEMUA yang telah sudi bersama-sama, menjayakan majlis sambutan pertunangan Douglas
dan Valerie ini.

Terima kasih daun keladi, ada rezeki berjumpa lagi. Kepada para tetamu yang saya
muliakan, jutaan terima kasih atas cenderahati dan ucapan tahniah daripada hadirin sekalian
yang amat dihargai. Pada kesempatan ini saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan
maaf sekiranya terdapat apa-apa jua kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai