Anda di halaman 1dari 9

Ulasan - Kesan Vandalisme

Antara kesan vandalisme ialah kerosakan telefon awam. Hal ini akan
menyusahkan orang ramai kerana mereka tidak dapat menggunakan
telefon awam ketika kecemasan. Sebagai contoh, kebanyakan telefon
awam di kawasan kediaman, sekolah atau pusat beli-belah telah
dirosakkan oleh golongan yang tidak bermoral. Sesungguhnya, ibu bapa
seyogianya memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral kepada
anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini demikian kerana pendidikan
agam dan moral dapat menghalang anak-anak daripada terlibat dalam
gejala vandalisme. Sebagai tamsilan, pendidikan agama dan moral
banyak mendidik anak-anak supaya menghargai harta benda sama ada
di rumah ataupun di tempat awam.
(94 patah
perkataan)

1
Ulasan - Semangat Kejiranan

ULASAN 1
Cara-cara untuk memupuk keluarga bahagia ialah setiap anggota
keluarga seharusnya menjalankan peranan masing-masing. Hal ini dapat
memastikan sesebuah keluarga itu berfungsi. Sebagai contoh, isteri
menjaga hal ehwal rumah, manakala suami bekerja dan anak-anak pula
bersekolah. Sementelahan, ibu bapa juga patut menjadi pendengar yang
baik kepada anak-anak. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi
anak-anak untuk meluahkan masalah, berbincang masalah dan akhirnya
bersama-sama menyelesaikannya. Sebagai tamsilan, sekiranya anak-
anak menghadapi masalah dalam pelajaran, ibu bapa boleh mendengar
luahan anak-anak dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk
membantu anak-anak.
(85
patah perkataan)
ULASAN 2
Cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan ialah penduduk
seharusnya mengadakan aktiviti gotong-royong. Hal ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dan membolehkan mereka berkenal-
kenalan sesama penduduk. Sebagai contoh, semua penduduk
bekerjasama menyapu sampah, memotong rumput dan mencuci
longkang. Sementelahan, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-
mengunjungi dalam kalangan rakyat. Hal ini membolehkan kita
mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai

2
tamsilan, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita
bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu
penyakit atau ditimpa kemalangan.
(80 patah perkataan)

Ulasan Piramid Makanan


Contoh 1:

Tema : Piramid Makanan Analisis Bahan Rangsangan

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan.


Antara amalan pemakanan yang dicadangkan ialah mengambil 8 hingga
12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini
membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita digalakkan
mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu
sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil
ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya
dengan protein. Kita juga seboleh-bolehnya mengurangkan pengambilan
susu dan produk tenusu untuk mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak
minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi

3
mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi
piramid makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.

(97 patah
perkataan)

Contoh 2:

Contoh Karangan Cemerlang

Kadar obesiti penduduk di negara ini sudah meningkat. Amalan gaya


hidup sihat amatlah penting terutamanya pemakanan. Oleh itu, terdapat
beberapa amalan pemakanan yang sihat. Kita haruslah mengurangkan
makan makanan yang mempunyai lemak, minyak, gula dan garam. Jika
kita tidak mengurangkan makanan yang mempunyai lemak, kadar obesiti
akan bertambah. Selain itu, kita haruslah banyak bersenam. Dengan

4
aktiviti ini, kita akan menjadi lebih sihat dan cergas. Di samping itu,
makan mengikut waktu secara terancang juga penting. Kesimpulannya,
amalan pemakanan amat penting, bak kata mutiara badan cergas, otak
cerdas.

(84 patah
perkataan)

Ulasan Kepentingan Muzik

Muzik amat digemari oleh manusia tanpa mengira usia. Antara


kepentingan muzik kepada kita ialah muzik dapat menjadi sumber
pendapatan kepada mereka yang mampu berkarya dalam dunia seni ini
kerana setiap karya yang dihasilkan akan dibayar oleh mereka yang
mengkomersialkannya. Selain itu, muzik juga dapat merangsang

5
semangat patriotisme melalui lagu-lagu yang berlirikkan semangat cinta
akan tanah air yang diperdengarkan kepada para pendengar.Akhir sekali,
muzik juga dapat menghilangkan tekanan yang dialami di tempat kerja
kerana melalui irama muzik yang tertentu dapat menenteramkan jiwa
seseorang yang sedang bercelaru.

(85 patah
perkataan)

Ulasan Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Pelajar-pelajar tingkatan tiga pastinya berdebar-debar menantikan


Penilaian Menengah Rendah tidak lama lagi. Walau bagaimanapun,
perasaan itu pastinya berkurang jika persediaan telah dibuat.

Paling utama ialah kita perlu mengulang kaji pelajaran. Gunakan masa
senggang dengan mengulang kaji pelajaran bersama-sama rakan-rakan.
Usah bazirkan masa kerana masa itu emas.

6
Selain itu, kita juga perlu menjaga kesihatan. Hai ini bagi mengelakkan
kita diserang penyakit ketika menghadapi peperiksaan. Langkah ini boleh
diambil dengan menjaga pemakanan terlebih dahulu.

Seterusnya, kita juga memerlukan rehat yang secukupnya. Kita mesti


mendapatkan tidur yang berkualiti antara enam hingga lapan jam sehari.
Langkah ini penting dalam memastikan kecergasan badan.

Izharnya, banyak langkah yang boleh diambil sebagai persediaan


menghadapi peperiksaan. Langkah ini perlu dipraktikkan supaya kita
lebih bersedia menjawab soalan dalam peperiksaan.

(120 patah
perkataan)

Ulasan Punca Kemalangan Jalan Raya

Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita. Antara punca


utama kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu.
Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu kenderaan sambil

7
menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak
diselenggara dengan baik akan menyebabkan berlakunya kerosakan
pada kenderaan tersebut.Sebagai contoh, terdapat pemilik kenderaan
yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya
dengan tayar yang baru.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak
diselenggara dengan baik juga menyebabkan kenderaan tidak dapat
dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir sekali,
faktorkelemahan penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang
sering melanggar peraturan jalan raya menyumbang kepada peningkatan
kemalangan di jalan raya.

(100 patah
perkataan)

Ulasan Usaha Menjadi Pelajar Cemerlang

Setiap pelajar ingin berjaya dalam pelajaran. Tanyalah pada sesiapa


sahaja, mereka pasti inginkan keputusan yang cemerlang. Namun
demikian, usaha-usaha yang proaktif perlu dilakukan untuk menjadi
pelajar cemerlang.

Usaha paling efektif adalah dengan mengulang kaji pelajaran. Langkah


ini perlu dilakukan sepanjang masa untuk mengelakkan kita lupa akan
pengajaran yang telah disampaikan oleh guru.
8
Seterusnya, pelajar cemerlang perlulah membuat jadual belajar. Bukan
setakat itu sahaja, mereka perlu patuh akan jadual yang dibuat itu dan
bukan sekadar melepaskan batok di tangga sahaja.

Kita juga boleh belajar secara berkumpulan. Kumpulan yang dibentuk


perlulah mempunyai bilangan antara dua hingga tiga orang untuk
berbincang serta bertukar-tukar pandangan.

Izharnya, ada berbagai-bagai langkah yang boleh kita ambil untuk


menjadi pelajar yang cemerlang. Semuanya terletak atas kemahuan
sendiri bak peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

(126 patah
perkataan)

source link : http://www.cikgukini.com/2014/09/karangan-berbentuk-ulasan-


bergambar.html

consolidated by : 迎接 KSSM 2017

Anda mungkin juga menyukai