Anda di halaman 1dari 12

Teori Humanis

Pengertian
Dalam teori humanisme lebih melihat pada
sudut perkembangan keperibadian manusia.
Pendekatan ini melihat kejadian iaitu
bagaimana dirinya terdorong untuk melakukan
hal-hal yang positif.
Pengertian
Kemampuan positif ini yang disebut sebagai
potensi manusia dan para pendidik yang
beraliran humanisme biasanya menfokuskan
pengajarannya pada pembangunan
kemampuan yang positif.
Tujuan
i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan
tidak bergantung pada orang lain.

ii. Mengembangkan keupayaan


bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan
perkara yang dipelajari.
Tujuan
iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran
bercapah.

iv. Mencungkil dan mengembangkan daya


ingin tahu serta penerokaan.

v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni


dan emosi.
Prinsip
Gagne dan Berliner (1991) merangkumkan prinsip-
prinsip pendekatan humanistik seperti berikut:

i. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin


dipelajari dan perkara yang ingin diketahui oleh
mereka.

ii. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting


daripada memiliki banyak pengetahuan.
Prinsip
iii. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan
penilaian yang lebih bermakna, namun pelajar
perli mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan.

iv. Perasaan adalah sama penting dengan fakta.

v. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran


yang tidak mengancam seperti selamat secara
fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.
Implikasi Teori Humanistik Ke Atas
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Imlplikasi Teori Pembelajaran Humanistik ialah
dapat membentuk suasana bilik darjah yang
kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran agar mereka
merasa seronok, gembira dan harmonis dan
selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
tersebut.
Guru perlu merancang aktiviti pengajaran
mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan
meningkatkan keyakinan mereka, dan
seterusnya meningkatkan peluang memenuhi
keperluan penyuburan mereka iaitu
kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu
pengetahuan, menikmati dan menghasilkan
karya atau ciptaan estetik yang bermutu
tinggi.
Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru
hendaklah membantu pelajar mengambil
bahagian dalam kerja kumpulan terutama
pembelajaran koperatif dengan tujuan
membina kemahiran sosial dan afektif.
Guru hendaklah menjadi role model dan
menunjukkan contoh yang baik bagi sikap,
kepercayaan dan kebiasaan yang ingin
ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.
Guru hendaklah bersifat penyayang untuk
memenuhi keperluan kasih sayang.
Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan
fikiran dengan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai