Anda di halaman 1dari 10

BAB 3 : ALGORITMA

3.1 Pembangunan Algoritma


Algoritma ialah tatacara yang
menyatakan tindakan-tindakan yang
perlu dilaksanakan dan urutan
tindakan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
Perkara-perkara penting semasa
menulis algoritma
1. Langkah-langkah perlu ditulis dalam
bahasa yang difahami oleh manusia
misalnya bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris.
2. Setiap langkah yang perlu dilaksanakan
perlu dihuraikan dengan jelas.

3. urutan langkah hendaklah dinyatakan


dengan betul.

4. Mesti mempunyai kesudahan tertentu


dalam suatu tempoh masa.
(menghasilkan ouput yang bermakna)
Perwakilan Algoritma

1. Carta alir
2. Pseudokod
Carta Alir
Menggunakan simbol grafik seperti garis
lurus, anak panah dan bentuk geometri
untuk mewakili urutan langkah bagi
algoritma yang perlu dilaksankan.
Simbol-simbol carta alir:
(a) - mula / tamat

(b) - proses

(c) - pilihan
(d) - input / output

(e) - aliran

(f) - penyambung
Pseudokod
Pseudokod memerihalkan langkah-langkah
algoritma dengan menggunakan ayat-ayat
yang ringkas dan padat.
Inden digunakan secara meluas bagi
memudahkan pembacaan suatu
pseudokod.
Asas penulisan pseudokod:
(i) MULA
(ii) INPUT
(iii) PROSES
(iv) OUTPUT
(v) TAMAT

Anda mungkin juga menyukai