Anda di halaman 1dari 20

PERKEMBANGAN FIZIKAL &

PERGERAKAN KREATIF
KANAK-KANAK
SEC 2303
TOPIK 7
KOMPONEN FIZIKAL

OLEH: CIK NIK NUR SYAZWANI BINTI IBRAHIM


PENGENALAN
Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan
satu aspek yang menekankan asas
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak.

Perkembangan dan tumbesaran fizikal kanak-


kanak dipengaruhi oleh interaksi di antara:
i. Baka
ii. Hormon tumbesaran
iii. Nutrisi
iv. Persekitaran
KOMPONEN
FIZIKAL

Perkembangan motor
Kesihatan
Kebersihan alam sekitar
Keselamatan
1) PERKEMBANGAN MOTOR

Merupakan satu proses di mana kanak-


kanak memperolehi kemahiran dan pola
pergerakan.
Penekanan adalah pada ketepatan,
kejituan dan prestasi.
Perkembangan motor bergantung kepada
kematangan saraf dan otot.
Perkembangan motor menjadi lebih
khusus dan membentuk kemahiran
melalui latihan dan dorongan.
3 klasifikasi perkembangan motor
a) Pola motor asas
Merujuk kepada bentuk pergerakan
asas yg terdiri daripada lokomotor,
bukan lokomotor dan manipulatif.
b) Kemahiran motor halus dan motor
kasar
c) Proses dan hasil pergerakan
Proses pergerakan melibatkan teknik
sesuatu pergerakan dan hasil
pergerakan tertumpu kepada keputusan
akhir sesuatu gerakan.
Kemahiran motor halus

Motor halus adalah pergerakan yang


memerlukan kejituan dan kemahiran yang
melibatkan anggota kecil.
Kanak-kanak awal (2-6 tahun) mengalami
perkembangan kecekapan motor yang
cepat.
Apabila mencapai usia prasekolah,
kebolehan menyimpan dan
mengendalikan sesuatu objek kecil akan
menjadi semakin mahir.
Merancang aktiviti untuk mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan dalam KSPK,
menggunakan jari untuk:

Mengoyak Menggunting
Merenyuk Memintal
Meramas Merenjis
Menguli Menjentik
Mencubit Memulas
Menggentel Mengikat objek
Memicit
Kemahiran motor kasar

Motor kasar adalah pergerakan yang


melibatkan seluruh badan atau anggota
badan seperti dalam aktiviti lokomotor.
Perkembangan motor kasar yang baik
membolehkan kanak-kanak menguasai
kemahiran pergerakan asas dan fizikal.
Bergantung kepada perkembangan otak,
keseimbangan badan dan peningkatan
koordinasi mata-tangan.
Guru merancang aktiviti yang ditetapkan dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:

Berjalan ke hadapan, ke Berjengket beberapa


kiri, ke kanan dan langkah ke arah
mengundur tertentu
Berjalan dan Naik dan turun tangga
mengimbang badan di Membuat pergerakan
atas garisan atau tali di menggunakan seluruh
atas lantai anggota badan
Berlari pelbagai arah
Melompat dengan
kedua-dua belah kaki
2) KESIHATAN
Charlesworth (2000), persekitaran kesihatan
memberi kesan terhadap fizikal, mental dan
corak perlakuan.
Pendidikan kesihatan dari peringkat awal
menjadikan kanak-kanak mendapat pendedahan
tentang amalan-amalan gaya hidup yang perlu
mereka lakukan.
Amalan kesihatan merangkumi amalan
senaman, pemakanan seimbang, penjagaan
kebersihan diri dan kebersihan kawasan
persekitaran.
3) KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

Teori ini lebih menekankan pendedahan


kepada kanak-kanak mengenai cara-cara
untuk menjaga alam sekitar.
Pendidikan menjaga alam sekitar dan
kebersihan bermula di rumah dan
mudah dilaksanakan seandainya ibu
bapa benar-benar komited untuk
melaksanakan usaha murni ini.
4) KESELAMATAN
Hidup sihat sejahtera dalam persekitaran yang
selamat, menghindarkan kemalangan.
Kanak-kanak didedahkan tentang penjagaan
keselamatan diri di dalam mahu pun luar rumah,
menjaga diri ketika bermain, menjaga batas
pergaulan dan bahaya-bahaya lain.
Juga dididik menjaga harta benda orang ramai,
menghormati dan mematuhi undang-undang di
tempat awam juga menjaga kebersihan tempat
awam.
KENAPA PERLUNYA AKTIVITI
FIZIKAL ??
OBESITI
WHO menganggarkan tahun 2015, lebih
kurang 2.3 bilion orang penduduk dunia
mengalami masalah berat badan, kira-kira
700 juta orang akan mengalami masalah
obesiti.
Obesiti: penyakit nutrisi berpunca dari:
i. Genetik atau keturunan
ii. Pemakanan
iii. Kurangnya aktiviti senaman
iv. Pengambilan ubat-ubatan
SALAH SIAPA
??
Kenapa Obesiti Di Kalangan
Kanak-Kanak Terus Meningkat?

i. Kehidupan moden
ii. Terlalu mementingkan akademik
iii. Tiada galakkan dari ibu bapa
iv. Gaya hidup bersenang-lenang
KESIMPULAN
Semua pihak berperanan dalam menjaga
kesihatan & keselamatan kanak-kanak juga
dalam merangsang aktiviti fizikal mereka.
Ibu bapa dan guru seharusnya mengawasi
tabiat diet kanak-kanak dan cuba berubah
kepada gaya hidup yang lebih sihat bagi
mengurangkan masalah obesiti ini.
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak yang sihat, selamat dan ceria dapat
memupuk keyakinan diri dan boleh
membentuk personaliti yang baik bermula
dari peringkat kanak-kanak lagi.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai