Anda di halaman 1dari 6

1

1. Berada di pusat ujian bertulis 30 minit sebelum


tiap-tiap kertas mata pelajaran dimulakan.
2. Memaklumkan kepada Ketua Pengawas
Pentaksiran dengan segera jika tidak dapat hadir
bertugas.
3. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan
pengawasan pentaksiran dengan penuh integriti.
4. Dilarang meninggalkan sama sekali dewan atau
bilik pentaksiran tanpa izin Ketua Pengawas.
5. Sentiasa mematuhi prosedur keselamatan dan
pengurusan pentaksiran semasa menjalankan
tugas.
6. Pengawasan perlu dilaksanakan secara aktif
dengan mematuhi prosedur operasi standard.
7. Sentiasa memberikan tumpuan terhadap tugas
pengawasan di dalam bilik/ dewan pentaksiran.
8. Dilarang melakukan sesuatu yang boleh
mengalih perhatian dari tugasnya seperti makan,
berbual-bual dan membaca.
9. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan
instrumen pentaksiran dan dokumen
terperingkat yang lain.
10. Dilarang membaca instrumen pentaksiran
semasa menjalankan tugas pengawasan.
11. Dilarang membuat apa sahaja yang boleh
mengganggu konsentrasi calon (seperti memakai
kasut yang berbunyi).
12. Dilarang memberi tumpuan yang lebih kepada
seseorang calon atau membaca jawapan calon.
13. Dilarang membantu calon dalam menjawab
soalan pentaksiran.
14. Dilarang menggunakan sebarang peranti
komunikasi semasa pengawasan.
15. Petugas hendaklah sentiasa prihatin dengan
kehadiran pemantau.
16. Sentiasa berpakaian rasmi semasa bertugas dan
menjaga penampilan diri.

Anda mungkin juga menyukai