Anda di halaman 1dari 27

PANDUAN PENGAJARAN

OLAHRAGA MELALUI
ICT
LARI PECUT
ISI KANDUNGAN
DEFINISI LARI PECUT
TEKNIK-TEKNIK LARI PECUT
CARA-CARA MENGGUNAKAN STARTING BLOK
MULAAN BAHAGIAN SELEKOH
MENAMATKAN PERLUMBAAN
KESALAHAN-KESALAHAN DALAM LARI PECUT
PERMAINAN MELIBATKAN LARI PECUT
LATIHAN ANSUR MAJU
DEFINISI OLAHRAGA
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang
bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa
acara berlainan yang berasaskan kepada
pergerakan-pergerakan semula jadi
seperti berlari, melompat dan membaling.
LARI PECUT

DEFINISI :
Merupakan acara olahraga jarak dekat
(100m, 200m, dan 400m) yang
memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga
anaerobik untuk membuat larian sepantas
mungkin.
Dua faktor mempengaruhi larian:
Panjang langkah
Kekerapan langkah
A. ARAHAN PERMULAAN
“ ke garisan, sedia, ‘bang’”

B.TEKNIK MULA LARI PECUT

Terdapat dua teknik:


 Gaya berdiri
 Gaya dekam
Gaya Berdiri
 Biasa diperaktikkan dan paling berkesan
serta digemari di sekolah rendah.
 Ia tidak digunakan dalam pertandingan
rasmi.

Rajah 3.1 Gaya berdiri


Gaya Dekam
 Sejak sukan Olimpik Moden 1896, teknik lari pecut tidak
berubah pada perinsipnya.
 Gaya ini sangat rumit.
 Gaya ini boleh dibahagikan kepada 3:
o Gaya pendek atau peluru
o Gaya sederhana
o Gaya panjang

Gaya Dekam
MENGGUNAKAN BLOK MULAAN

Blok ini ini digunakan bertujuaan menghasilkan


suatu daya tolakan yang lebih berkesan
apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara
menyediakan blok adalah seperti berikut:
Jarak blok dari garis mula hendaklah memberi
keselesaan, imbangan dan kecekapan
mekanikal kepada penggunanya ketika dalam
keadaan sedia.
Jarak diantara bahagian hadapan blok dengan
garis mula adalah diantara 30-48cm.
Jarak diantara bahagian belakang blok dengan
bahagian hadapan blok adalah bergantung kepada
jenis gaya dekam yang digunakan.
Melakukan beberapa percubaan untuk mencari
kesesuaian blok dan jaraknya yang paling baik untuk
pelari adalah perlu.
Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan
digunakan untuk memijak bahagian belakang blok.
Pastikan blok dipasang dengan ketat dan kuat.
Keadaan “ke garisan”
berjalan menuju ke blok dan berdiri dengan
blok itu berada di bawah kedua-dua belah kaki
yang dikangkang.
Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah
kaki ke atas blok.
Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang
garis mula. Jarak di antara kedua-dua belah
tangan hendaklah sama luas dengan bidang
bahu.
Sesuaikan kedudukan badan untuk
mendapatkan keselesaan dan imbangan yang
maksimum.
Keadaan “sedia”
Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari paras bahu.
Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan
garisan.
Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas
blok mulaan.

Berlepas dari blok mulaan


Ini merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia
dilakukan kedua-dua belah kaki pelari menolak blok
dengan kuat dan pantas.
Tangan pelari dihayun untuk membantu pelepasan
keseluruhan badannya dari blok tadi.
Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan pantas
dan sempurna, dia mestilah melakukan pergerakan-
pergerakan yang berikut :
o bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan
badan dengan serta merta.
o Jarak langkah yang pertama dilakukan secara
sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak pula
terlalu pendek.

Contoh berlepas yang baik dari blok mulaan


MULAAN DI BAHAGIAN SELEKOH
LORONG LARIAN
Sekiranya pelari harus melakukan larian dari bahagian
selekoh lorong larian, dia hendaklah memasang blok
mulaan secara bersudut.
Cara ini akan membolehkan pelari tersebut bergerak
dengan lebih lurus ke bahagian dalam lorong larian.

Kedudukan blok mulaan untuk larian dari bahagian selekoh


MENAMATKAN PERLUMBAAN LARI PECUT

Semasa menuju kegaris penamat, seseorang pelari tidak digalakkan


melompat kegarisan tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari
tanpa mengurangkan kepantasanya.
Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru supaya murid-murid
paham dengan maksud “lari terus melintasi garis tamat”.
Biasanya dalam perlumbaan lari pecut, apabila tiba di garis tamat,
pelari akan mendepakan tangannya ke belakang dan badannya
pula (bahagian torso) digerakkan ke hadapan.
Ada juga setengah-setengah pelari yang menamatkan lariannya
dengan gaya menundukkan kepalanya apabila tiba di garisan
penamat.
Satu lagi gaya menamatkan larian pecut yang biasa kelihatan dalam
persaingan yang hebat ialah pelari akan memusingkan sebelah
bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir apabila tiba di garis
tamat.
Sejauh mana gaya ini memberi faedah kepada pelari
masih dipersoalkan.
Penting bagi seseorang pelari itu mengekalkan postur
mekanis yang baik. Sekiranya tidak kepantasan dan
imbangan badan pelari mungkin terjejas.

Lakuan di garis tamat


KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH
PESERTA SEMASA BERLARI PECUT
Rajah-rajah berikut menunjukkan kesalahan-kesalahan tersebut:

(a) Berlari di atas tapak kaki (b) kedua-dua tangan dihayun menyilang badan.

(c) Memandang ke atas semasa berlari (d) kedua-dua tangan diluruskan semasa menghayun
Permainan kecil yang melibatkan lari pecut
Permainan kecil yang berbagai-bagai bentuk boleh di
adakan dalam pelajaran pendidikan jasmani yang
bertemakan lari pecut. Tujuan utama permainan ini
ialah untuk memberi peluang kepada murid-murid
mempraktiskan teknik berlari yang telah mereka
pelajari. Secara tidak langsung guru dapat menilai
pembelajaran murid-muridnya dengan memerhatikan
perlakuan mereka semasa permainan kecil dijalankan.
Berikut adalah beberapa permainan kecil yang sesuai
untuk tujuan tersebut :

o Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat


o Lari ulang alik atau lari kutip mata
o Ahli bomba
o Nombor sama berlari (bulatan)
o Pukul berapa datuk harimau?
o Belalang,belatuk
LATIHAN ANSUR MAJU
A.Latihan mendorong

 Berlari dalam kawasan terhad dan menyentu objek


yang dimaklumkan.
 Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-
ganti dalam kumpulan
 Larian bayang-bayang; secara berpasangan, seorang
mengejar dan lagi seorang berlari untuk mengelakkan
diri disentuh.
 Lari berganti-ganti ulang-alik; larian 20meter
berkumpulan.
B.Larian teknik pecut
1. Larian dengan melangkah panjang

2.Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan mengangkat lutut.


3.berjalan dengan lutut tinggi dan diikutu dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.

4.Berlari skip dengan bawah kaki diluruskan


5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.

6. Berlari menyepak ke belakang


7. berlari dengan lutut tinggi dan memecut

8. Latihan pergerakan tangan: berkumpulan berlatih menggerakkan


tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.
C. Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan
1. melonjak untuk jarak

2. Melangkah panjang (bounding)


3. melonjak dan melangkah melepasi halangan

4. melompat, memusing, mendekam dan memecut


5. berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan

Anda mungkin juga menyukai