Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN

PADANG IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU DAN SK (P) DURIAN DAUN


2017

Terima kasih kepada saudari pengacara majlis.

Yang Berusaha, Pn. Hjh. Asnah binti Jantan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (P)
Durian Daun.

Yang Berusaha, Puan Zamrah binti Bongsu, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal
Pelajar, IPG Kampus Perempuan Melayu.

Yang Dihormati, Pensyarah-Pensyarah Kanan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua


Unit, para pensyarah, guru-guru Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun, staf-staf
sokongan, seterusnya siswi pendidik IPG Kampus Perempuan Melayu dan murid
Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Illahi kerana
dengan limpah rahmatnya kita dapat berkumpul untuk bersama-sama menjayakan
Kejohanan Balapan dan Padang IPG Kampus Perempuan Melayu dan SK (P)
Durian Daun Tahun 2017. Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada pihak SK (P) Durian Daun kerana telah sudi bekerjasama dalam
menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini. Saya percaya kedua-
dua pihak IPG KPM dan SK(P) Durian Daun telah banyak berkorban tenaga dan
masa untuk memastikan kelancaran temasya kejohanan balapan dan padang pada
tahun ini. Besar harapan saya agar kolaborasi seperti ini dapat lebih digiatkan pada
masa akan datang.

Saya yakin dan percaya, atlet-atlet yang bertanding dalam kejohanan pada
kali ini telah pun membuat persiapan awal dengan tahap disiplin yang tinggi,
bermula daripada proses pemilihan pemain, sesi latihan sehinggalah ke saat
merancang strategi yang akan diguna pakai dalam meraih kemenangan. Saya telah
difahamkan bahawa atlet-atlet SK(P) Durian Daun dan IPG KPM kental bersaing di
Kompleks Puteri Gunung Ledang kita yang gah ini sejak 4 April yang lalu. Tahniah
atas kesungguhan kalian dan teruskan semangat kesukanan itu sehingga
berakhirnya Kejohanan Balapan dan Padang pada hari ini. Bersainglah secara sihat.

Temasya sukan seperti inilah yang dapat kita jadikan platform untuk
mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan. Semoga dapat kita serlahkan bakat-
bakat baru untuk mengharumkan nama negeri dan negara tercinta. Melalui kegiatan
sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang
cerdas mindanya. Malah, melalui temasya sukan seperti inilah kita mengambil
peluang untuk mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan
kedua-dua belah pihak IPG Kampus Perempuan Melayu dan SK (P) Durian Daun.

Akhir sekali, saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua atlet


dalam semangat kesukanan yang tinggi dan harmoni. Jangan menyerah kalah
sebelum berusaha. Dengan kata-kata ini, dimulai dengan ucapan
Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Kejohanan Balapan
dan Padang IPG Kampus Perempuan Melayu dan Sekolah Kebangsaan (P) Durian
Daun Tahun 2017. Majulah Sukan untuk Negara!

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai