Anda di halaman 1dari 22

Kesesuaian Kurikulum

KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)


Apakah itu KSSR?
• Transformasi kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah
akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara
berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini
pada tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu
di semua sekolah rendah.

• Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu


Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik
dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).
• KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa.
• Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan
modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-
guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR.
• Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-
murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris.
• Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih
menarik dan interaktif di mana ia melibatkan
penggunaan dua bahasa tersebut serta
meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru
untuk mengajar dalam subjek Matematik dan
Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas
• Terdapat pengubahsuaian dan penambahan kepada beberapa mata pelajaran
bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan
menepati keperluan murid-murid berkeperluan khas ini.
• Bagi Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, mata pelajaran yang ditambah
ialah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan manakala dua mata
pelajaran yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni
Visual Suaian.
• Masalah Pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan mata pelajaran
Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris dan Pendidikan Islam yang diubahsuai.
• Sementara bagi Masalah Pembelajaran, kesemua mata pelajarannya
dibuahsuai termasuklah:
• Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah
Laku, Kemahiran Manipulatif)
• Asas 3M (Membaca, Menulis, mengira) melibatkan komponen bahasa
Malaysia, bahasa Inggeris dan matematik
• Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual, Seni Muzik)
• Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
• Pendidikan Jasmani.
• Pengubahsuaian dan penambahan ini dilakukan bagi
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran
muril-murid kurang upaya supaya mereka tidak
ketinggalan dalam arus perubahan perdidikan dan
transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.
• Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan
untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran
asas yang amat diperlukan oleh murid-murid
berkeperluan khas ini.
Pentaksiran
• KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran
berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan
tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan.
• Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian
yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat
formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
• Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan
mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard
yang ditetapkan.
Guru dipersiapkan untuk menghadapi KSSR
• Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha yang
dilakukan bagi memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa
relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu
menangani cabaran semasa dan masa depan.
• Sebagai usaha bagi memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan
penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai
agen perubahan mampu mencapai objektif, para jurulatih utama
terlebih dahulu diberikan kursus orientasi.
• Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan
cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi
turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih
utama masing-masing mengikut mata pelajaran.
• Standard kurikulum merupakan pernyataan yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni
yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah
kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK)
sepanjang berada di bangku sekolah rendah.
Cara menterjemahkan pernyataan
standard kurikulum
• Baca perkataan demi perkataan dalam setiap pernyataan untuk
memahami maksud dan hasrat kurikulum yang terkandung pada
pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat.
Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.
 Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan
dengan kemahiran sampingan dalam setiap aktiviti;
Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada
kemahiran yang dipilih dan kehendak kurikulum.
Peringkat perancangan pengajaran
• Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, seterusnya
pilihlah kemahiran fokus dan kemahiran sampingan;
• Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan kemahiran yang dipilih;
• Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan
kemahiran yang dipilih bersesuaian dengan masa pengajaran;
• Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran tersebut;
• Langkah kelima: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid.
Peringkat penyampaian pengajaran
• Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah
didik hibur dan menarik minat murid
• Bahan bantu mengajar yang sesuai;
• Aspek kawalan kelas;
• Aspek komunikasi;
• Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung
dan tidak langsung berkaitan ilmu yang disampaikan;
• Berlakunya pemulihan dan penggayaan.
Aktiviti pengajaran yang sesuai
• Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk
murid menguasai kemahiran;
• Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan
inovatif ke arah melahirkan murid kreatif' dan inovatif;
• Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan;
• Penyampaian yang berkesan dan membolehkan
majoriti murid menguasai kemahiran yang diperlukan.
Penyampaian berkesan
•Mestilah mudah difahami oleh murid;
•Aktiviti mudah dilaksanakan;
•Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid;
•Dapat menarik tumpuan murid.
Peringkat Selepas Pengajaran
• Adanya proses refleksi. Mengapa perlu refleksi?
• Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Jika
tidak tercapai mengapa?
• Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan?
• Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan?
• Adakah aktiviti dan kemahiran yang dipilih tidak sesuai?
• Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki
kelemahan yang ada bagi pengajaran berikutnya.
Pengajaran dan Pembelajaran
menarik, pentaksiran holistik
• KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai
pendekatan pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan
serta kesan terhadap murid-murid.
• Penekanan, kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan, pembelajaran
berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara
kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat
diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik.
• Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan
kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang
tidak terhad kepada mereka.
• Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang
menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid
tersebut.
• Selain itu, KSSR turut memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah
pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan
dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan.
• Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang
lebih autentik dan holistik.
• Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara
berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran.
• Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut
keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang
ditetapkan.
• Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua
pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak
berkepentingan.

Anda mungkin juga menyukai