Anda di halaman 1dari 87

LATAR BELAKANG

Disediakan oleh :
Razman bin Kamaruddin
LATAR BELAKANG
LATAR BELAKANG
Bengkel Penggunaan Boneka dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu diharapkan dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru
menggunakan boneka Melayu sebagai salah satu
medium bahan bantu mengajar di sekolah.
Penekanan kepada nilai-nilai kemelayuan seperti
lagu/muzik melayu, puisi melayu dan busana
melayu pada persembahan boneka dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
secara tidak langsung dapat mengetengahkan nilai-
nilai kebudayaan Melayu kepada murid-murid.
......Sambungan
Sudah sampai masanya guru-guru menggunakan
boneka yang bercirikan identiti kemelayuan dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk jati
diri Melayu melalui pendidikan.
DEFINISI BONEKA

Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), boneka


adalah patung misalnya orang atau binatang yang boleh
digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya
atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya
dan menggerakkannya.
PENGENALAN
 Boneka berasal daripada bahasa Portugis ‘boneca’.
 Boneka adalah objek-objek yang dicipta untuk mewakili
watak-watak cerita.
 Boneka boleh digerak-gerakkan seolah-olah hidup.
 Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri
dengan penampilan watak-watak seperti riang, sedih,
marah dan lain-lain.
 Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan
serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang
disesuaikan.


 Biasanya, penggunaan boneka tidak terhad hanya
kepada bentuk manusia, tetapi boleh juga berbentuk
haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan
cerita yang tertentu.
 Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar,
suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi
pergerakan yang dibuat.
 Boneka boleh dimainkan seorang diri, berpasangan atau
berkumpulan.
JENIS BONEKA
1. Boneka Jari Wajah
2. Boneka Tangan
3. Boneka Lidi/ kayu
4. Boneka Bertali
5. Wayang Kulit
BONEKA JARI
 Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota
boneka.
 Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari
dimasukkan ke dalam sarung jari pada boneka dan
digerakkan untuk menghidupkan badan boneka.
 Setiap jari mempunyai peranan
masing-masing mengikut watak
boneka.
Contohnya: haiwan atau manusia
BONEKA JARI WAJAH
1 2 3

4 5 6
BONEKA TANGAN
 Boneka tangan boleh berbentuk manusia atau haiwan.
 Boneka haiwan boleh digunakan untuk memperkenalkan
haiwan seperti lembu, kuda, ayam, kambing dan
sebagainya kepada kanak-kanak.
 Dibuat dari bahan yang lembut dan

dapat dicuci.
BONEKA LIDI
 Badan boneka ini diperbuat daripada bahan
yang keras atau tebal.
 Kemudian lidi panjang diletakkan pada
badan boneka termasuk pada
anggota-anggota tertentu yang akan
digerakkan semasa menggunakannya.
 Lidi utama digunakan untuk menjulang
boneka. Manakala lidi-lidi yang lainnya digoyangkan
untuk menggerakkan anggota badan
boneka tersebut.
BONEKA TALI
 Boneka tali atau diperbuat daripada bahan-bahan keras
seperti paper mache, plaster-of-Paris atau kayu.
 Tali-tali halus disambungkan kepada
bahagian-bahagian boneka yang boleh
bergerak.
 Semasa boneka digunakan, tali-tali itu
ditarik untuk menggerakkan
anggota-anggota boneka tersebut.
PENTAS
BONEKA
Semasa membuat persembahan boneka, pelbagai jenis
pentas boleh disediakan. Antaranya,

 Pentas Kerusi
Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas
pentas. Gunakan dua atau empat batang penyapu
untuk dijadikan tiang. Rentang kain hitam sebagai
tirai. Guru sebagai pemain boneka duduk di
belakang kain semasa menggerak lakonkan
boneka.

 Pentas Rentang
Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding.
 Pentas Tingkap
Tingkap terbuka (tanpa cermin) boleh digunakan
sebagai pentas. Guru duduk di luar dan murid
di dalam.

 Pentas Pintu
Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan sebagai
pentas. Kain, papan atau kertas tebal boleh
direntangkan untuk menutupi bahagian bawah
pintu. Pemain boneka berada di luar dan penonton
di bahagian dalam.
 Pentas Meja
Susun beberapa buah meja dan tutup dengan
kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang
meja semasa bermain boneka.

 Pentas Berlipat
Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan
rangka kayu sebagai bingkainya kemudian ditutup
dengan kain.
PERTUNJUKAN BONEKA
BONEKA SEBAGAI
BAHAN BANTU MENGAJAR
KELEBIHAN
 Aktiviti bermain drama boneka menggalakkan kanak-
kanak berbual menerusi boneka secara spontan.
 Walaupun mereka akan berasa malu apabila bercakap
dengan guru, mereka tidak akan berasa malu apabila
berbual melalui boneka atau berbual dengan boneka.
 Proses pedagogi yang menggunakan boneka bukan
sahaja membantu kanak-kanak. Kanak-kanak lebih
yakin pada diri sendiri apabila boneka bersama mereka
(Bustam, 1990; 2005).
BONEKA SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR
 Menurut Arce (2000), kanak-kanak memperoleh
pendidikan atau pengajaran yang paling berkesan
setelah melibatkan diri dalam aktiviti boneka.
 Secara tidak langsung, intrapersonal dan interpersonal
kanak-kanak dapat dipertingkatkan dan seterusnya
membantu perkembangan kecerdasan yang lain seperti
kecerdasan bahasa, kecerdasan muzikal, kecerdasan
kinestetik, kecerdasan logikal, kecerdasan natural,
kecerdasan ruang dan kecerdasan kerohanian yang
terkandung dalam kecerdasan pelbagai (White, Blythe &
Gardner, 1992; Gardner 1983; 1995; Martin, 1995,1999;
Duval & Mark, 1994; Sternberg, 1996; Erb, 1996;
Lazear, 1999; Roper & Davis,2000)
BONEKA SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR
 Aktiviti boneka dalam proses pedagogi dapat memberi
kesan yang positif kepada kanak-kanak daripada segi
kognitif, afektif dan psikomotor. Penggunaan boneka
dalam proses pedagogi dapat membantu perkembangan
keseluruhan kanak-kanak.

 Selain itu, penggunaan boneka dalam bilik darjah juga


dapat mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran
yang kreatif dan menggembirakan (Bustam, 1990;
Machado, 2003).
BONEKA SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR
 Sawyer (2004) menyatakan bahawa tidak terdapat peraturan dan
teknik penggunaan boneka yang khas.
 Akan tetapi mengikut Bustam dan Kamariah (1992), penggunaan
boneka sebagai alat pedagogi dalam pengajaran perlu sesuai dengan
aktiviti pengajaran yang telah dirancang.

Menurut mereka lagi, untuk menarik perhatian kanak-kanak atau


merangsang minat kanak-kanak dalam set induksi, boneka boleh
digunakan mengikut langkah yang berikut;

(i) guru telah menentukan objektif pengajarannya;


(ii) guru memulakan pelajaran dengan memanipulasikan boneka
tanpa menggunakan pentas boneka
(iii) guru juga boleh mengarahkan kanak-kanak ke hadapan kelas
untuk berlakon secara spontan dengan menggunakan boneka
(iv) guru perlu mengaitkan aktiviti set induksi dengan isi
pelajaran yang akan disampaikan selepas tamat aktiviti
rangsangan.
BONEKA SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

 Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan


untuk menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih
menarik dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak.
 Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam
penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan
kerjasama dalam kumpulan.
 Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara
yang menghiburkan dan dapat menarik minat kanak-kanak ke
arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi,
penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran
afektif, kognitif dan fizikal.
 Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat
berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik
perhatian pelajar serta menghidupkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan.
BONEKA SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

 Selathurai Nadeson (1982), menerangkan bahawa


boneka (puppet show) boleh digunakan untuk
menerangkan atau menghuraikan sesuatu, memberi
arahan, mengucapkan sesuatu yang lucu, bercerita,
menyoal dan juga untuk mencipta situasi-situasi drama
yang melibatkan kanak-kanak.
 Boneka akan memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk memperkayakan dan menambahkan
kemahiran bahasa dan juga memberi peluang
untuk perkembangan kemahiran imaginatif.
BONEKA SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

 Zaharatullaili (2006) telah menjalankan kajian mengenai


penggunaan boneka telah digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Boneka
merupakan salah satu bahan bantu yang dapat menarik
minat dan perhatian kanak-kanak terhadap pembelajaran
kerana sifat semula jadi kanak-kanak itu yang sukakan
boneka.
 Bermain dengan boneka dapat memberi peluang dan
kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan
potensi masing-masing berdasarkan tahap kebolehan dan
kemahiran mereka. Kajian beliau mendapati teknik
penggunaan boneka yang berkesan dapat membantu
kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, emosi, sosial,
komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.
PENERAPAN
NILAI JATI DIRI MELAYU :
BUSANA MELAYU
TANJAK/ DESTAR/ IKAT KEPALA
 Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah
ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing
bermula dari jenis kain yang digunakan sehingga cara
ikatan dan lipatannya.
 Puncak tanjak yang dipanggil ‘daun’ pula dihalakan ke
sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan
(atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan
bangsawan dan Di Raja.
 Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu
disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata
melainkan dua golongan sahaja iaitu Raja (termasuk
ahli keluarga) dan Laksamana.

 Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada


seseorang. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’
lipatan, semakin besar
darjat dan pangkat
seseorang, makin
tinggi lipatan tanjaknya.
DESTAR KETAM BUDU
Destar ini digunakan oleh pembesar
Negeri Kelantan. Warna destarnya
hitam dengan bersulam benang
emas.
TANJAK LANG MELAYANG
Destar ini dipakai oleh pembesar-
pembesar Negeri Terengganu yang
bergelar Datuk
Destar ini pernah
dipakai oleh Al-
Marhum
D.Y.M.M. Tunku
Syed Putra Ibni
Al-Marhum Syed
Hassan
Jamalullai, Raja
Perlis pada tahun
1957 sewaktu
menandatangani
pengistiharaan
kemerdekaan
Tanah Melayu.
Seperti destar diraja yang lain warna latarnya adalah kuning diraja.
Lipatan asasnya sebanyak tiga lipatan dan daun destarnya pula
menghala ke atas.
Destar ini agak berbeza dengan bentuk Dendam Tak Sudah.
Destar unik yang amat menarik ini menggunakan lima
lipatan yang disebut takuk dan daun lambaian kasihnya
tergantung seperti sarang kerengga di sebelah kanan
pemakainya.
Deta Dendam Tak Sudah yang berwarna ungu dengan
lipatan lima takuk ini merupakan ikat kepala yang
dikhaskan penggunannya kepada Undang atau
Penghulu Luak di Negeri Sembilan.
SAMPING

 Pemakaian samping pula adalah wajib bagi semua


golongan di dalam istana. Di luar istana pula adalah
piIihan.

 Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu,


kebanyakkan mereka mengenakan samping dengan
cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah
baju Melayu macam gaya orang Johor sekarang – Baju
di luar).
 Manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal
dari situ pula mengenakan samping cara ‘Berdagang
Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di
selit ke dalam kain).
 Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala
dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan
siapa penduduk asal sesuatu tempat.
 Cara mengikat samping juga dibahagikan dalam 3 cara
mengikut pangkat dan darjat iaitu:
a. Ikatan pancung (raja, sultan dan kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (pembesar dan orang-orang
bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakan)

 Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika


pemakaian Melayu bila mana kita terus dapat
mengenali status seseorang, asal usulnya dengan
hanya melihat cara ia berpakaian.
BAJU MELAYU DAHULU
 Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher
‘teluk belanga’. Baju cekak musang hanya boleh
dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja.

SELUAR
 Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan
dalam alam Melayu.
 Golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar
mengenakan seluar dari gaya ‘ Gunting Aceh ’ yang
mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan
seperti kain sarung)
 Manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan,
mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘
Gunting Cina ’ .
Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu ialah baju
Melayu. Baju Melayu merupakan kameja longgar yang
dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya
dipadankan dengan kain samping yang diikat di
bahagian pinggang dan bersongkok.

Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua


iaitu baju Melayu potongan teluk belanga dan baju
Melayu potongan cekak musang. Potongan tersebut
merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut.
 Baju Melayu Teluk Belanga biasanya
terkenal di kawasan selatan Malaysia.
 Potongan Teluk Belanga potongan
lehernya dijahit secara sulaman.
 Cara memakai baju Melayu Teluk
Belanga biasanya samping dipakai
di sebelah dalam baju.
 Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan
tengah dan utara Malaysia.
 Potongan Cekak Musang iaitu bahagian
penutup atau rumah butangnya bertindan.
 Cara memakai baju Melayu Cekak Musang
ialah samping di sebelah luar baju.
 Baju kurung lazimnya diketahui sebagai jenis baju
longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan
dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi.
 Baju tersebut meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan
wajah dan tangan sahaja, dilihat sebagai mematuhi
peraturan pakaian Islam.
 Baju kurung boleh dipadankan dengan
kain tradisional seperti songket atau batik.
 Digandingkan dengan kain selendang atau
tudung kepala. Baju kurung sesuai dipakai
dalam majlis-majlis formal atau urusan
seharian.
 Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya
labuh dan baju kebaya pendek.
 Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit
untuk mengikut bentuk badan si pemakai.
 Kain sarung diikat secara ikatan kuncup,
iaitu kepala kainnya dilingkup ke bahagian
hadapan.
 Baju kebaya ini dipakai dengan kancing
berbunga atau kerongsang yang berasingan
atau yang berantai.
 Baju kebaya pendek pula, telah
diubahsuai untuk kelihatan lebih
menarik dengan mengadakan
sulaman berbiku di bahagian hujung
lengan, dan di tepi bahagian belahan
serta di bucu baju.

 Baju kebaya moden telah mula


dipakai orang Melayu sebelum
Perang Dunia Kedua.

 Walaupun dinamakan baju kebaya


moden, namun ciri-ciri kemelayuannya masih ada
kerana baju itu dipakai dengan kain.
CINTAI WARISAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk
berangkap.

Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua


baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan
baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh
baris/kerat.
Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap
seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya.
CONTOH JENIS PANTUN
Pantun Dua Baris
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.

Sebab pulut santan binasa,


Sebab mulut badan merana.

Pantun Empat Baris


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Nasi lemak buah bidara,


Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.
 Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak
rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula
dengan maksud pantun.

Contoh : Bahagian pembayang bagi pantun empat


kerat terdiri daripada dua ayat pembayang
dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang
pantun lapan kerat adalah empat ayat
pembayang dan empat ayat maksud dan
demikianlah seterusnya.
Pembayang atau Sampiran
 Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama
setiap rangkap pantun.
 Pembayang memainkan peranan untuk memberi
persamaan bunyi/rima kepada maksud.
 Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung
kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam
setiap rangkap pantun.

Maksud atau Isi


 Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian
kedua dalam setiap rangkap pantun.
 Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang
hendak disampaikan dalam pantun tersebut (tema).
Suku Kata
 Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau
empat suku kata.
 Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi
antara lapan hingga dua belas suku kata.
 Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang
sama banyak.
Contoh Pantun yang Baik :

Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/,


Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/ ti/ga/,
Han/cur/ ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/,
Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/.

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,


Bu/li/- bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
GURINDAM

 Gurindam merupakan sejenis puisi yang tidak terikat


atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak).
 Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua baris
serangkap, hampir sama dengan syair dua baris atau
nazam.
 Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi
bebas,sama ada berangkap atau tidak; jika berangkap
tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah perkataan
sebaris; dan mempunyai rima atau tidak.
 Dalam gurindam juga kadang-kadang terdapat ciri puisi
seperti asonansi, aliterasi, dan gaya bahasa tertentu.
Sesebuah gurindam sarat dengan tema dan perutusan
yang bersifat nasihat, keagamaan, dan pengajaran.
SELOKA
 Dari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan
Sanskrit, seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri
daripada yang terdiri daripada dua baris atau dua
kerat, yang setiap satunya mengandungi 16 suku
kata, yang disusun dalam empat unit.
 Dalamkesusasteraan Melayu tradisional, seloka
merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap
(sama ada berangkap atau tidak berangkap).
 Jika
berangkap, tidak tentu barisnya dalam
serangkap dan tidak tentu jumlah perkataan dalam
sebaris. Seloka juga boleh jadi mempunyai rima
atau tidak.
 Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau
rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea (Harun
Mat Piah, 1989).
 Dari segi isi, seloka biasanya mengutarakan isinya
secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan
kadang-kadang mengandungi nada atau perasaan yang
asyik dan berkhayal.
SYAIR
 Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat
baris serangkap dengan rima a/a/a/a.
 Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat
Melayu walaupun terdapat juga variasi-variasi bentuk
yang lain.
 Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa
melayu mempunyai beberapa variasi yang bergantung
kepada bentuk rimanya iaitu:
i. Dua baris serangkap dengan rima a/b, (memerlukan
beberapa rangkap)
ii. Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b.
iii. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a.
iv. Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b.
v. Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b.
vi. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d,
d/d/d/d dan seterus nya.
vii. Empat baris seirama (monorhyme).
viii.Empat baris berkait.
 Menurut Harun Mat Piah(1983), variasi bentuk syair
ini membuktikan bahawa syair tidak terhad kepada
satu bentuk sahaja walaupun bentuk empat baris
serangkap, dengan rima a/a/a/a lebih luas
digunakan.
 Berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai
tujuh jenis tema yang berbentuk cerita(bukan
naratif) iaitu syair romantis, syair panji, syair
sejarah, syair keagamaan, dan syair kiasan.
 Manakala syair bukan cerita ialah syair agama, syair
nasihat dan tema-tema lain yang berasingan.
IRAMA SYAIR

 Selendang Delima
 Rakis
 Narasi
 Siti Zubaidah
 Dandan Setia
TEROMBA
 Teromba merupakan susunan adat yang disampaikan dalam
bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat.
 Teromba dikatakan berasal daripada masyarakat Melayu
Minangkabau. Isinya mengandungi adat dan peraturan serta
norma-norma hidup mesyarakat khususnya tentang undang-
undang adat yang diamalkan dalam kehiduan sosial
masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.

 Berdasarkan struktur visualnya, teromba tergolong sebagai


puisi tidak terikat kepada perbilangan adat atau kata
perbilangan.
 Teromba ini ada yang berangkap dan ada yang tidak. Jumlah
perkataan dan suku katanya dalam sebaris tidak tentu.
 Demikian juga rima dan jedanya, juga tidak tentu. Teromba
kadangkala menggunakan juga puisi Melayu tradisional yang
lain seperti pantun, syair, rubai, talibun, dan ungkapan
tradisional (peribahasa berangkap).
 Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan
dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup
bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat,
peraturan dan undang-undang dibentuk, membentuk
dan membina satu masyarakat yang harmoni, mengekal
norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah
dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-
temurun.
PENERAPAN
NILAI JATI DIRI MELAYU :
LAGU/MUZIK MELAYU
ASLI
 Muzik Melayu asli merupakan muzik yang berciri sayup,
mendayu atau sedih.
 Ia mempunyai tempo yang perlahan dan bunyi muziknya
juga perlahan dan lembut.
 Lirik dalam lagu-lagu asli ini lazimnya menggunakan
pantun yang berkenaan dengan sejarah lama, seperti
lagu “Seri Mersing”, “Siti Payung” dan “Laksmana Mati
Dibunuh”.
 Ada juga yang berkenaan dengan cinta seperti lagu
“Gurindam Jiwa”.
 Lagu asli tidak senang untuk dinyanyikan kerana ia
harus memerlukan penguasaan suara dan teknik
nyanyian serta penafasan yang betul.
INANG
 Muzik inang ini ada kaitannya dengan seorang inang
pengasuh, iaitu seorang ketua dayang di dalam istana pada
zaman kesultanan Melayu dahulu.
 Inang pengasuh ini bertanggungjawab atas menjaga puteri di
dalam istana.
 Joget Inang merupakan muzik rancak yang seperti mengikuti
lenggang-lenggok perjalanan inang pengasuh ini.
 Temponya juga laju.

 Muziknya boleh dimainkan dengan alat-alat muzik Barat


seperti mandolin dan violin, serta alat-alat tradisional seperti
rebana.
ZAPIN
 Zapin, seperti Masri, juga mempunyai asal usul daripada
Timur Tengah. Ia dibawa oleh pedagang-pedagang Arab
yang berdagang di Malaya dan Singapura pada abad
ke-19.
 Muzik Zapin selalunya dimainkan dengan alat muzik
gambus
 Tempo muziknya antara tempo sederhana dan laju
rancak.
 Zapin juga mempunyai identitinya tersendiri di dalam
dunia tarian Melayu.
 Selain alat muzik gambus, muzik Zapin juga boleh
dipimpin oleh alat muzik violin atau accordion.
 Lazimnya, para pemuzik akan bertukaran memainkan
muzik secara solo antara satu sama lain untuk
mempertunjukkan kecekapan masing-masing.
 Alat muzik rebana pula akan mengiringi dengan
memainkan rentak Zapin.
MASRI
 Masri mempunyai asal usul daripada Timur Tengah.
 Temponya agak laju dan lirik lagu lazimnya mengenai
cinta dan tradisi mahupun berunsur keagamaan, seperti
memuji kebesaran Allah.
 Lagu-lagu masri boleh dinyanyikan secara solo atau
berpasangan.
 Jika berpasangan, penyanyi akan menjual-beli pantun
yang bersifat mengusik atau mengejek antara satu sama
lain.
JOGET
 Joget juga merupakan muzik tarian yang rancak dan
laju, yang dipimpin oleh violin dan accordion disertakan
dengan rebana.
 Pada waktu dahulu, muzik joget ini selalunya dimainkan
sewaktu sesuatu perayaan di kampung dan ini
memupuk semangat kemasyarakatan di antara orang-
orang kampung.
 Muzik joget lazimnya diakhiri dengan bahagian tandak,
di mana muziknya menjadi semakin cepat untuk
menandakan ia akan berakhir.
DONDANG SAYANG
 Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu
tradisional.
 Dalam lagu dondang sayang, penyanyi-penyanyi saling
bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang
riang dan kadang-kadang lucu.
 Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli
muzik yang terdiri daripada:
a. seorang pemain biola;
b. dua orang pemain rebana
c. seorang pemain tawak (gong kecil).
 Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli
muzik.
 Muzik dondang sayang adalah perlahan,

 Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka


GHAZAL
 Ditinjau sudut sejarah perkembangan seni muzik ghazal
di Johor dari tarikh perkembangannya bermula dari
tempat asalnya di Tanah Arab
 Peralatan muzik ghazal pada mulanya terdiri daripada
peti harmonium, biola, gambus dan tabla atau do
(gendang).
 Kemudian alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis
alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecapi Jepun,
keroncong dan marakas.
 Syair dalam muzik ghazal memegang peranan penting
sebagai jalan untuk menjiwai muzik dan irama yang
dipersembahakan.
 Selain itu muzik juga menyampaikan pesan moral dan
spiritual kepada pendengar. Ini menunjukkan muzik
ghazal bukan sekadar hiburan biasa tapi turut
menyampaikan unsur pendidikan dan informasi.
AUDIO
LAGU/MUZIK MELAYU
Joget : Joget Si Pinang Muda
Zapin : Hari Ribut
Joget : Joget Pokok Pisang
Asli : Selendang Mak Inang Selendang
Abas Alias dan Norwani Md. Nawawi (2006). Pakaian Melayu Sepanjang Zaman. Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hulu Kelang, Selangor.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (2006) Persidangan Seni Budaya dan Warisan.
Pendidikan Seni Budaya dan Warisan di Abad 21: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur.

Aripin Said (1994). Puisi Warisan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Ezah Aziz (2019). Rupa dan Gaya : Busana Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi,
Selangor.

Husin Fateh Din dan Dr. Nazariyah Sani (2014). Kebudayaan Melayu. Penerbitan Multi Media.
Sdn. Bhd. Puchong, Selangor.

Khadijah Hashim ( 2015). Pantun Peribahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Lim Boon Wah (1984). Boneka untuk Kanak-kanak. Eastern Universiti Press (M) Sdn. Bhd.
Petaling Jaya, Selangor.

Mohd Rashid Md. Idris (2011). Nilai Melayu dalam Pantun. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjung Malim, Perak.

Salinah Ja’afar, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, Zurinah Hassan dan Shafa’atussara
Silahudin (2016). Wacana Pantun Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Siti Zainon Ismail (2006). Pakaian dan Cara Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi,
Selangor.

Anda mungkin juga menyukai