Anda di halaman 1dari 12

Mengapakah guru perlu

meningkatkan kompetensi
dalam pentaksiran?
Bagaimanakah guru
dapat meningkatkan lagi
kompetensinya dalam
pentaksiran?
Ahli kumpulan:
Eric Ngu Lok Sing
Wendy Lau Chui Jing
Wong Min Yi
Sebab guru perlu
meningkatkan
kompetensi dalam
pentaksiran
1. Membuat keputusan dan tindakan
instruksional
• Dari segi pengajaran, pentaksiran membantu hala tuju
pengajaran dan pembelajaran murid dalam bilik darjah.

• Sebelum pengajaran, keputusan perlu dibuat untuk menentukan


hasil pembelajaran, pemilihan aktiviti pengajaran dan
penyediaan bahan pengajaran yang sesuai dengan aktiviti
yang dirancangkan.
• Semasa instruksi, keputusan dibuat tentang sistem
penyampaian, maklum balas pembelajaran dan kawalan bilik
darjah.

• Keputusan selepas instruksi adalah berdasarkan pencapaian


murid untuk penambahbaikan pengajaran.
2. Membuat keputusan bimbingan
• Pentaksiran boleh membantu dalam menyediakan maklumat murid
supaya bimbingan kerja boleh dilaksanakan.

• Data pentaksiran daripada ujian atau instrumen dapat mengukur


pencapaian yang dapat membantu guru membuat keputusan
semasa merancang aktiviti pdp berdasarkan gaya pembelajaran,
minat dan kebolehan murid.

• Aktiviti pemulihan boleh disediakan bagi membimbing murid yang


lemah serta merancang aktiviti pengayaan untuk murid yang telah
menguasai pengetahuan dan kemahiran sesuatu kandungan.
3. Mendapat maklum balas yang tepat
• Murid akan mendapat maklum balas yang tepat untuk
meningkatkan pembelajaran mereka berdasarkan instrumen
pentaksiran yang efektif.

• Hal ini kerana maklumat pentaksiran dan pendidikan yang sah


dan boleh dipercayai yang dihasilkan sebagai rujukan dan asas
dalam membuat keputusan yang lebih tepat tentang
perubahan yang ingin dilakukan dalam bidang pendidikan.
Cara guru dapat
meningkatkan lagi
kompetensinya
dalam pentaksiran
Latihan berterusan
• Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
• Kajian Stiggins (2005), mendapati tidak ramai guru yang betul-
betul bersedia dalam melakukan pentaksiran bilik darjah kerana
mereka tidak berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik dan
amalan pentaksiran yang betul.
Kolaboratif guru
• Seorang guru mungkin tidak mengetahui semua teknik
pentaksiran yang baik. Guru-guru boleh bekerjasama serta
membincang bersama tentang teknik pentaksiran yang sendiri
tahu. Dengan ini, guru akan mendapatkan maklumat yang lebih
banyak dan lebih menguasai teknik pentaksiran.
Membuat kajian
• Kini, masih kurang orang yang membuat kajian tentang
pentaksiran. Guru-guru bolehlah berusaha dalam membuat
kajian tentang cara-cara membuat pentaksiran yang lebih baik
dan sistematik. Semakin banyak guru yang membuat kajian
dalam biadang tersebut, semakin meningkat kemahiran mereka
terhadap pentaksiran.
Sekian, terima kasih!
• https://www.scribd.com/presentation/358373366/Modul-
Kompetensi-Pentaksiran-Guru

Anda mungkin juga menyukai