membangunkan nilai-nilai moral, spiritual dan akhlak sememangnya mempunyai banyak cabaran dan rintangan. Sebagai insan guru, buat penilaian tentang elemen- elemen yang mencabar terhadap amalan nila-nilai murni dalam masyarakat Malaysia.
NAMA AHLI KUMPULAN : POK HUI CHEE
JOEY YONG JO YI
PENSYARAH : ENCIK AMIR BIN HASSAN
1. Jurang antara generasi (Generation Gap) • Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden, anak-anak muda mudah dipengaruhi oleh pelbagai fesyen pakaian dan rambut, muzik, gaya perjalanan dan sebagainya.
• Perbezaan pandangan dan idea yang wujud di
antara generasi muda dengan generasi tua telah menimbulkan jurang generasi di antara anak-anak dengan ibu bapa. Contoh 1 Ramli ingin mengikut fesyen rambut rakan-rakannya ataupun rambut kumpulan popular yang digemari seperti berambut panjang ala penyanyi rock.
Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut
agar panjangnya tidak melebihi kolar baju.
Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang
perlahan atau jenis instrumental dan lagu lama tetapi Ramli lebih meminati lagu berunsur “pop” dan “rock”. Cara-cara mengatasi masalah jurang antara generasi
1. Ibu bapa perlu menerangkan kesesuaian pakaian,
fesyen rambut dan sebagainya. 2. Pengetahuan agama dan pegangan moral generasi muda perlu dipentingkan. 3. Ibu bapa perlu mengenali rakan-rakan anak yang didampingi. 4. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam permainan yang digemari anak-anak seperti permainan catur, monopoli, badminton, bola sepak dan sebagainya. 2. Ekonomi- Jurang Pendapatan
• Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah
menumpukan perhatian untuk membangunkan ekonominya bagi mewujudkan pembangunan sosial, keseimbangan antara kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat.
• Kesan dari pembangunan yang pesat telah
menyebabkan berlakunya proses urbanisasi, industrilisasi dan penghijrahan masyarakat dari luar bandar ke bandar. Contoh 1
• Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa merancang
cara-cara menambahkan pendapatan dengan menjual insurans nyawa, alat-alat solek, jualan langsung (direct selling), pelbagai jenis barangan kegunaan rumah dan sebagainya.
• Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak dapat memberikan
asuhan dan didikan sebaik-baiknya kepada anak-anaknya.
• Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung terhadap anak-anak
memang tidak dapat dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa yang amat sibuk itu. • Contoh 2 • Encik Ahmad cuba memaksimumkan keuntungannya dengan menggunakan beberapa penipuan seperti membekalkan barangan dengan timbangan berat yang tidak mencukupi, mencampurkan gred beras yang kurang baik dengan yang baik serta menyorokkan sesuatu barangan yang dijangka harganya akan naik. • Dengan ini, Encik Ahmad dikatakan tidak mempunyai sikap belas kasihan, tidak bertimbang rasa serta tidak jujur.
• Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggota-anggotanya bersaing
untuk memiliki rumah yang lebih besar, jenis kereta yang lebih besar dan lebih berjenama, dan kerap pergi melancong. 3. ELEMEN DALAM SEKOLAH • Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari di sekolah. Ini bermakna individu-individu, kemudahan- kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi seseorang kanak-kanak.
• Guru juga sangat berpengaruh di sekolah. Gaya penampilan,
sikap kepimpinannya memainkan peranan dalam proses sosialisasi individu.
• Cara pentadbiran sekolah, persekitaran serta budaya sekolah
juga berperanan mempengaruhisosialisasi kanak-kanak atau pelajar. a) Pentadbir
• Pentadbir yang efektif adalah penting untuk mewujudkan suasana
mendorong pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan.
• Pentadbir hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan
amalan yang mengintegrasikan maklum balas, membuat refleksi dan amalan-amalan dan tindak balas yang diterima berlandaskan aspek-aspek berikut: mengesan kecekapan pentadbiran sekolah. menilai budaya moral sekolah. menilai secara moral guru-guru di bawah pentadbirannya. b) GURU
• Seseorang guru mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri kerana
ada guru yang bersifat autokratik, demokratik dan “laissez-faire”. • Guru yang autokratik tidak bersedia mendengar pandangan dan pendapat murid. Murid akan menjadi pasif serta tidak terdorong untuk memberi pendapat. • Suasana sosioemosinya yang dipenuhi ketegangan tidak menggalakkan interaksi guru dan murid. • Guru yang demokratik memberi kesan yang positif kerana pelajar- pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara terbuka. • Suasana sosio emosi yang demokratik akan menggalakkan perkembangan yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial. • Guru yang “laissez-faire” memberi kebebasan penuh kepada pelajar untuk memikir dan menyusun aktiviti mereka dan kurang memberi idea dan inisiatif terhadap aktiviti yang dijalankan. Guru juga tidak menilai tingkah laku pelajar menyebabkan pengurusan bilik darjah yang longgar dan suasana pembelajaran dan pengajaran terganggu oleh masalah disiplin.
• Seorang guru yang berkesan mempunyai ciri-ciri
seperti ingin membaca untuk menambah ilmu, berupaya berfikir secara kritis, ingin belajar dan menitikberatkan pendidikan seumur hidup.
• Guru juga hendaklah mempunyai personaliti yang
sesuai dengan profesion perguruan dan memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku pelajarnya. c) Budaya, Iklim dan Fizikal • Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti ilmu, insan, moral budaya kerja, budaya komunikasi, budaya bilik darjah dan budaya kepimpinan.
• Faktor utama membentuk budaya sekolah ialah input
sekolah yang berunsurkan sumber iaitu saiz bilik darjah, nisbah guru-pelajar, pembelajara setiap pelajar, keadaan bangunan sekolah, bentuk kurikulum, bahan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan fizikal yang lain. c) Budaya, Iklim dan Fizikal *Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang terdapat dalam sesebuah sekolah.
*Iklim sekolah sangat penting untuk melahirkan insan yang baik
dan dapat membantu perkembangan pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek (JERI).
*Aspek yang mempengaruhi iklim sekolah ialah aspek fizikal
sekolah, aspek sosial sekolah dan aspek budaya sekolah. c) Budaya, Iklim dan Fizikal • Aspek fizikal sekolah meliputi semua infrastruktur yang terdapat di kawasan sekolah seperti bangunan, padang, tandas bengkel, makmal, pusat sumber, kantin dan lain-lain.
• Pengurusan fizikal yang berkesan mempengaruhi pengajaran
dan pembelajaran pelajar dan guru dalam suasana yang tenteram, selesa, harmoni dan menyeronokkan.
• Keadaan fizikal sesebuah sekolah memainkan peranan
penting dalam mencorakkan tingkah laku pelajar-pelajarnya. SEKIAN TERIMA KASIH!