Anda di halaman 1dari 18

SEJARAH &

EVOLUSI
KOMPUTER
PENGENALAN

• Komputer adalah sebuah mesin


pemprosesan elektronik. Sejarah dan
evolusi komputer terbahagi kepada 2
zaman iaitu:
• Sebelum 1940
• Selepas 1940
SEBELUM 1940
1) Pada peringkat awal, manusia
menggunakan benda-benda berikut
untuk mengira:
a) jari
b) batu
c) kayu kecil
d) simpulan pada tali
2. Abakus

• Abakus digunakan sejak lebih 5,000 tahun


dahulu
• Ia dikenali sebagai cepoa atau sempua
• Abakus mula digunakan di Babylon
sebelum dibawa ke negara-negara Asia
• Di Jepun, ia dikenali sebagai soroban
3. Mesin Pascaline

• Mesin Pascaline ialah mesin kira


(kalkulator) mekanikal yang pertama
• Ia dicipta pada tahun 1642 oleh Blaise
Pascal, seorang ahli matematik Perancis
• Keupayaan mesin ini terhad
4. Konsep komputer Modern

• Komputer ini diperkenalkan oleh Charles


Babbage
• Charles Babbage digelar Bapa Komputer
atau Arkitek Konsep Modern
• 2 jenis komputer yang diperkenalkan oleh
Charles Babbage adalah:
– Enjin Perbezaan (Difference Engine) dicipta
pada tahun 1830
– Enjin Analitik (Analytical Engine) dicipta pada
tahun 1834 menggantikan Enjin Perbezaan
SELEPAS 1940
Generasi Pertama (1942-1959)

• Dalam generasi komputer adalah dari


jenis kerangka utama
• Komputer kerangka utama adalah
terbesar dan terawal sekali
• Komputer menggunakan tiub vakum
• Terdapat 2 jenis komputer dalam
generasi ini iaitu:

1.) ENIAC (Electronic Numerical


Integrator And Calculator) yang dicipta
oleh John Mauchly dan John Presper
Eckert pada tahun 1945

2.) UNIVAC (UNIversal Automatic


Computer
2. Generasi Kedua (1959-1964)

• Komputer menggunakan transistor


• Komputer menjadi kecil dan bertambah
pantas
• Pencipta transistor ialah John Bardeen,
William Shockley dan Walter Brattain
• Ciptaan transistor mengurangkan kos
membuat komputer
3. Generasi Ketiga (1964-1970)

• Komputer mula menggunakan litar bersepadu


• Komputer lebih kecil dan lebih pantas
• Komputer mula menggunakan sistem
pengoperasian (sebuah perisian komputer
yang mengawal dan mempercekapkan cara
komputer bekerja)
• Istilah perkongsian masa muncul pada generasi
ini
• Minikomputer diperkenalkan
4. Generasi Keempat (1970 – Kini)

• Pada masa ini terdapat teknologi


penyepaduan skala besar
• Mikropemprosesan dicipta
• Pada tahun 1975, teknologi berkembang
kepada teknologi penyepaduan skala
amat besar
• Era mikrokomputer bermula pada masa
ini
• Pada tahun 1978, perisian komputer pukal
hamparan elektronik yang dipanggil
Visicals (Visible Calculator) dihasilkan
oleh Dan Brickland dari Havard
University Business School

• Superkomputer muncul pada masa ini


5.Generasi Kelima (Masa hadapan)

• Komputer akan dicipta untuk memiliki


kepintaran buatan
• Dari memproses secara jujukan (satu
arahan demi satu arahan), komputer
cerdik boleh melaksana pemprosesan
selari (tugas diselesaikan serentak)
Pemprosesan Rekabentuk
Data berbantukan Komputer

TUGAS-TUGAS
KOMPUTER
1. Teks

2. Animasi
Pemprosesan
unsur multimedia 3. Grafik

4. Audio

5. Video
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai