Anda di halaman 1dari 20

PERIBAHASA

MELAYU
TINGKATAN 3
INDUKSI
LUKIS DAN TEKA
PERIBAHASA
PERIBAHASA

1. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.


2. Sediakan payung sebelum hujan.
3. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
4. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
5. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
BERIKAN PERIBAHASA YANG
SESUAI DENGAN SITUASI YANG
DIBERIKAN
SITUASI 1
Ani ialah pelajar Tingkatan Tiga. Hidup keluarganya agak susah.
Ayahnya sebagai penoreh getah terpaksa bekerja siang malam untuk
mencari pendapatan lebih untuk menyediakan keperluan demi
pelajaran anak-anak. Ani menggunakan masa yang terluang untuk
membuat kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran. Semasa
mengulang kaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang
diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat
jawapan yang tepat. Dia yakin bahawa kesusahan hidup yang
dialaminya pasti akan menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.
SITUASI 2

Persediaan awal menghadapi sesuatu bencana adalah


penting sebagai langkah penjagaan awal terutamanya
ketika musim tengkujuh. Kenaikan air di beberapa
kawasan khususnya kawasan berisiko banjir perlu
lebih berhati-hati supaya dapat menghadapi situasi
tidak terduga.
SITUASI 3

Fatimah berasa sangat gembira apabila


impiannya untuk bergelar seorang guru
sudah terlaksana
SITUASI 4

Kereta buatan Malaysia setanding dengan


kereta buatan negara-negara lain kerana
kualitinya mendapat pengiktirafan dunia.
SITUASI 5
Setitis air boleh melekukkan batu sekiranya berterusan. Pantai
akan berubah sekiranya ombak terus-terusan memukul. Hujung
kayu tidak akan lancip sekiranya tidak diruncingkan. Begitulah
juga, seseorang yang kurang pintar akan berubah menjadi cerdik
sekiranya terus dididik dengan sempurna dan sabar. Seseorang
anak yang kurang ilmu pengetahuan akan bertambah bijak
sekiranya dididik dengan unsur tarbiyah yang memikatnya dan
menikmatkannya. Pokoknya, kita jangan cepat bosan mengerjakan
sesuatu sebelum mencapai kejayaannya.
SITUASI 1:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang


kemudian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
SITUASI 2

Sediakan payung sebelum hujan.


SITUASI 3

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di


air.
SITUASI 4

Duduk sama rendah, berdiri sama


tinggi.
SITUASI 5

Belakang parang kalau diasah


lagikan tajam
Berikan maksud
peribahsa yang diberikan.
PERIBAHASA MAKSUD

Belakang parang kalau diasah lagikan


tajam.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
kemudian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
Duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah
di air.
Sediakan payung sebelum hujan.
JAWAPAN
PERIBAHASA MAKSUD
Belakang parang kalau Walau bodoh macam
diasah lagikan tajam. mana pun, kalau diajar
akan pandai juga.
Berakit-rakit ke hulu, Menempuh kesusahan
berenang-renang kemudian, dahulu, kemudian baru
bersakit-sakit dahulu, mencapai kesenangan.
bersenang-senang kemudian.
PERIBAHASA MAKSUD
Duduk sama rendah, Sama taraf atau
berdiri sama tinggi. kedudukan.
Dayung sudah di tangan, Segalanya sudah
perahu sudah di air. sedia.
Sediakan payung sebelum Beringat sebelum
hujan. ditimpa kesusahan.

Anda mungkin juga menyukai