Anda di halaman 1dari 36

SILA BACA PERKATAAN INI

Adakah anda boleh


membaca perkataan itu ?

Adakah anda faham maksud


perkataan itu?
Baca ayat seterusnya
Nandu hidup di dalam air
Nandu ada sepit
Adakah anda sudah dapat
meneka maksud perkataan
‘Nandu’ itu ?
Kalau tidak baca ayat seterusnya
Nandu jalannya mengiring
Nandu mengajar anaknya
berjalan betul
APA DIA MEMBACA
‘Satu proses di mana seseorang melihat dan
memahami apa yang ditulis‘ (WILLIAMS 1984)

‘Reading can be seen as a process of recreating the text


in the reader’s mind’ (WALTER 1985)
RUMUSAN
Membaca ialah satu proses di mana
seseorang mendapat maklumat dari
bahan yang dibaca. Ia adalah
kebolehan memahami simbol-simbol
atau tulisan yang dilihat
Membaca dengan tidak memahami apa
yang dilihat atau disebut bukanlah
membaca. Ia hanya sekadar melihat atau
menyebut simbol-simbol
TUJUAN PEMBACAAN
Mengetahui isi-isi penting
Menentukan apakah fakta,konsep dan
contoh penting yang perlu difahami dan
diingati.
Memastikan pelajar dapat memahami
dan seterusnya dapat membuat nota
ringkas supaya mudah diingati dan
difahami
CARA GAYA PEMBACAAN
• Persediaan
mental
Membaca mesti dilakukan ditempat
• Sikap yang yang
positif
sesuai dengan kaedah dan •gaya
Persediaan
pembelajaran anda. peralatan/bahan
• Kelajuan membaca
Persediaan yang cukup bertambah
• Membantu
Tumpukan Perhatian,minat dan fikiran
penumpuan

Gunakan satu alat sebagai penunjuk


semasa membaca
UJIAN BENDIC
Penilaian yang dibentuk untuk
mengetahui kelajuan pembacaan
seseorang
Perlu mengikut tahap kebolehan
bahasa

Mengikut kurikulum bahasa dan


kumpulan sasaran
UJIAN BENDIC
Dalam setiap petikan dimasukkan
satu perkataan yang terkeluar dari
maksud teks.
Anda dikehendaki membaca dengan
cepat dan mencari perkataan tersebut
disetiap petikan karangan
Gariskan perkataan itu dan tidak perlu
baca hingga habis teks itu
Catat masa mula membaca dan tamat
Kadar kelajuan yang baik ialah 200
hingga 240 p.p seminit dengan
kefahaman lebih 80%
UJIAN BENDIC

Negara Malaysia kini menjalankan


beberapa kajian mengenai kebaikan
minyak kelapa sawit. Dari kajian-
kajian yang dijalankan motokar
didapati minyak kelapa sawit adalah
diantara minyak makan yang paling
berkhasiat

LATIHAN 1 - 24
7 LANGKAH MEMBACA
Langkah 1
•Baca tajuk utama
•Baca tajuk kecil
•Kenalpasti istilah tertentu
•Perhati kaitan antara tajuk kecil dan
tajuk besar
7 LANGKAH MEMBACA
Langkah 2
•Semak dan kenalpasti maklumat drpd
gambarajah, carta, ilustrasi dll untuk
mendapat idea utama

•Terjemah apa yang anda faham


7 LANGKAH MEMBACA
Langkah 3
•Cari nama-nama penting, tokoh-
tokoh dll
•Kenalpasti kepentingan dan fungsi,
sumbangannya
7 LANGKAH MEMBACA
Langkah 4
•Beri tumpuan bentuk tulisan italic,
tebal dan bergaris

Langkah 5
•Semak soalan di akhir petikan
•Semak bibliografi, indeks
7 LANGKAH MEMBACA
Langkah 6
•Baca perenggan pertama dan akhir
dengan cepat
•Baca ayat pertama dan akhir setiap
peranggan
7 LANGKAH MEMBACA
Langkah 7
•Setelah tamat tutup teks
• cuba ingat semula apa yg dibaca
•Tulis semula secara ringkas
MEMBACA DENGAN KELAJUAN
YANG BERBEZA

Membaca cepat 500-800 perkataan seminit

• Mengkaji bahan yang tidak begitu sukar


untuk difahami
• Membaca novel yang ringan atau membaca
untuk mengetahui jalan cerita sahaja
MEMBACA DENGAN KELAJUAN
YANG BERBEZA

Membaca cepat 350 – 500 perkataan


seminit
• Membaca novel yang agak berat untuk
menikmati ceritanya
• Untuk mendapat maklumat dari bahan
bukan fiksyen yang mudah difahami
MEMBACA DENGAN KELAJUAN
YANG BERBEZA
Membaca cepat 250 –350 perkataan
seminit
• Membaca fiksyen yang kompleks untuk
meneliti watak atau menganalisa jalan
ceritanya
• Membaca bukan fiksyen untuk mendapat
maklumat terperinci, mengenalpasti kaitan
sesuatu perkara atau menilai idea
pengarang
MEMBACA DENGAN KELAJUAN
YANG BERBEZA

Membaca lambat 100 – 250 perkataan


seminit
• Bacaan menelaah untuk memahirkan diri
dengan bacaan yang dibaca
• Membawa bahan teknikal yang sukar difahami
• Menilai kualiti dan stail penulisan
• Untuk penyelesaian masalah atau membaca
mengikut arahan bagi menjalankan ujikaji
dsb
MEMBACA SECARA SKIMMING
(sepintas lalu)

Bentuk bacaan selektif. Bukan semua


perkataan yang tercetak di dalam buku itu
dibaca.Tujuan bacaan adalah untuk
mendapat pandangan umum sesebuah
buku seperti isi, kandungan, tajuk utama,
rumusan akhir dan bibliografi.

Latihan 1,2,3 dan 4


MEMBACA SECARA SCANNING
(sekali imbas)

Untuk pembacaan yang selektif di mana


anda mencari fakta atau maklumat yang
tertentu seperti nama, tarikh,
harga ,tempat dan sebagainya yang
memerlukan pemerhatian dan penelitian.

Latihan 1,2,3 dan 4


BACAAN SECARA
KRITIS

• Membaca secara kritis terdiri daripada:


1. RESEPTIF – Untuk mendapatkan maklumat
keseluruhan yang lengkap dan baik.Bacaan ini
memakan masa tetapi mendalam.
2. INTENSIF – Untuk mendapatkan maklumat
keseluruhan dengan lebih mendalam dan sambil
membuat catatan. Kadar bacaan sangat lambat
dan memakan masa
BACAAN KRITIS
TEKNIK SQ3R
Teknik ini membantu memahami dengan cepat sesuatu
topik yang dibaca dan kekal dalam ingatan. Terdapat 5
Langkah yang perlu diikuti:

Survey - Tinjauan
Question - Menyoal
Read - Membaca
Recite & Write- Melafaz dan Menulis
Review - Mengulangkaji
BACAAN KRITIS
TEKNIK SQ3R

Langkah 1: Tinjauan
• Teliti semua tajuk bagi bab tersebut
• Perhatikan tajuk utama dan tajuk kecil
• Perhatikan graf, rajah,carta, peta serta gambar jika ada.
• Baca bahagian pendahuluan dan penutup
BACAAN KRITIS
TEKNIK SQ3R

Langkah 2: Menyoal
• Mulakan pada bahagian atau perenggan pertama bab atau merujuk
kepada tajuk-tajuk utama
• Bina soalan 5W1H – siapa? Apa? Bila? Dimana ? Mengapa? Dan
soalan-soalan yang sesuai.
• Cari Jawapan kepada setiap soalan yang dibina semasa membaca nanti.
BACAAN KRITIS
TEKNIK SQ3R

Langkah 3: Membaca
• Baca dari baris ke baris bab sehingga tamat
• Ulang semula dan tandakan (gariskan/bulatkan/tanda soal
warnakan dll) setiap fakta yang terjawab dengan soalan-soalan
tadi.
• Perhatikan juga kata kunci dan kesimpulan pengarang.
• Ulang bacaan jika perlu.
BACAAN KRITIS
TEKNIK SQ3R

Langkah 4: Lafaz dan tulis


• Berhenti seketika untuk mengingati semula apa yang telah
dibaca.
• Ulang untuk menyebut/ melafaz isi penting/fakta yang digarisi
dan ditulis semula isi penting atau fakta tersebut.
• Tulis jawapan kepada semua soalan yang dibina dengan
merujuk kepada isi penting atau fakta yang ditanda atau ditulis.
BACAAN KRITIS
TEKNIK SQ3R
Langkah 5: Mengulangkaji
• Semak semula apa-apa yang dibaca.
• Baca semula setiap tajuk utama.
• Perhatikan tulisan yang bertanda (fakta/isi penting)
• Baca jawapan anda dengan suara yang boleh didengar.
• Tulis nota ringkas, sebaiknya dalam bentuk peta minda.
• Buat penilaian bagi bab yang telah anda baca.
BACAAN KRITIS
TEKNIK SQ3R
FOTOSINTESIS
Tumbuhan-tumbuhan hijau mempunyai klorofil untuk membuat
makanan sendiri dengan cara fotosintesis.
Fotosintesis memerlukan karbon dioksida, air, garam galian dan
cahaya matahari.
Dalam proses fotosintesis gula dibentuk dan oksigen dibebaskan
melalui liang stoma.
Gula yang dihasilkan itu akan membentuk kanji, protein dan
lemak. Akar rerambut menyerap air dan garam galian.
BACAAN KRITIS
TEKNIK SQ3R
FOTOSINTESIS
Tumbuhan-tumbuhan hijau mempunyai klorofil untuk membuat
makanan sendiri dengan cara fotosintesis.
Fotosintesis memerlukan karbon dioksida, air, garam galian dan
cahaya matahari.
Dalam proses fotosintesis gula dibentuk dan oksigen dibebaskan
melalui liang stoma.
Gula yang dihasilkan itu akan membentuk kanji, protein dan
lemak. Akar rerambut menyerap air dan garam galian.
BACAAN KRITIS
TEKNIK SQ3R
PENCURI DIDAKWA
SINGAPURA, Rabu 9 Jan.- Sorang rakyat Malaysia yang disyaki mencuri kad
kredit dari bilik persalinan beberapa kelab riadah disini dan menggunakannya untuk
membeli barangan bernilai lebih S$120,000,00, dihadapkan ke sebuah mahkamah
rendah berhubung tujuh tuduhan mencuri dan menipu semalam.
Tidak ada pengaduan dicatat daripada Tan Cheng Kok 34, yang kini ditahan
untuk siasatan lanjut, kata seorang pegawai mahkamah semalam.
Lelaki itu ditangkap Ahad lalu dibilik sebuah hotel di Orchard Road. Wang
tunai dan beberapa kad kredit serta jam tangan berjenama, komputer bimbit, kamera
digital,telefon bimbit dan barangan lain berjumlah RM 50,000,00 ditemui
bersamanya.
BACAAN KRITIS
TEKNIK SQ3R
PENCURI DIDAKWA
SINGAPURA, Rabu 9 Jan.- Sorang rakyat Malaysia yang disyaki mencuri kad
kredit dari bilik persalinan beberapa kelab riadah disini dan menggunakannya untuk
membeli barangan bernilai lebih S$120,000,00, dihadapkan ke sebuah mahkamah
rendah berhubung tujuh tuduhan mencuri dan menipu semalam.
Tidak ada pengaduan dicatat daripada Tan Cheng Kok 34, yang kini ditahan
untuk siasatan lanjut, kata seorang pegawai mahkamah semalam.
Lelaki itu ditangkap Ahad lalu dibilik sebuah hotel di Orchard Road. Wang
tunai dan beberapa kad kredit serta jam tangan berjenama, komputer bimbit, kamera
digital,telefon bimbit dan barangan lain berjumlah RM 50,000,00 ditemui
bersamanya.
RELAKS MINDA

ALTERNATIF JIKA MURID MALAS MEMBACA!!


SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai