Anda di halaman 1dari 24

UCAPAN ALUAN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar kerana negara masih lagi berhadapan dengan isu
pandemik malah rekod penularan virus Covid-19 semakin meningkat dari sehari ke sehari. Pada 20-
23 Januari 2021 lalu, sesi persekolahan bersemuka telah dibuka khusus untuk calon-calon SPM.
Kemudian pada 4 April 2021, dilaksanakan pula pembukaan sekolah untuk semua murid tingkatan 1
sehingga tingkatan 5. Namun begitu, berikutan berlakunya penularan kes yang semakin hari semakin
meningkat sehingga mencecah 5 angka , kerajaan telah mengambil langkah melaksanakan kembali
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula pada 17 Mei 2021 sebagai satu usaha
membendung penularan pandemik Covid-19.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengundang pelbagai isu,


antaranya kehadiran murid yang semakin merosot, murid gagal menghantar atau menyiapkan tugasan,
masalah kekurangan data internet dan talian internet yang tidak stabil.Terdapat juga murid yang bekerja
sambilan, sama ada bagi membantu meringankan bebanan ibu bapa atau untuk membeli data internet
bagi keperluan pembelajaran. Keadaan ini telah menjejaskan emosi mereka dan ada yang rasa takut dan
risau untuk berhadapan dengan guru-guru yang menanti mereka kerana gagal menghantar tugasan yang
diberi apabila sesi persekolahan bersemuka tidak berapa lama lagi.

Sementara negara dalam fasa Pelan Pemulihan Negara, sesi persekolahan bersemuka akan
dibuka tidak berapa lama lagi secara berperingkat. Oleh itu, inisiatif Majlis Guru Kaunseling Negeri
Kedah dalam membina Modul Pemugaran Emosi Murid sangat dipuji. Semoga modul yang dibina ini,
iaitu Apa Khabarmu?, Emosi Ku, Akronimku, Win, Lose, Or Draw, Get Your Future dan Kotak Masa,
akan dapat menguruskan emosi murid supaya mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk
menghadapi hari-hari persekolahan bersemuka nanti. Adalah menjadi harapan agar semua pihak
terutama para murid dalam mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19. Usaha ini
diharapkan dapat memberikan impak positif dalam usaha mengurangkan masalah keciciran murid
bagi semua sekolah di Negeri Kedah seterusnya merealisasikan tema Minda Sihat : Emosi Terjaga,
Kehidupan Sejahtera.

HAJI ROZAINI BIN AHMAD, AMK., BCK.


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1 Kesediaan Ke Sekolah 1 -2

2 Apa Khabarmu? 3-6

3 Emosi Ku 7-8

4 Akronimku 9-10

5 Win, Lose, Or Draw 11-12

6 Get Your Future 13-14

7 Kotak Masa 15-18

8 Rumusan 19-20

9 Penghargaan 21
TAJUK: KESEDIAAN KE SEKOLAH

Masa : 20 minit
Bahan : Link Google Form
Objektif :
1. Mengenal pasti tahap kesediaan murid untuk menjalani proses pembelajaran secara
bersemuka

Langkah :

1. Guru-guru mengedarkan link ujian kesediaan murid kepada semua murid.


2. Semua murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 20 minit.
3. Semua murid perlu menjawab dengan jujur.
4. Setelah semua murid selesai menjawab ujian kesediaan murid, guru perlu menjelaskan
falsafah hasil daripada ujian tersebut

Falsafah :

Ujian ini juga sebagai mekanisme untuk menyedarkan murid agar sentiasa bersedia dalam
menjalani pembelajaran bersemuka.

• Guru mempunyai pilihan mengendalikan soal selidik ini, iaitu sama ada :
- Membuat Google Form dan mengedarkan sebelum persekolahan dibuka
- Mengedarkan pada waktu pertama hari persekolahan

ITEM PERIBADI RAKAN PERSEKITARAN SEKOLAH

NO. 1, 2, 3, 4, 5, 13,
SOALAN 14, 15, 16, 17,
9, 10 11, 12 6, 7, 8, 18
19, 20

JUMLAH 12 2 2 4
SOALAN

1
SOAL SELIDIK KESEDIAAN MURID MENGHADAPI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

NAMA : _________________________________________
TINGKATAN : _____________________________________
JANTINA : Lelaki / Perempuan
KAUM : Melayu / Cina / India / Lain-lain

ARAHAN :
Sila jawab soalan berikut yang menggambarkan keadaan diri anda sekarang.
Sila gunakan skala ini dan tandakan ( / ) bagai mewakili kenyataan anda :
1 - Tidak setuju 2 - Kurang Setuju
3 - Setuju 4 - Sangat setuju
BIL SOALAN 1 2 3 4
1 Saya berasa gembira dapat kembali ke sekolah
2 Saya bersemangat untuk belajar secara bersemuka
3 Saya sangat bersedia untuk belajar secara bersemuka

4 Belajar secara bersemuka sangat penting untuk masa depan saya

5 Saya telah mengikuti kelas secara atas talian sepenuhnya sepanjang PdPR yang lalu

6 Saya dapat mengingati kebanyakan tajuk subjek yang dipelajari secara atas talian

7 Saya terpaksa mengulang kaji semula untuk semua subjek


8 Saya rasa ada harapan untuk lulus peperiksaan
9 Rakan saya sentiasa membantu dalam pelajaran
Rakan saya sentiasa memberi sokongan emosi untuk meneruskan pelajaran sama ada
10
dalam talian atau bersemuka
11 Saya dapat mengurus masa dengan baik
12 Saya banyak menghabiskan masa saya dengan media sosial
13 Saya perlu mencari duit poket untuk diri sendiri
14 Saya perlu bekerja sambilan untuk membantu keluarga
15 Bekerja sampingan lebih menyeronokkan
16 Ibu bapa sangat memberi dorongan kepada saya untuk belajar
17 Ibu bapa peduli tentang pelajaran saya

18 Guru-guru sangat membantu saya belajar secara atas talian dan bersemuka

19 Saya jelas tentang halatuju masa depan saya


20 Masa depan saya adalah tanggungjawab saya

2
TAJUK : APA KHABARMU?
Masa : 30 minit
Bahan : Infografik Sejarah Covid-19 Dulu vs Kini
Kertas edaran (lampiran kuiz)
Objektif :
1. Murid dan guru dapat berkongsi maklumat berkenaan Covid-19 yang berlaku
di sekitar mereka sepanjang tempoh PKP.
2. Murid dapat menyatakan maklumat berkenaan Covid-19 terutama penjagaan
keselamatan diri dengan mematuhi SOP.
3. Murid mendapat maklumat yang benar berkenaan Covid-19 dan program
imunisasi.
Langkah :

1. Guru bertanya khabar kepada murid.


2. Guru menceritakan secara ringkas sejarah Covid-19 dulu dan kini kepada
murid. Guru boleh merujuk kepada lampiran infografik.
3. Guru juga boleh bertanya kepada murid dan mendengar maklumat sedia ada
murid berkenaan Covid-19.
4. Guru mengedarkan lampiran kepada murid
5. Guru meminta murid mengisi tempat kosong dengan memadankan jawapan
yang disediakan.
6. Guru menerangkan falsafah aktiviti yang dijalankan.

Falsafah :

Ekspresi maklumat berkenaan Covid-19 adalah penting sebagai kesinambungan kehidupan


dalam tempoh PPN dan sesi persekolahan. Maklumat ini dapat membantu murid terus teguh
mematuhi SOP demi keselamatan diri dan mengelak penularan jangkitan Covid-19. Institusi
pendidikan juga harus menyampaikan informasi ini supaya murid mendapat maklumat yang
benar berkenaan Covid-19 dan program imunisasi.

3
Lampiran

4
Lampiran

KUIZ SEJARAH COVID-19

Sila jawab kuiz di bawah dengan memadankan jawapan yang disediakan di dalam kotak di bawah.

pelitup muka Sesak sakit tekak


sentuhan 14 hari varian
batuk sempit antibodi
demam titisan air membasuh tangan
Vaksin Covid-19 bersembang dekat
penjarakan fizikal kawasan yang sesak

1. Coronavirus adalah virus yang boleh merebak melalui _____ _____________ dari batuk atau
bersin orang yang dijangkiti. Ia juga boleh berjangkit dan merebak melalui ______________
______.

2. Virus ini didapati mengalami perubahan dari semasa ke semasa apabila terdapat kemasukan
___________ ______ lain dari luar negara seperti Varian Alpha, Varian Delta dan sebagainya.

3. Tempoh inkubasi untuk coronavirus ini dijangkiti berada dalam tempoh __________
____________.

4. Antara gejala Covid-19 adalah seperti ________________, ___________ ___, sesak nafas, sakit
badan, _____________ _____, dan sakit kepala.

5. Tips dan langkah pencegahan yang boleh diamalkan bagi mencegah Covid-19 adalah seperti
menggunakan ___ _______________ , apabila berada di tempat terbuka, kerap
_________________ dan mengamalkan _ _________________.

6. Covid-19 juga boleh dijauhi dengan menghindari ________________ __, elakkan


_________________ serta elakkan berada di ruang yang __________ .

7. _________________ diberikan bertujuan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19.

8. Vaksin Covid-19 berfungsi membentuk ____________ ___ badan bagi melindungi seseorang
daripada dijangkiti Covid-19 dengan lebih teruk.

5
Lampiran (panduan guru)
KUIZ SEJARAH COVID-19

Sila jawab kuiz di bawah dengan memadankan jawapan yang disediakan di dalam kotak di bawah.

pelitup muka Sesak sakit tekak


sentuhan 14 hari varian
batuk Sempit antibodi
demam titisan air membasuh tangan
Vaksin Covid-19 bersembang dekat
penjarakan fizikal kawasan yang sesak

9. Coronavirus adalah virus yang boleh merebak melalui _____titisan air________ dari batuk atau
bersin orang yang dijangkiti. Ia juga boleh berjangkit dan merebak melalui
_____sentuhan______.

10. Virus ini didapati mengalami perubahan dari semasa ke semasa apabila terdapat kemasukan
______varian_______ lain dari luar negara seperti Varian Alpha, Varian Delta dan sebagainya.

11. Tempoh inkubasi untuk coronavirus ini dijangkiti berada dalam tempoh _____14
hari____________.

12. Antara gejala covid-19 adalah seperti _____batuk________, ___demam____, sesak nafas, sakit
badan, ____sakit tekak_____, dan sakit kepala.

13. Tips dan langkah pencegahan yang boleh diamalkan bagi mencegah Covid-19 adalah seperti
menggunakan ___ pelitup muka ___ , apabila berada di tempat terbuka, kerap membasuh tangan
dan mengamalkan _ penjarakan fizikal __.

14. Covid-19 juga boleh dijauhi dengan menghindari __kawasan yang sesak __, elakkan
__bersembang dekat serta elakkan berada di ruang yang _sempit__ .

15. __Vaksin Covid-19___diberikan bertujuan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19.

16. Vaksin Covid-19 berfungsi membentuk ___antibodi_____ badan bagi melindungi seseorang
daripada dijangkiti Covid-19 dengan lebih teruk.

6
MODUL : EMOSI KU

Masa : 30 minit
Bahan : Kertas edaran (Lampiran Emosi Ku)

Objektif :

1. Murid dapat menyatakan perasaan mereka


2. Mengenal pasti emosi murid untuk memulakan sesi persekolahan.

Langkah :

1. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan.


2. Guru mengedarkan kertas edaran kepada murid-murid.
3. Guru meminta murid-murid melukis emoji emosi semalam/ sekarang dan meminta murid
menulis perasaan yang di alami semalam dan sekarang.
4. Guru memantau aktiviti murid-murid.
5. Guru meminta murid-murid untuk berkongsi hasil lukisan. Guru boleh memilih murid secara
rawak atau sukarela untuk pembentangan.
6. Guru menerangkan falsafah aktiviti yang dijalankan.

Falsafah :

Ekspresi perasaan adalah penting untuk memberi peluang kepada murid untuk meneruskan
kehidupan yang lebih positif. Di dalam kehidupan mempunyai pelbagai kisah dan peristiwa
sama ada gembira atau sedih. Walau apa pun yang berlaku, semuanya ada hikmah di sebalik
setiap yang berlaku. Hargailah detik-detik kehidupan yang dilalui dan mengambilnya sebagai
pengajaran.

7
EMOSI SAYA Lampiran

Semalam emosi saya ialah:

Lukiskan emoji yang sesuai menggambarkan emosi anda semalam.

Tuliskan untuk menjelaskan perasaan itu.

Sekarang emosi saya ialah:

Lukiskan emoji yang sesuai menggambarkan emosi anda sekarang.

Tuliskan untuk menjelaskan perasaan itu.

8
TAJUK : AKRONIMKU

Masa : 60 minit

Bahan : Tiada

Objektif :

1. Murid mengingat nama rakan sekelas dengan nama yang baik

2. Membina keazaman dan semangat dengan menyebut perkataan-perkataan

yang memberi makna yang baik

3. Membantu memperkenalkan kemahiran belajar (teknik mengingat)

4. Mengingatkan murid tentang betapa pentingnya memanggil rakan dengan

nama yang baik

Langkah :

1. Guru akan meminta murid mencari pangkal huruf nama atau nama panggilan masing-masing
dan memadankan dengan perkataan yang meningkatkan semangat dan motivasi atau memberi
makna yang baik bagi melambangkan diri murid tersebut. Contoh, Taufiq Tekad
2. Murid pertama akan menyebut nama dan padanan pangkal huruf yang dipilih
3. Murid akan menyebut nama rakan pertama berserta kata semangat dan menyambung menyebut
namanya sendiri beserta padanan perkataan semangat tersebut (rantaian nama). Contoh, Taufiq
Tekad, Amira Amanah, Din Dinamik
4. Aktiviti diteruskan hingga murid terakhir menyebut semua nama dan padanan perkataan rakan
sekelas sebelum menyebut namanya sendiri.
5. Setelah itu murid diminta untuk bina kata-kata semangat berdasarkan huruf pada nama masing-
masing (galakkan murid untuk memilih nama panggilan).
Contoh : ALIA

A : Azamku setinggi gunung

L : Lonjakkan potensi setinggi yang boleh

I : Ingin berjaya dalam SPM 2021


A : Adab dan akhlak menjadi keutamaan
6. Murid diminta secara sukarela atau secara rawak untuk berkongsi kata-kata semangat akronim
dirinya dengan murid yang lain.

9
Falsafah

1. Setiap murid perlu menghormati rakan lain dengan memanggil nama yang baik
2. Padanan perkataan bermakna dengan nama yang diulang-ulang dapat meningkatkan
semangat dan keazaman individu seterusnya merangsang ke arah tingkah laku yang positif.
3. Nama dan padanan perkataan yang baik melambangkan keperibadian seseorang di
samping merupakan satu doa kepada individu tersebut

10
TAJUK : WIN, LOOSE OR DRAW (TANGANI EMOSI)

Masa : 60 Minit

Bahan Diperlukan : Pen Marker Dan Papan Putih

Objektif :

Modul ini merupakan aktiviti untuk menangani emosi murid.

1. Memupuk semangat kerjasama antara murid


2. Berusaha mencapai matlamat walaupun dalam keadaan tertekan

Langkah :

1. Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut jantina untuk pertandingan (murid
tetap berada di tempat duduk masing-masing.
2. Seorang wakil kumpulan akan berada di hadapan kelas, dan cuba menyampaikan mesej untuk
diteka oleh ahli kumpulan masing-masing.
3. Guru akan memberikan perkataan yang perlu dilakonkan oleh wakil kumpulan.
4. Ahli kumpulan akan meneka apakah perkataan yang di maksudkan oleh wakil kumpulan
mereka.
5. Masa untuk meneka adalah 1 minit untuk 1 perkataan.
6. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan lebih banyak akan dinobatkan sebagai pemenang.
7. Setelah selesai aktiviti, guru akan meminta murid memberi maklum balas mengenai falsafah
aktiviti dan kaitannya dengan pengurusan emosi murid.

Falsafah:

1. Kaedah yang betul untuk menangani emosi menjadikan minda kita lebih sihat
2. Tekanan dapat diurus dengan baik jika kita bekerjasama
3. Apabila kita jelas tentang keadaan emosi yang sedang dialami, kita dapat menguruskannya
dengan baik.
4. Berkongsi atau bercerita dengan orang sekeliling adalah pilihan yang baik untuk meredakan
tekanan.

11
Lampiran

Kumpulan 1 - lelaki Kumpulan 2 -perempuan


Covid19 Gembira Ayam Jarak 1meter Sedih Lembu
Kita jaga kita Tertekan Burung 3S Ketawa Kambing
Stay at home Menangis Kucing Sesak Takut Harimau
Wash Marah Kuda Sempit Tengking Itik
Wear Kuarantin Ular Sembang Keliru Gajah
dekat
Warn Berlari Laptop Vaksin Mengantuk Handphone
3W Merangkak PdPR Berjalan

12
TAJUK : GET YOUR FUTURE

Masa : 60 minit

Bahan : Kertas A4 warna putih

Objektif :

1. Murid dapat mengetahui matlamat mereka dengan lebih jelas.


2. Murid dapat merancang masa depan dengan lebih teratur.
3. Murid dapat mengetahui kekuatan diri.

Langkah :

1. Guru memberi salam kepada murid.


2. Guru membina hubungan bersama murid.
3. Guru mengedarkan lampiran kepada semua murid.
4. Guru menerangkan kandungan lampiran sebelum meminta murid mengisi.
5. Guru meminta setiap murid menulis target, impian, kekuatan diri dan apa yang mereka telah
lakukan setakat ini di atas kertas lampiran yang telah di edarkan.
6. Guru meminta murid berkongsi apa yang telah di tulis.
7. Guru berbincang dengan murid tentang apa yang telah murid tulis.

Falsafah :

1. Sedar bahawa kehidupan perlu mempunyai matlamat yang perlu dicapai.


2. Perancangan yang baik merupakan kayu ukur untuk mencapai sesuatu matlamat.
3. Kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh.
4. Orang yang berjaya lazimnya mempunyai penstrukturan diri yang sistematik dalam hidup.

13
Lampiran

TARGET DALAM JANGKA MASA 6 BULAN IMPIAN JANGKA PANJANG

KEKUATAN DIRI APA YANG MEREKA TELAH LAKUKAN


SETAKAT INI

14
TAJUK : KOTAK MASA

Masa : 30 Minit

Bahan : Kertas lampiran, papan putih, pen marker

Objektif:

Menentukan kaedah melihat keutamaan dan memahami cara menentukan keutamaan mengikut
kaedah Kotak Masa

Langkah:

1. Berikan lampiran 1 untuk pelajar senaraikan aktiviti seharian mereka dan masa yang
diperuntukkan untuk setiap aktiviti tersebut.
2. Kemudian pelajar dikehendaki mengenalpasti keutamaan setiap aktiviti tersebut dan memilih
yang mana perlu dikurangkan
3. Kemudian guru membentangkan contoh-contoh tugasan yang mempunyai keutamaan dan
kepentingan tertentu (Sila lihat pada rujukan lampiran)
4. Guru memberikan senarai-senarai tugasan apa yang perlu disegerakan mengikut kepentingan
(Lampiran 2) untuk mereka kategorikan dalam kotak masa tersebut.
5. Kemudian guru memilih beberapa orang pelajar untuk membentangkan hasil kerja mereka.
6. Bincangkan mengapa perkara tersebut diletakkan didalam petak tersebut.
7. Kaitkan kaedah ini dengan kehidupan mereka sebagai murid.
8. Walaupun kelihatan sukar, tetapi ia menjadi senang setelah pelajar sudah tahu bagaimana untuk
menyusun kerja-kerja mereka dalam Kuadran Keutamaan.

Falsafah:

1. Berfikir sebelum bertindak, merancang sebelum bergerak.


2. Perancangan yang baik dapat mengurangkan stress dalam menyiapkan tugasan.

15
KOTAK MASA I Lampiran

SENARAIKAN AKTIVITI AKTIVITI YANG PERLU AKTIVITI YANG PERLU


HARIAN ANDA (MASA DIKURANGKAN DIUTAMAKAN
YANG DIPERUNTUKKAN )

Contoh :
Penuhkan masa 24 jam sehari
i) Senaman pagi (.... jam)
ii) Makan (Sarapan/ makan
tengah hari/ makan malam
dll) (…… jam)
iii) Menyertai PdPR (…. jam)
iv) Bekerja (…. jam)
v) Menonton televisyen (…..
jam)
vi) Mengulangkaji pelajaran (…..
jam)
vii) Beriadah (…. jam)
viii) Mengaji al-Quran (.…
jam)
ix) Media sosial (….. jam)
x) Video game (….. jam)
xi) Tidur (…. jam)
xii) ………………………….
xiii) ………………………….
xiv) ………………………….
xv) ……………………..
xvi) …………………………..

Tambah aktiviti-aktiviti lain


yang berkenaan

16
KOTAK MASA II Lampiran

PENTING KURANG PENTING


Tugasan yang segera dan penting Tugasan yang segera
-------------------------------------- Tetapi kurang penting
Tugasan :- ---------------------------------
Tugasan :-
1)
1)
2)
2)
3)
3)
4)
SEGERA

4)

Arahan : Arahan:
Bagaimanakah cara untuk memastikan masa Bagaimanakah cara untuk mengurangkan
yang cukup diperuntukkan dan ianya dibuat masa yang diperuntukkan untuk kerja ini?
sehabis baik?
Tugasan yang penting tetapi tidak Tugasan yang kurang penting dan tidak
segera segera
----------------------------------- ------------------------------------
Tugasan :- Tugasan:-
1) 1)
2) 2)
TIDAK SEGERA

3) 3)
4) 4)

Arahan: Arahan :
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan Bagaimanakah cara untuk mengurangkan
daripada penangguhan semata-mata kerja ini atau berusaha menjadikanya
kerana ia tidak segera? berfaedah?

17
Lampiran

RUJUKAN UNTUK LAMPIRAN 2

Pilih senarai aktiviti di bawah dan kategorikan dalam Kotak Masa II di atas

• Hantar Kerja sekolah (Homework) ikut masa yang ditetapkan


• Mengaji al-Quran
• Bekerja untuk mencari duit poket sendiri
• Berborak-borak kosong
• Main Games
• Menolong ibu bapa membuat kerja-kerja rumah
• Media Sosial
• Menonton filem
• Menonton drama Korea atau melihat konsert artis K-POP
• Bekerja untuk membantu pendapatan keluarga
• Menyiapkan kerja sekolah (Homework)
• Menyertai PdPR

MODUL : RUMUSAN (PEMIKIRAN BAHARU )

18
TAJUK: RUMUSAN

Masa : 30 minit

Bahan : kertas lampiran

Objektif: 1. Mengenali perasaan negatif

2. Merasionalkan perasaan negatif dengan membina persepsi baharu.

Langkah:

1. Guru mengedarkan kertas lampiran rumusan

2. Guru menerangkan aktiviti yang perlu murid lakukan

a. Murid memilih mana-mana satu emoji yang melambangkan perasaan negatif mereka yang
terpapar di ruang (-)
b. Murid melukiskan emoji tersebut di atas ruang beg plastik di sudut kiri yang bertanda ( #)
c. Murid melukiskan gambar tong sampah di luar beg plastik tadi.
d. Murid membayangkan perasaan negatif yang dilukis tadi telah dibuang ke dalam tong
sampah (kena bayangkan)
*selepas 10 minit, guru boleh catatkan di whiteboard
e. Murid menulis ayat baharu: di ruang bertanda (+)
Contoh: risau :Saya berasa tenang untuk belajar
terkejut:Saya akan buat kerja yang belum siap dan hantar pada tarikh yang
ditetapkan
benci : Saya mula menyayangi …
bosan : Saya akan sentiasa mengikuti pelajaran dengan aktif dalam kelas
tiada harapan: Apa yang berlaku itu kehendak Tuhan. Saya tabah
menghadapi…
marah: Saya akan memaafkan …
takut: Saya berani menghadapi…
sedih : Saya akan beransur-ansur melupakan peristiwa sedih dan mengembirakan
hati saya, sebab sayang diri saya

3. Guru meminta murid berkongsi ayat positif baharu kepada seorang rakan dan rakannya pula akan
turut berkongsi ayat baharunya pula (aktiviti berpasangan tetapi masih mengamalkan penjarakan
fizikal, iaitu murid tetap berada di tempat duduk masing-masing).

4. Guru bertanya tahap kelegaan perasaan murid.

BERAPA BINTANG ANDA BERI UNTUK TAHAP KELEGAAN ?

Catatan: Murid boleh mengulangi teknik imejari (bayangan) ini di rumah. Setiap kali hadirnya
pemikiran negatif, betulkan dengan ayat positif baru yang dipelajari.

Falsafah :

Hargailah detik-detik kehidupan yang dilalui dan ambillah sebagai pengajaran. Perasaan manusia
sentiasa berubah-ubah dan kita mempunyai pilihan untuk mengubahnya menjadi lebih baik

19
Lampiran

# +
NAMA:………………………………….

KELAS:……………………………..

Pemikiran baharu saya

…………………………………………………………...

………………………………………………………...

………………………………………………………..

……………………………………………………….

Tarikh : ……………..

TAKUT
TERKEJUT

RISAU SEDIH TIADA HARAPAN

MARAH
BOSAN
BENCI 20
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran kerana dengan izin dan kurniaNya, modul ini dapat
disempurnakan dengan jayanya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada :

1. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah


2. Dr Zainol Abidin b. Ishak
(Penolong Pengarah HEM, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah)
3. Muhammad Fazli b. Abu Bakar
(Penolong Pengarah HEM, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah)
4. Mohamad Habali b. Bakar
(Penolong PPD HEM, PPD Daerah Baling)
5. Mokhtar b. Mohd Yusoff
(Yang Dipertua, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Kedah)
6. Ahmad Tarmizi b. Ramli (SMK Bedong)
7. Shaharudin Azuan b. Ariffin (SMK Tunku Putera)
8. Wan Azmi b. Wan Jaafar (SK Kuala Pegang)
9. Aida bt. Zakria (SMK Tokai)
10. Erny Marlina bt. Ahmad (SK Langgar)
11. Nur Amalin Teh bt. Abdullah (SMK Sultanah Asma)
12. Noriza bt. Mohd Yusof (SK Padang Terap)
13. Zulhilmi b. Zulkifli (SMK Teloi Kanan)
14. Zurina bt. Zakarya (SMK Jerai)
15. Abdul Razak b. Abdul Hamid (SMK Sungai Pasir)
16. Suhaimi b. Zaman (SMK Ibrahim)
17. Abdul Ghani b. Hasan (SMK Khir Johari)
18. Shuib b. Hamid (SMK Alor Janggus)
19. Mohamad Rashidi b. Mohamad Ismail (SK Permatang Tok Dik)
20. Ku Sulong b. Ku Johari (SMK Padang Serai)
21. Musliana bt. Talib (SMK Sik)
22. Rosniza bt. Mohamed Daud (SMK Jerai)
23. Azizah bt. Omar (SMK Siong)
24. Muhammad Firdaus b. Hj Jamaludin (SMK Siong)
25. Amira bt. Yusoff (SMK Kuala Pegang)
26. Nur Lizalinawati bt. Salleh (SMK Kuala Pegang)
27. Nor Asyikin bt. Marta (SMK Syed Abu Bakar)
28. Noor Azimah bt. Muhammad Noor (SMK Agama Baling)
29. Ainul Marina bt. Musa (SMK Tunku Putera)
30. Anna a/p Beng Choon (SMK Tunku Putera)
31. Azlina bt. Abdullah (SMK Tunku Putera)
32. Solehah bt. Saari (SMK Baling)
33. Nur Amalina bt. Mohd Ghazali (SMK Baling)
34. Noor Hulwani bt. Ab Rahman (Sekolah Model Khas Baling)
35. Siti Nurhuda bt. Chek Nooh (SMK Bakai)
36. Umadevi a/p Nagappan (SMK Bakai)
37. Julaiha bt. Buyong (SMK Parit Panjang)
38. Muhammad Anuar b. Mamat (SMK Parit Panjang)
39. Hayati bt. Hamid (SMK Tanjong Puteri)
40. Punggodi a/p Muthusamy (SMK Tanjong Puteri)
41. Syazana bt. Yusop (SMK Tanjong Puteri)
42. Khudree Adha b. Che Ahmad (SMK Kuala Ketil)
43. Saraswathy a/p Ranggan (SMK Kuala Ketil)
44. Mohd Khairulnizam b. Hussain (Maktab Mahmud Baling)
45. Noriah bt. Md Isa (SMK Bongor)
46. Abdul Mutalib b. Hamid (SMK Bongor)

21

Anda mungkin juga menyukai