Anda di halaman 1dari 7

AKTIVITI 5

KESAN ALKOHOL KEPADA KESIHATAN

Kesan jangka pendek


Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi, ia
menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar,
hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.

Kesan jangka panjang


i. Ketagihan
- Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi mencapai
kesan yang sama.
- Sindrom tarikan akan timbul apabila individu berhenti atau kurang mengambil
alkohol setelah menggunanya secara berterusan buat tempoh yang lama. Antara
tanda-tanda sindrom tarikan adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian untuk
mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila, sawan dan meracau.
ii. Kesan pada sistem saraf
- Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang ingatan dan kebas.
iii. Kesan-kesan pada sistem penghadaman
i) Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser.
ii) Muntah darah
iii) Radang kelenjar pankreas
iv) Anemia
v) Kekurangan zat makanan
iv. Kesan pada sistem kardiovaskular
i) Tekanan darah tinggi
ii) Strok
iii) Kerosakan otot jantung
v. Kesan psiko-sosial
i) Cemburu buta
ii) Murung
iii) Bunuh diri
iv) Penderaan terhadap keluarga
AKTIVITI 6
SAJAK : BAHAGIA TANPA ARAK

Bangkitlah kawan-kawanku...
Asahlah ilmu...hidupkan sumbu...
Halakan matlamat nan satu dengan penuh jitu
Arus kesengsaraan biarkan berlalu...
Gapai impian ...ciptalah kejayaan
Inilah tapak permulaan
Anjakkan semangat penuh keyakinan

Tataplah wajah ibu bapa kita


Adakah kegagalan yang ingin kita persembahkan?
Nasihat bagaimana yang kita harapkan?...Ingatlah...
Pesanan merekalah sumber rujukan
Agar bahagia kekal berpanjangan…

Ayuh rakan…, ayuh taulan…


Rancangkan hidup dengan berkesan
Arak pemusnah kita lupakan
Kekal bahagia sepanjang zaman…
AKTIVITI 7

SAJAK SECAWAN ARAK

Bawa kemari sedihmu,


Kalaupun aku gagal mengubahnya menjadi keping bahagia,
Setidaknya aku bisa membuatmu lupa.

Akulah candu bagi hati yang tersesat,


Membuatmu lupa segala bentuk kesedihan,
Namun aku bukanlah penyelesaian.

Benar,
Damaiku sesat,
Damai yang sesaat,
Dakap aku jangan lepas lagi.
Tuang saja usah ragu,
Hirup wangiku lalu telan dalam sekali tegukan.

Aku akan selalu menggodamu,


Menawarkan bahagia menghapus lara,
Saat kalian sadar makilah aku,
Nyatanya aku telah menjeratmu.
AKTIVITI 8

CERITA (KESAN ALKOHOL)

Ali seorang pemuda yang berakhlak mulia. Suatu hari Ali bertemu dengan Rizal,
seorang pemuda yang buruk akhlaknya. Rizal mengajak Ali merompak , tetapi Ali menolak dan
mengatakan yang perbuatan itu salah dan berdosa.
Rizal kemudiannya mengajak Ali minum bir, Pada mulanya Ali menolak. Setelah dipujuk oleh
Rizal, dengan mengatakan bir adalah minuman , Ali cuma perlu minum sedikit sahaja. Akhirnya
Ali termakan dengan pujuk rayu Rizal. Ali menerima pelawaan Rizal untuk minum bir.
Selepas meminum bir, Ali menjadi mabuk dan bertindak ganas. Ali telah bergaduh dengan Rizal
dan kemudian bertindak memukul Rizal hingga mati.

Pengajaran :

1. Alkohol menyebabkan Ali mabuk, tingkah lakunya menjadi ganas, dan seterusnya
bertindak membunuh.
2. Berhati-hati memilih kawan.
AKTIVITI 9
Pantun : JAUHI ALKOHOL

Jalan - jalan ke Semarang,


Jangan lupa beli rumbia
Jauhi alkohol mulai sekarang
Untuk kehidupan yang mulia

Beli udang di Pasar Jempol


Masak sambal atas rakit
Sungguh rugi peminum alkohol
Wang habis badan pun sakit

Kaki sakit terpijak semalu


Jumpa dengan anak Pak Kimu
Jika kita tak ingin dimalu
Jauhilah alkohol dari dirimu

Ada kertas dalam botol


Terumbang ambing ditengah lautan
Wahai kawan hindari alkohol
Kerana ia, perosak masa depan

Mak Limah pergi ke Johol


Pergi dengan Cik Rita
Waspada bahaya alkohol
Jangan sampai merugikan kita

Singgah sebentar di Sungai Bongkok


Melihat teruna menjamu selera
Jangan disentuh alkohol dan rokok
Kelak sia - sia ibadah kita
AKTIVITI 10

CERITA RINGKAS (JADILAH SEPERTI RASYID)

Cerita 1

Ini Rasyid

Rashid pelajar baik

Rasyid tahu keburukan minuman alkohol

Rasyid tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif

Rasyid segera jauhi alcohol

Rasyid bijak

Jadilah seperti rasyid

Cerita 2

Ini rasyid

Rasyid ada cita-cita

Rasyid tidak mahu terjebak dengan gejala negatif

Rasyid hebat

Jadilah seperti rasyid.

Menjelaskan secara ringkas tentang kesan negatif minum minuman beralkohol

a. Mempengaruhi proses pertumbuhan & pembangunan.

b. Kesan kepada kesihatan semakin teruk.

c. Proses pembelajaran terganggu (tidak dapat tumpu perhatian).

d. Masalah kenakalan (cenderung melakukan kesalahan).

e. Tekanan ekonomi (mendapatkan bahan) mendorong berlakunya kegiatan jenayah.


AKTIVITI 11

KESAN ALKOHOL KEPADA REMAJA

Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif yang akan

mempengaruhi proses pertumbuhan fizikal dan jasmani remaja tersebut seperti dibawah.

Oleh kerana golongan remaja ini adalah golongan yang suka kepada cabaran dan

tingkahlaku yang berisiko, pengambilan alkohol akan lebih mendedahkan remaja kepada

tingkahlaku yang merbahaya akibat hilang pertimbangan kerana pengaruh alkohol seperti

memandu dalam keadaan mabuk atau terlibat dengan perlumbaan motor haram. Apabila

mereka telah mabuk, tanpa mereka sedari, mereka juga akan terdedah kepada

penyalahgunaan dadah. Bagi remaja wanita pula, mereka mungkin akan menjadi mangsa

perkosaan dan seterusnya terdedah kepada masalah kandungan luar nikah dan penyakit

kelamin.

Kesan kepada Psikososial

i) Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi penumpuan kepada

pelajaran.

ii) Remaja/ pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan ini akan

memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.

iii)Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah tingkahlaku

‘delinquency’. Berkawan dengan pelajar yang bermasalah dan terjebak dengan aktiviti

negatif yang lain. Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli

alkohol akan mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti mencuri

dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai