Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

 
PEMBANGUNAN CAPAIAN RANGKAIAN
INTERNET SEKOLAH

 
SK SERI REJO SARI,
83009 BATU PAHAT, JOHOR
 
 
 
2022
PENDAHULUAN

Makmal Komputer dan Pusat Akses di sekolah merupakan wadah penerapan, pengetahuan dan kemahiran ICT
dikalangan pelajar, tenaga pengajar dan staf sokongan dalam pengurusan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta kerjasama antara
institusi pendidikan dengan masyarakat bagi membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan sejajar dengan taraf sekolah ini sebagai
sekolah abad 21. Dalam mengurus makmal komputer dan pusat akses, beberapa aspek penting pengurusan perlu diberi perhatian seperti
keselamatan komputer dari segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer dan pusat akses. Ini penting
sebagai satu persediaan kesediaan makmal komputer dan pusat akses yang kondusif bagi memenuhi hasrat dan aspirasi sekolah model abad 21.

Makmal komputer dan pusat akses juga berfungsi sebagai sumber capaian maklumat kepada pelajar juga kakitangan
sekolah bagi mendapatkan sumber dari internet juga kemudahan mengunakan komputer dalam tugas seharian.
Walaubagaimanapun kemudahan keselamatan makmal komputer dan pusat akses yang kian uzur, dan perlu pembaikan
menyebabkan penggunaan makmal komputer dan pusat akses ini dibawah kemampuan sebenarnya. Dengan erti kata lain,
banyak kemudahan keselamatan makmal yang perlu diperbaiki dan diganti untuk menjadikan makmal ini lebih selamat dan
kondusif kepada penggunanya. Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon dana sumbangan bagi membaik pulih serta
menambahbaik rangkaian capaian internet seluruh kawasan sekolah.
PENAIKTARAFAN CAPAIAN JALUR LEBAR
 
Capaian jalur lebar yang baik di sekolah memainkan peranan penting dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran selain membantu
pengurusan pentadbiran sekolah. Penggunaan portal pendidikan terbukti meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran. Begitu juga data
maklumat sekolah dan guru-guru yang sentiasa perlu dikemaskini setiap masa melalui aplikasi web seperti Emis online, SKPM, Nilam, Egerak,
Kehadiran online dan sebagainya yang mana semua ini mustahil dilakukan tanpa adanya capaian internet yang baik.
 
Matlamat
Meningkatkan capaian internet yang stabil ke seluruh bangunan sekolah yang meliputi semua bilik darjah, pejabat pentadbiran dan bilik-bilik khas.

Objektif
1. Memasang “access point” di setiap bangunan sekolah yamg dirasakan perlu dan bersesuaian
2. Menguji capaian internet di setiap bilik darjah dan bilik-bilik khas
3. Semua tempat di kawasan sekolah dapat diliputi capaian internet
 
Kawasan
4. Semua blok bangunan
5. Semua bilik darjah
6. Semua bilik-bilik khas
7. Pejabat pentadbiran
 
Strategi Perlaksanaan
8. Mengadakan mesyuarat AJK berbincang mengenai penaiktarafan capaian internet
9. Pembahagian tugas
10. Menyiapkan kertas kerja program
11. Mendapatkan sebut harga daripada beberapa kedai komputer
12. Mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran
13. Mencari sumber dana / penajaan
14. Melaksanakan projek
15. Pengujian dan penilaian
16. Penambahbaikan
17. Penyelenggaraan berkala
 

Tenaga Kerja/ Kontraktor : Sebahagian Juruteknik Komputer Daerah Batu Pahat


192.168.8.1 – ROUTER
192.168.1.1 – PUSAT AKSES 1
192.168.2.1 - PUSAT AKSES 2 PELAN RANCANGAN KEDUDUKAN “ACCESS POINT”
192.168.3.1 - PUSAT AKSES 3
192.168.4.1 - PUSAT AKSES 4
password wifi:

Password router : admin1234

1
PETUNJUK DAN RINGKASAN JALAN KERJA

- Lokasi modem

- Access Point

- Laluan kabel
SENARAI SEBUT HARGA BARANG-BARANG PENAIKTARAFAN CAPAIAN JALUR LEBAR

CUSTOMER COPY

TOTAL
NO ITEM QTY PRICE
(RM)
1 access point ax50 4 350.00 1400.00
2 cable network 1 300.00 300.00
3 wiring / fitting / dll 1 100.00 100.00
4 0.00
5 0.00
6 0.00
7 0.00
8 0.00

TOTAL: RM 1800.00

Anda mungkin juga menyukai