Anda di halaman 1dari 18

KELEBIHAN

BULAN SYA’BAN
DEFINISI BULAN SYA’BAN
 Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam takwim hijrah. Selepas bulan Sya’ban, umat Islam

 akan menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan.

 Bilangan hari pada bulan Sya’ban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari

sekiranya anak bulan tidak kelihatan


DEFINISI BULAN SYA’BAN
َ )diambil dari lafaz‫ع ٌْب‬3 ‫ َش‬yang ertinya kelompok atau golongan –
 Dinamakan Sya’baan ( ‫ ْعبَ َان‬3 ‫ش‬

kerana orang-orang Arab dahulu pada bulan tersebut berselerakan( ‫ب‬ َ ‫تَ َش‬33‫ ) َي‬untuk mencari
  ‫اع‬
sumber air.

ُ ‫ َش‬333‫ ) َت‬terpisah di gua-gua.


 Juga kerana mereka berpisah-pisah (‫اعب‬
DEFINISI BULAN SYA’BAN
َ )di antara dua bulan
 Dan dikatakan sebagai bulan Sya’ban kerana bulan tersebut muncul (‫ َع َب‬3 ‫ش‬

mulia, iaitu Rajab dan Ramadhan.

َ dan ‫ابِيْن‬3‫ َع‬3 ‫ َش‬. Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,


 Bentuk jamaknya adalah ‫ َعبَنَات‬3 ‫ش‬

“Dinamakan Sya’ban kerana sibuknya mereka mencari air atau sumur setelah berlalunya bulan
Rajab yang mulia.
DEFINISI BULAN SYA’BAN
 Sya’ban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab

akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan
yang seterusnya (bulan Ramadan ialah bulan yang panas).
KEUTAMAAN BULAN
SYA’BAN
1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam Sering Berpuasa di Bulan Sya’ban

 Hal ini berdasarkan riwayat dari ‘Aisyah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW selalu berpuasa hingga

kami mengatakan beliau tidak pernah berbuka; dan pernah beliau sentiasa berbuka hingga kami
mengatakan beliau tidak pernah berpuasa.

 ‫ان‬ ِ ‫ َو َما َرَأ ْيتُهُ َأ ْكثَ َر‬، ‫ان‬


ْ ِ‫صيَا ًما ِم ْنهُ ف‬
َ َ‫ـي َش ْعب‬ َ ‫ض‬ ِ ‫ ْستَ ْك َم َل‬3‫ّى هللاُ َعلَ ْي ِه و َسلَّم ا‬3‫صل‬
َ ‫صيَا َم َشه ٍْر ِإاَّل َر َم‬ ُ ‫ َو َما َرَأي‬.“
َ ِ‫ْت َرس ُْو ُل هللا‬
“Aku tidak melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasa sebulan,
kecuali Ramadhan. Dan aku tidak melihat beliau berpuasa lebih banyak dari bulan-bulan yang lain
melainkan pada bulan Sya’ban.”
KEUTAMAAN BULAN
SYA’BAN
2. Bulan Sya’ban adalah Bulan Diangkatnya Amal-amal Manusia kepada Allah Ta’ala

 Hal ini berdasarkan hadits dari Usamah bin Zaid RA, ia mengatakan, “Aku bertanya, ‘Wahai

Rasulullah, saya tidak melihat engkau berpuasa di suatu bulan seperti engkau berpuasa di bulan
Sya’ban.”Beliau SAW menjawab,

 ‫صاِئ ٌم‬ ْ ِ‫ فَُأ ِحبُّ َأ ْن يُرْ فَ َع َع َمل‬،‫ َوهُ َو َش ْه ٌر تُرْ فَ ُع فِ ْي ِه اَأْل ْع َما ُل ِإلَى َربِّ ْال َعالَ ِمي َْن‬،‫ان‬
َ ‫ـي َوَأنَا‬ َ ‫ض‬ ٍ ‫ك َش ْه ٌر يَ ْغفُ ُل النَّاسُ َع ْنهُ بَي َْن َر َج‬
َ ‫ب َو َر َم‬ ٰ
َ ِ‫ذل‬.“
“Bulan itu, banyak manusia yang lalai, iaitu (bulan) antara Rajab dan Ramadhan, bulan diangkatnya
amal-amal kepada Rabb semesta alam, dan aku ingin amalku diangkat dalam keadaan aku sedang
berpuasa”
KEUTAMAAN BULAN
SYA’BAN
 Usamah bin Zaid menunjukkan bahawa Nabi SAW lebih gemar amalannya diangkat ketika baginda

SAW dalam keadaan berpuasa.

 Tambahan pula, bulan Sya’ban adalah bulan yang sering manusia lalai disebabkan bulan ini terletak

antara dua bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan dan juga salah satu daripada bulan Haram
(Rejab). Telah berkata Ibn al-Qayyim RA:
“Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT: Amalan tahunan diangkat pada bulan
Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan amalan mingguan pula diangkat pada hari
Isnin dan Khamis”
MALAM NISHFU SYA’BAN
 Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:

ِ ‫ النِّص‬3‫ي ليل ِة‬3‫ ف‬3‫ لَيَطَّ ِل ُع‬3َ‫( إنَّ هللا‬:‫س‬3‫ن قي‬3‫ ب‬3‫ى األشعري عبدهللا‬3‫ن أبي موس‬3‫ع‬
‫ه إال‬3ِ‫ خلق‬3‫ر لجمي ِع‬3ِ‫ فيَغف‬،3‫ن شعبا َن‬3‫ف م‬3
)‫لمشرك أو ُمشاح ٍن‬.
ٍ

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka


Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan
yang bermusuh (orang benci membenci) [HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-
lain
MALAM NISHFU SYA’BAN
MALAM NISHFU SYA’BAN
 Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu
Sya’ban:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa
mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban,
membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada
sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai
berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
PENDAPAT ULAMA’ BERKAITAN
KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN
 Telah berkata Imam al-Syafie RA: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu
malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan
malam nisfu Sya’ban”. [Lihat: al-Um, 1:264]

 Ibnu Rajab RA mengatakan: “Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman


dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan,
Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain
memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah
pada malam itu”. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247]
HADITH PALSU MENGENAI
SYA’BAN
HADIS PERTAMA:

 Daripada ‘Aisyah r.a, dia berkata: “Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah s.a.w. lalu saya keluar,

ternyata baginda berada di Baqi’, lalu Rasulullah bersabda:

 “Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?”

 Saya (‘Aisyah) jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang lain).”

 Baginda bersabda: “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia lalu

mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.” [Hadis Riwayat Imam

Ahmad, Imam Tirmidzi. “Dhaif Jiddan”].


HADITH PALSU MENGENAI
SYA’BAN
HADIS KEDUA:
Daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika datang malam
Nisfu Sya’ban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan berpuasalah pada
waktu siangnya. Sesungguhnya pada saat itu sejak tenggelamnya matahari, Allah turun ke
langit dunia seraya berfirman: “Ketahuilah, sesiapa yang meminta keampunan, maka Aku akan
mengampuninya dan ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya,
ketahuilah sesiapa yang sakit maka aku akan menyihatkannya, ketahui sesiapa yang begini aku
akan begitu hingga terbit matahari”. [Hadis riwayat Ibnu Majah – “Maudhu’”].
HADITH PALSU MENGENAI
SYA’BAN
HADIS KETIGA:

“Wahai ‘Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam Nisfu Sya’ban, pada setiap rakaat
membaca surah al-Fatihah dan Qul huwallahu ahad 10 kali, Nabi s.a.w. bersabda: “Ya ‘Ali,
tidaklah seorang hamba yang solat seperti ini kecuali Allah akan memenuhi setiap setiap
keinginan dan permintaanya pada malam itu”…

Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-

Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Lali al-Masnu’ah.
HADITH PALSU MENGENAI
SYA’BAN
HADIS KEEMPAT:
“Sesiapa solat dua belas rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan membaca pada setiap
rakaatnya Qul huwallahu ahad 30 kali, tidak keluar hingga melihat tempat duduknya di
syurga…”

Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-

Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Laali al-

Masnu’ah.
KEUTAMAAN BULAN
SYA’BAN

Anda mungkin juga menyukai