Anda di halaman 1dari 31

PERANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR

AZMI BIN ABDUL HAMID


IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
1

SUKATAN PELAJARAN

SUKATAN PELAJARAN
Merupakan dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada murid sepanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.

PENELITIAN SUKATAN PELAJARAN

SUKATAN PELAJARAN
Sukatan pelajaran merupakan satu panduan kepada guru tentang kandungan dan isi pelajaran yang hendak disampaikan Setiap guru perlu meneliti sukatan pelajaran sebelum melaksanakan p&p Sukatan pelajaran biasanya mengandungi tema, tajuk, nilai, objektif, huraian kandungan dan kemahiran Guru hendaklah merancang pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan

KEPENTINGAN SUKATAN PELAJARAN Kepentingan sukatan pelajaran adalah : Merupakan panduan kepada guru tentang topik-topik yang akan disampaikan Mengelakkan pemesongan topik dan objektif Pengajaran dapat dipermudahkan Topik-topik pengajaran telah disusun dan teratur serta mengikut prinsip pengajaran Memudahkan guru pengganti mengambil alih tugas Penyampaian topik yang lepas dan akan datang boleh disemak

PENTAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN

PENTAFSIRAN Guru perlu mampu menafsir isi kandungan sukatan pelajaran Dalam proses mentafsir, guru juga perlu mengkaji objektif khusus sukatan pelajaran kerana ia dapat memandu guru ke arah yang hendak dituju Guru juga dinasihat agar menggunakan buku panduan khas semasa meneliti dan mentafsir sukatan Sekiranya guru dapat membuat tafsiran yang baik, kaedah, strategi dan teknik akan dapat disesuaikan dengan pengajaran

PENYEDIAAN RANCANGAN KERJA

RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR

Didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsurunsur seperti pengetahuan sedia ada, objektif pelajaran, tempoh masa mengajar, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup pengajaran

KEPENTINGAN PERSEDIAAN MENGAJAR

KEPENTINGAN
Menentukan objektif pengajaran daripada diselewengkan Memahami dan menentukan isi supaya cukup dan sesuai dengan peruntukan masa Menentukan strategi pengajaran sesuai dengan kebolehan dan minat murid Menentu dan menyediakan BBM Merancang gerak kerja dan tugasan Mengawal bilik darjah dengan baik Menilai keberkesanan pengajaran

Sambungan

Membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan murid Mengingati bahan-bahan pengajaran yang akan disampaikan Merancang penutup serta aktiviti susulan Merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan Memikir dan merancang jenis-jenis soalan yang sesuai dan mencabar Merancang penggabungjalinan kemahiran dan penyerapan mata pelajaran Merancang cara memotivasikan murid

ASPEK-ASPEK PERANCANGAN
1. Perancangan Pendahuluan Penentuan topik dan aktiviti Penentuan pengetahuan sedia ada Penentuan objektif 2. Perancangan Penyampaian Penentuan strategi p & p Penentuan masa Pemeringkatan isi Pemilihan sumber

Sambungan

3. Perancangan Penilaian Pencapaian Penganalisasan maklum balas Pengubahsuaian

PENENTUAN TOPIK & AKTIVITI Susun topik mengikut urutan dari mudah ke kompleks, konkrit ke abstrak dan dari yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui Beri perhatian kepada kemahiran-kemahiran terutama kemahiran dalam pelajaran lalu Pilih isi pelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan minat murid Pilih aktiviti yang sesuai dengan isi pelajaran demonstrasi, perbincangan, lakonan, main peranan, projek, membaca, mengira dll.

PENENTUAN PENGETAHUAN SEDIA ADA

Merujuk kepada aras murid sebelum memulakan pengajaran Cara menentukan tahap pengetahuan sedia ada murid : Kuiz dan sesi soal jawab Latihan dan ujian Temu bual Laporan spt. rekod prestasi

PENENTUAN OBJEKTIF
Objektif pengajaran seharusnya sejajar dengan tahap pengetahuan sedia ada, minat dan kebolehan murid Objektif pengajaran juga hendaklah merangkumi aspek afektif, nilai dan sikap murid 3 kriteria semasa menulis objektif : i. Menggunakan kata kerja tindakan yang khusus yang menerangkan niat guru ii. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh dilihat

Sambungan

iii. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh dilihat Secara ideal, objektif tingkah laku mengandungi : i. Siapa yang akan menunjukkan tingkah laku yang dihajati. Cth.: murid, kanak-kanak ii. Tingkah laku atau kebolehan terakhir murid itu. Cth.: boleh menanda 3 kawasan, beri 5 sebab

Sambungan

iii. Situasi atau keadaan murid melakukan sesuatu itu. Cth.: dalam masa 5 minit, dengan menggunakan rajah yang disediakan... iv. Tingkat pencapaian yang digunakan untuk menilai prestasi. Cth.: 70% betul, menjawab 8 daripada 10 soalan dengan betul

Sambungan

Kegunaan objektif pengajaran adalah : Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian pelajar dan tidak berpusatkan guru, oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan pelajar Memberi arah tuju kepada guru di samping dapat membantu menilai kemajuan perjalanan proses p & p Sebagai panduan kepada guru untuk perancang dan memilih bahan pengajaran yang sesuai dan relevan

Sambungan

Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi pengajaran Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir dan penyelia apa yang harus pelajar capai di akhir sesuatu pelajaran Memberi bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan diberi Membantu pelajar membuat penilaian kendiri Membantu guru menyusun atur aktiviti susulan

PENENTUAN STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Merujuk kepada kaedah dan teknik pengajaran Pemilihan strategi yang bijaksana menjamin kelicinan & keberkesanan penyampaian Perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih strategi pengajaran : Strategi seharusnya meningkatkan keberkesanan
pengajaran Hendaklah bersifat mudah lentur boleh diubah mengikut situasi Hendaklah dipelbagaikan dari semasa ke semasa

Sambungan

Berpusatkan murid-murid Strategi dapatan, inkuiri dan penyelesaian masalah hendaklah diutamakan. Menekankan strategi pengajaran berkumpulan atau individu Meningkatkan kecekapan guru serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna, kreatif dan inovatif

PENENTUAN MASA

Jumlah peruntukan masa yang tersedia seharusnya dimanfaatkan dengan sebaikbaiknya Peruntukan masa perlu disesuaikan dengan objektif pelajaran yang ingin dicapai dan bahan bantu mengajar yang digunakan Guru perlu mengagihkan masa dengan sesuai mengikut langkah pengajaran

PEMERINGKATAN ISI

Penting untuk menjamin keberkesanan pengajaran Guru hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian susun mengikut topik yang perlu diawal dan dikemudiankan Sebaik-baiknya mengikut prinsip-prinsip tertentu seperti mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak, fakta kepada teori

PEMILIHAN SUMBER P & P

Penting untuk menjamin keberkesanan pengajaran Guru hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian susun mengikut topik yang perlu diawal dan dikemudiankan Sebaik-baiknya mengikut prinsip-prinsip tertentu seperti mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak, fakta kepada teori

RUMUSAN

RUMUSAN

Guru perlu membuat persediaan dan merancang pengajaran Untuk memastikan pengajaran berjalan dengan baik, guru perlu meneliti dan menafsir sukatan pelajaran dengan betul Setelah memahami sukatan pelajaran, gunakan kaedah, strategi dan teknik yang sesuai dengan objektif pengajaran yang hendak disampaikan.

aaarrghdah
habis

mmmye la tu

Anda mungkin juga menyukai