Anda di halaman 1dari 3

Keberkesanan pengajaran dalam konteks pendidikan seni visual DAN Cadangkan penambahbaikan pengurusan bilik seni berdasarkan panduan

asas keperluan bilik seni Pendahuluan Isu mengenai keberkesanan pengajaran diperkatakan dan dikaji oleh penyelidik sej ak bertahun-tahun lamanya. Contohnya, Cattell telah melihat pengajaran yang berk esan itu tertumpu kepada guru. Mengikutnya guru yang berkesan itu mesti mempunya i lima ciri: 1. Personaliti 2. Inteligen 3. Simpati 4. Berfikiran terbuka 5. Mempunyai unsur-unsur jenaka Terdapat banyak kritikan yang menyatakan rumit untuk membuat kesimpulan yang men yatakan pencapaian tinggi menunjukkan ia berkesan atau pencapaian rendah menunju kkan tidak berkesan. Kajian keberkesanan sekolah ini melibatkan kajian-kajian terhadap kepimpinan sek olah, guru, sekolah, pengajaran dalam bilik darjah, fenomena bilik darjah, hubun gan sekolah dan institusi luar, kurikulum sekolah dan kokurikulum sekolah serta perkara-perkara lain. Pengajaran Pendidikan Seni Aliran baru telah mengemukakan cadangan yang baru iaitu penyelidikan dilakukan o leh guru-guru sendiri dan tindakan langsung diambil bagi melihat keberkesanan pe ngajaran. Kajian seperti ini dipanggil "Action-Research'. "Action-Research' dila kukan oleh guru sendiri dalam kelas bertujuan untuk meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran. Perlunya "Action-Research' disebabkan 1. 2. 3. 4. Lebih Lebih Lebih Boleh realistik berakar umbi menyelesaikan masalah dilakukan berterusan

Menganalisis Ciri-ciri Pelajar Menetapkan Menulis Objektif Membentuk Membentuk aktiviti pengajaran Memilih media pengajaran Melaksanakan Memilih/ mengkaji semula Menyemak 5 strategi pengajaran pendidikan seni yang berkesan. 1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehka n berkongsi idea serta boleh bercakap mengenainya. 2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar denga n cara mendengar melihat dan memberi maklum balas. 3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar dari mereka melalui cara yang berbeza. 4. Adalah sangat penting melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sed ang menjalankan aktiviti amali di samping membantu mereka secara individu atau k umpulan.

5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan personaliti mereka sendiri. Cadangkan penambahbaikan pengurusan bilik seni berdasarkan panduan asas keperlua n bilik seni 1 . Mengekalkan relevensi antara tingkah laku guru dan objektif tingkah laku. 2. Membimbing pelajar-pelajar yang lemah dengan menyediakan soalan-soala yang be rbeza dengan latihan amali yang berbeza. 3. Menguruskan akauntabiliti melalui pameran hasil karya bagi memudahkan penilai an. 4. Menseimbangkan terminologi yang konkrit dan abstrak. 5. Gunakan contoh atau model yang tepat. 6. Berikan definisi, contoh-contoh dan label-label konsep. 7. Gunakan analogi antara bahan yang baru atau bahan yang mereka telah gunakan b agi mengurangkan perbezaan. 8. Mengemukakan soalan bagi menggalakkan pelajar mengaplikasi, menganalisa, mens intesis dan membuat penilaian. 9. Meningkatkan kebolehan dan kemahiran membaca bagi menggalakkan tabiat membaca di luar sekolah. 10. Menggalakkan pelajar memanipulasi bahan bagi menghasilkan idea yang baru. 11. Meningkatkan usaha eksperimentasi di kalangan pelajar terhadap media dan ala t bertujuan menghasilkan produk baru. 12. Menggalakkan proses kreativiti di kalangan pelajar dengan meneroka idea mere ka. Beberapa kaedah boleh dilakukan oleh guru untuk memberi kefahaman yang jelas kep ada pelajar, antaranya: Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah perbincangan inkuiri penyelesaian masalah pemerhatian

Kaedah perpustakaan: Melaui kaedah ini pelajar dapat mengesan makna dan simbol. Pelajar-pelajar digal akkan mencari seberapa banyak makria dan simbol yang diperolehinuya serta mencat atkan dalam buku nota. Antara makna yang boleh dicari ialah: Makna warna Makna perspektif Makna ruang Makna reka bentuk Makna bentuk Makna rupa Makna jalinan Makna garisan Makna estetika Makna keseimbangan Makna kontra Makna ketegangan Makna kesatuan Makna harmoni Kesimpulan Pengajaran pendidikan seni yang berkesan memang bermula dari guru kemudian berke mbang kepada kaedah dan teknik pengajaran, bahan yang digunakan hinggalah kepada produk yang dihasilkan. Selain itu pelajar-pelajar juga penting - minat dan bak at merupakan dimensi-dimensi yang wajar digilap dan diasuh oleb guru sehingga me

njadi satu sumber penting dalam pengajaran yang lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai