Anda di halaman 1dari 30

DEFINISI BAHASA

Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi
Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiattabiat sangat rumit

John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi

Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi

Keraf dalam Smarapradhipa (2005:1) o Bahasa sebagai alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. o Bahasa adalah sistem komunikasi yang mempergunakan simbol-simbol vokal (bunyi ujaran) yang bersifat arbitrari.

Owen dalam Stiawan (2006:1) bahasa sebagai kode yang diterima secara sosial atau sistem konvensional untuk menyampaikan konsep melalui kegunaan simbol-simbol yang dikehendaki dan kombinasi simbol-simbol yang diatur oleh ketentuan.

Tarigan (1989:4) obahasa adalah suatu sistem yang sistematis, untuk sistem generatif. obahasa adalah seperangkat lambanglambang mana suka atau simbol-simbol arbitrari

Santoso (1990:1) o Rangkaian bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia secara sedar.

Mackey (1986:12) o Bahasa adalah suatu bentuk dan bukan suatu keadaan atau sesuatu sistem lambang bunyi yang arbitrari

Wibowo (2001:3) o sistem simbol bunyi yang bermakna dan berartikulasi (dihasilkan oleh alat ucap) yang bersifat arbitrari dan konvensional, dipakai sebagai alat berkomunikasi oleh sekelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran.

Syamsuddin (1986:2) o bahasa adalah alat yang dipakai untuk membentuk fikiran dan perasaan, keinginan dan perbuatan-perbuatan, alat yang dipakai untuk mempengaruhi dan dipengaruhi. o tanda yang jelas dari kepribadian yang baik mahupun yang buruk, tanda yang jelas dari keluarga dan bangsa, tanda yang jelas dari budi kemanusiaan.

Pengabean (1981:5) o Sistem yang mengutarakan dan melaporkan apa yang terjadi pada sistem saraf. Soejono (1983:01) o Suatu sarana perhubungan rohani yang amat penting dalam hidup bersama.

Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s 106) o Bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (seorang individu dengan individu lain) o Percakapan baik, tingkah laku yang baik, sopan santun

Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki erti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut:

o satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan. o satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep sebenar mereka ke dalam fikiran orang lain o satu kesatuan sistem makna

o satu kode yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan makna. o satu ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan (contoh :Perkataan, kalimat, dan lain lain.) o satu sistem uturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.

SIFAT BAHASA

bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulasi-artikulasi lain

setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem

tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur dan pendengar bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur

bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alatalat sebutan secara linear

bahasa adalah kreatif, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu terdapat 28 huruf yang dapat membentuk beribu-ribu perkataan

dengan penyingkiran masa dan tempat, manusia boleh menggunakan bahasanya untuk bercakap tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa yang sama, sebelum atau selepasnya
wujud dua pola dalam bahasa, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu ada vokal dan konsonan

bahasa boleh dipelajari dalam konteks budaya dan kebudayaan

Fungsi Bahasa
Penghubung interaksi jelas, luas, tanpa sempadan Pernyataan perasaan ekspresi dan luahan Pernyataan fikiran neurologi

Penyerapan Bahasa
Penjajahan contoh penjajahan Inggeris di Australia dan New Zwaland

Perpindahan atau Migrasi Penutur contoh ialah mencari pekerjaan (ada peluang) dan peperangan Perdagangan orang Arab dan China yang berdagang di Melaka

Penyebaran Agama orang Arab yang datang ke Melaka menyebarkan Islam menerusi sistem kepercayaan dan budaya Perkahwinan pekerja asing berkahwin dengan wanita tempatan Perkembangan ICT globalisasi atau dunia tanpa sempadan Difusi (meresap/menyebarkan) - peranan media massa

Aspek Bahasa
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi bahasa fonem, ejaan Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara pembinaan perkataan - morfem bebas seperti rumah adalah terkecil atau morfem terikat seperti berumah

Sintaksis ialah bidang yang mengkaji binaan ayat susunan kata, frasa dan klausa untuk dijadikan ayat

Ilmu Makna
Semantik ialah bidang yang mengkaji makna makna sebenar Pragmatik ialah komponen dalam semantik yang mengkaji makna secara lebih luas

Sosiolinguistik ialah disiplin ilmu yang mengkaji bahasa sebagai yang digunakan dalam masyarakat

Ilmu Bahasa

Psikolinguistik ialah disiplin ilmu yang mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi manusia

Perancangan Bahasa
Perancangan bahasa bermaksud usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju.

Badan perancang bahasa ialah DBP (1956).

Proses perancangan bahasa menerusi tiga peringkat, iaitu dasar (susun strategi dan adakan kegiatan perancangan bahasa), pelaksanaan dan penilaian.

DASAR kumpul data dan susun strategi untuk melancarkan kegiatan perancangan bahasa
PELAKSANAAN pengekodan dan pemupukan

PENILAIAN tinjau kembali kesan aktiviti perancangan untuk perancangan seterusnya dan membaiki kelemahan

Anda mungkin juga menyukai