Anda di halaman 1dari 9

Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Cemerlang, Seterusnya barisan Guru, Serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

A Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia diucapkan. Pagi yang indah penuh ceria TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN Hari yang berbahagia penuh bermakna Kita sama-sama meraikan Majlis Perpisahan sempena persaraan Guruguru di SMK Simpang, Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin Pen Kanan Ting 6 & En Ng Hung Meng P Pen Kanan Hal Ehwal Murid SMK SImpang.

Ucapan Aluan Pengacara Majlis 2.0 Bacaan ketibaan Tuan pengetua SMK Simpang Mengumumkan Doa
Sirih Satari, Tn Hj Mohd Harithudin Bin berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara

Guru Guru yang diraikan Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin Sarung ketupat berisi inti Penolong Kanan Ting 6 & budak sambil berlari Dibawa En Ng Hung MengKehadiran semua sangat dihargai

Pen Kanan Hal EhwalMoga Majlis bertambah diminta untuk MuridPara hadirin seri

berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi N Negeri Perak.
Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati M Penolong kanan- penolong kanan,

Guru- guru cemerlang, Guru-guru,

S Serta para pelajar yang dikasihi sekalian.


Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh ________________________________________________ Terima kasih diucapkan kepada _____________________

B Bismillahirrahmanirrahim,

Yg Berusaha, Jasamu dikenang Tn. Hj. Mohd Harithuddin Bin Satari (Pengetua SMK Simpang) Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Yg Diraikan, Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Guru-guru Yang Diraikan Pn Hjh Siti sarah Binti Jamaluddin & En Ng Hung Meng sepanjang perkhidmatan mereka di dalam dunia pendidikan yang masing-masing berakhir dengan memegang jawatan sebagai Pen. K Kanan Ting 6 & Pen. Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Simpang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Majlis diteruskan dengan menjemput yag diraikan Pn. Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin, Pen. Kanan Tingkatan 6 Untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada P Pn. Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada yg diraikan En Ng Hung Meng, Pen Kanan Hem Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada E En Ng Hung Meng, Seterusnya, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yg berusaha, Tn. Hj. Mohd Harithuddin Bin Satari, Pengetua SMK Simpang Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada T Tn Hj Mohd Harithuddin Bin Satari.

Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Sebelum meneruskan lagi acara kita pada pagi ini, izinkan saya membacakan serba sedikit biodata guru-guru yang diraikan pada hari i ini sebagai tanda penghargaan dan kenangan terindah buat kita semua.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Pn Hjh Siti Sarah Bt Jamaluddin dan En Ng Hung Meng. Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hjh Siti Sarah Bt Jamaluddin dan En Ng Hung Meng untuk tampil ke hadapan pentas bagi menerima cenderamata. Dipersilakan. Penyampaian cenderamata dimulakan dengan wakil-wakil pelajar.

Dipersilakan wakil Majlis Ketua Tingkatan

Seterusnya majlis mempersilakan ........................................................................................... Guru Kanan ................................................................................ Bagi menyampaikan cenderamata daripada ..................................................................................................

Seterusnya majlis mempersilakan ........................................................................................... Guru Kanan ................................................................................ Bagi menyampaikan cenderamata daripada ...............................................................................................Seterusnya majlis mempersilakan ........................................................................................... Guru Kanan ................................................................................ Bagi menyampaikan cenderamata daripada ...............................................................................................Seterusnya majlis mempersilakan ........................................................................................... Guru Kanan ................................................................................ Bagi menyampaikan cenderamata daripada ...............................................................................................

Seterusnya majlis mempersilakan ................................................................................. .......... Guru Kanan ...................................................................... .......... Bagi menyampaikan cenderamata daripada ................................................................................. ..............

Seterusnya majlis mempersilakan ................................................................................. .......... Guru Kanan ...................................................................... .......... Bagi menyampaikan cenderamata daripada ................................................................................. ..............

Seterusnya majlis mempersilakan ................................................................................. .......... Guru Kanan ...................................................................... .......... Bagi menyampaikan cenderamata daripada ................................................................................. .............. Seterusnya majlis mempersilakan ................................................................................. .......... Guru Kanan ...................................................................... .......... Bagi menyampaikan cenderamata daripada ................................................................................. ..............

Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin,

En. Ng Hung Meng,

Begitulah serba sedikit rentetan kisah dua orang guru yang telah banyak memberi sumbang bakti kepada SMK Simpang sehingga ke hari ini. Jasa cikgu berdua akan senantiasa terpahat di sanubari. InsyaALLAH.

Hadirin sekalian, Begitulah tadi acara penyampaian cenderamata kepada guru-guru yang diraikan. Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil yang terlibat dan terima kasih juga diucapkan kepada Pn Hjh Siti Sara dan En Ng Hung Meng. Untuk pengetahuan para hadirin, Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin akan bersara wajib pada 20 Disember 2010, manakala bagi En Ng Hung Meng akan bersara opsyen(pilihan) pada jan 2011. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn Pengetua SMK Simpang, Tn Hj Mohd Harithuddin B Satari untuk menyampaikan sijil penghargaan persaraan kepada Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin yang bersara wajib. Dipersilakan. Dijemput Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin utk menerima Sijil persaraan ini. Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mohd Harithuddin B Satari. Hadirin yang dihormati, Ucapan sudah, penyampaian cenderamata juga telah selesai. Kini tibalah masanya untuk majlis menjemput guru-guru yang diraikan, bersama-sama dengan Tuan Pengetua, serta guru-guru penolong kanan untuk tampil ke hadapan bagi acara memotong kek. Utk pengetahuan para hadirin kek ini adalah sumbangan daripada................... .... ................................. ..... ................................. ....... Terima kasih diucapkan.

Begitulah berakhirnya acara memotong kek sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.

Hadirin yg dihormati, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budimu tuan jadi kenangan Budimu tuan jadi kenangan Jadi kenangan bertahun tahun Kami di sini dilupa jangan Salah dan silap harap diampun. Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, Saya bg pihak warga SMK Simpang, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin & En Ng Hung Meng kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar cikgu berdua bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian selepas ini. insyaALLAH.

Anak haruan limalima, Mati ditimpa punggur berdaun; Budimu tuan kami terima Jadi kenangan bertahun-tahun. Akar keladi melilit kasih, Selasih tumbuh di hujung taman; Kalungan budi jambangan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman.

Majlis juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Perpisahan pada pagi ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai