Anda di halaman 1dari 4

RUJUK

A. Definisi
Mengembalikan isteri yang telah dicerai kurang dari tiga kali kepada perkahwinan yang asal dalam masa iddah dengan syarat-syarat yang tertentu.

B. DALIL-DALIL

1. Firman Allah (Al-Baqarah: 228) Ertinya: Dan suami-suami perempuan lebih berhak mengembalikan mereka jika mereka inginkan berbaikbaik semula. 2. Hadith Rasulullah SAW: Ertinya: Telah datang kepada aku Jibril lalu berkata: Rujuklah Hafsah itu semula, kerana dia seorang perempuan yang banyak berpuasa, kuat beribadat dan dia adalah isteri engkau di syurga.

C. HUKUM RUJUK
1.

Wajib bagi suami yang menceraikan salah seorang dari isteriisterinya jika ia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu. Haram sekiranya rujuk itu mejadi sebab bagi menyakiti atau mendatangkan kemudharatan kepada isteri tersebut. Makruh - jika perceraian itu lebih baik diteruskan dari berbaik semula. Harus - iaitu hukum rujuk yang asal, maksudnya, hukum rujuk pada asalnya adalah harus. Sunat sekiranya rujuk itu mendatangkan kebaikan kepada keduaya.

2. 3. 4. 5.

D. RUKUN RUJUK
1. Isteri 2. Suami 3. Lafaz rujuk

E. SYARAT-SYARAT ISTERI YANG DIRUJUK


1. Isteri yang diceraikan itu pernah disetubuhi, isteri yang belum pernah disetubuhi bila diceraikan tidak boleh rujuk kembali, kecuali dengan akad yang baharu, kerana isteri tersebut tidak mempunyai idah. Isteri yang diceraikan itu bukan cerai talaq tiga, kerana cerai talaq tiga tidak boleh rujuk kembali. Isteri yang diceraikan itu bukan cerai tebus talaq (khulu), kerana cerai dengan bayaran (tebus talaq) tidak boleh dirujuk kembali kecuali dengan akad yang baharu. Isteri tersebut masih berada dalam iddah, tidak boleh rujuk lagi bila selesai idahnya kecuali dengan akad yang baharu. Keadaan isteri yang dirujuk tertentu kalau seorang suami menceraikan beberapa orang isterinya kemudian ia ingin rujuk semula kepada salah seorang isteri-isterinya itu dengan tidak ditentukan yang mana satu yang hendak dirujuknya itu, maka rujuk secara yang demikian tidak sah. Isteri yang diceraikan itu halal bagi suami yang hendak merujuk itu, jika isteri yang diceraikan itu menjadi murtad (keluar dari Islam) maka tidak sah rujuk ketika isteri itu masih murtad.

2. 3.

4. 5.

6.

F. SYARAT-SYARAT SUAMI YANG MERUJUK

Rujuk itu dengan kemahuannya sendiri bukan dipaksa oleh itu suami yang dipaksa supaya merujuk isterinya, tidak sah rujuknya dengan syarat paksaan itu secara zalim dan ia tidak dapat mempertahankan dirinya. Begitu juga tidak sah rujuk dari suami yang gila, maksudnya, sebelum suami itu gila ia telah menjatuhkan talaq isterinya kemudian kebetulan ia gila semasa bekas isterinya itu sedang dalam iddah. Sah rujuk bagi yang mabuk, akibat perbuatannya sendiri serta yang sedang dalam ihram haji atau umrah.

G. SYARAT-SYARAT LAFAZ RUJUK


2

Lafaz rujuk terbahagi kepada 2: 1. Lafaz sarih: Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk seperti kata suami: saya rujuk awak, atau: saya kembalikan isteri saya kepada saya. 2. Lafaz kinayah: iaitu lafaz sindiran yang mempunyai erti lain dari rujuk, sebab itulah lafaz kinayah diwajibkan bersamanya niat, seperti kata suami: saya pegang awak kembali, atau: saya kahwin awak dan sebagainya.

H. DISYARATKAN SIFAT RUJUK ITU


1. Dengan perkataan tunai ertinya, tidak digantungkan atau dikaitkan dengan sesuatu. Contohnya, kata suami: saya rujuk awak kembali sekiranya awak suka. 2. Dengan tidak dihadkan atau dibataskan waktunya, seperti kata suami: saya rujuk awak semula dalam masa sebulan. Dengan kata yang demikian tidak sah rujuk itu.

I. BEBERAPA PERKARA BERHUBUNG DENGAN RUJUK


1. Sunat diadakan saksi bila seorang suami ingin rujuk semula dengan isterinya yang diceraikan, walaupun Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat wajib diadakan saksi. 2. Rujuk melalui persetubuhan dengan melafazkan perkataan: a. Imam Al-Syafie berpendapat: rujuk secara demikian tidak sah, sekalipun disertai dengan niat rujuk. b. Ada pendapat yang lain mengatakan: secara yang demikian adalah sah, berdasarkan firman Allah (Al-Baqarah: ayat 228): Ertinya: Suami-suami mereka lebih berhak untuk kembali kepada mereka. Di dalam ayat tersebut tidak ditentukan rujuk itu samada dengan perkataan atau dengan perbuatan. 3. Rujuk dengan cara menulis surat, adalah sah dengan ayat disertakan niat dan qasad rujuk, kerana rujuk secara yang demikian dikira seperti lafaz kinayah yang memerlukan niat. 4. Rujuk suami yang bisu dengan menggunakan isyarat yang boleh difahami oleh semua lapisan manusia, adalah sah dan dikira
3

sama seperti lafaz sarih. Kalau isyarat itu hanya difahami oleh orang yang tertentu, maka dikira seperti lafaz kinayah dan memerlukan niat.

J. Syarat-Syarat Sah Kahwin Semula Selepas Talaq Tiga


1. 2. 3. 4. 5. Selepas selesai idah dari suami yang pertama. Bekas isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain. Suami yang kedua mesti melakukan persetubuhan dengannya. Bercerai dengan suami yang kedua, fasakh atau mati. Selesai idahnya bila bercerai dengan suami yang kedua itu. Setelah itu suami pertama diharuskan rujuk kembali kepada bekas isterinya itu dengan akad perkahwinan yang baru, mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang lalu.

G. Beberapa Masalah Berkaitan Nikah Selepas Talaq Tiga

1. Sekiranya perkahwinan suami yang kedua itu disyaratkan bercerai setelah disetubuhi maka perkahwinan itu tidak sah jika syarat itu disebut di dalam iddah, tetapi sebaliknya kalau syarat tersebut dibuat sebelum akad perkahwinan itu sah, tetapi perbuatan itu makruh. 2. Jika di dalam akad perkahwinan suami yang kedua itu, pihak isteri mensyaratkan bahawa suami yang kedua itu tidak boleh mensetubuhinya, maka perkahwinan itu tidak sah, kerana syarat tersebut bertentangan dengan maksud perkahwinannya. 3. Dakwaan isteri yang ditalaq tiga diterima dengan syarat ia bersumpah bila ia mengaku yang ia telah berkahwin dengan seseorang yang lain serta telah melakukan persetubuhan dengan suami tersebut, kemudian diceraikan dan telah pun habis idahnya. Sekiranya di antara masa ia diceraikan talaq tiga dahulu itu munasabah dan boleh selesai perkara tersebut. Dengan yang demikian bekas suami yang pertama diharuskan berkahwin semula dengannya.