Anda di halaman 1dari 1

MENGAPA KITA TAK BERSEMANGAT

Kita ada dua tenaga, energetik dan lemah longlai. Kedua-dua energi
ini dipengaruhi oleh minda. Dalam erti kata lain, bergantung pada
mental state kita.

Kita jadi tak bersemangat kerana kita mencipta mental state yang
membuat kita tidak bersemangat. Maksud saya, dalam minda, kita
melihat diri kita tidak bersemangat, lemah longlai, mengantuk dan
kurang bertenaga.

Minda mengikut apa yang kita bayangkan di fikiran. Andai di fikiran


kita membayangkan yang kita ni lemah serta kurang bersemangat,
maka minda separa sedar akan memberi arahan direct kepada sistem
saraf badan supaya menjadi lemah, slow dan nampak kurang
bertenaga.

Ia juga dipengaruhi oleh emosi. Kekadang kita down jadinya bila orang
mentertawakan kita.

Selepas itu, muncul bayangan di dalam minda yang kita menjadi


seperti apa yang kita bayangkan. Lantas, minda menangkap apa yang
Anda fikiran dan tidak semena-mena, Anda jadi kurang bersemangat.

Perkara ini sebenarnya boleh diubah. Bagaimana? Saya kiaskan begini.

Untuk mengubah luaran, kita perlu mengubah dalaman.

Jadi, bila Anda rasa kurang bersemangat, lemah longlai, mengantuk


dan feel sleepy, bayangkan dalam minda yang Anda berubah menjadi
orang yang energetik, aktif dan bertenaga. Dalam fikiran, Anda
melihat diri Anda menjadi orang yang bersemangat!

Minda cepat menangkap bayangan visual bahkan lebih peka kepada


imaginasi yang Anda bayangkan dalam fikiran. Apa jua yang Anda
bayangkan, itu yang akan jadi.

Mulai hari ini, banyangkan diri Anda sebagai orang yang sentiasa
bersemangat dan sentiasa bermotivasi. Lama-kelamaan, ia akan
menjadi tabiat yang melekat di dalam diri Anda.

Inilah salah satu cara bagaimana orang-orang berjaya menjaga tahap


motivasi mereka..

Anda mungkin juga menyukai