Anda di halaman 1dari 2

AUDIT AKADEMIK

1. Audit Akademik (AA) adalah proses memeriksa perancangan dan pelaksanaan P&P guru serta kecukupan latihan murid. Perkara-perkara yang diaudit adalah: A. Buku Rekod Mengajar (BRM) B. Keakuran kepada RPT dan RPH C. Buku Latihan Murid 2. Prosedur A. Buku Rekod Mengajar (Borang AA 1/2009 Pin) 1. Himpun semua BRM guru 2. Periksa: 2.1 Maklumat Diri Guru Perlu dilengkapkan sepenuhnya 2.2 Jadual Waktu Peribadi Terkini dan disahkan Pengetua/Guru Besar 2.3 Jadual Waktu Kelas Terkini dan disahkan Pengetua/Guru Besar 2.4 RPT mengandungi tarikh mingguan disesuaikan dengan Takwim Sekolah dan kecukupan latihan 2.5 RPH dibuat akur dengan RPT, mencatatkan tajuk dan objektif pengajaran, catatan ringkas aktiviti dalam P&P dan refleksi (selepas P&P) 2.6 Rekod pencapaian murid TOV, ETR dan prestasi setiap ujian / peperiksaan B. Keakuran kepada RPT dan RPH (Borang AA 1/2009 Pin) 1. Merujuk kepada BRM periksa sama ada P&P menunjukkan: 1.1 Keselarasan RPH kepada RPT dari segi tarikh pelaksanaan Topik / Tajuk / Tema (+/- 2 minggu masih dikira akur); RPH mencatatkan secara ringkas aktiviti P&P dan Latihan / Kerja bertulis yang dirancang. 1.2 Kecukupan Latihan terdapat penetapan Standard Kecukupan Latihan dan latihan / kerja bertulis yang diberi akur dengan penetapan tersebut. 1.3 Ujian dan penilaian dibuat berdasarkan Jadual Penentuan Ujian (JSU) dan menunjukkan kepelbagaian jenis soalan dan kesesuaian bilangan soalan. C. Buku Latihan Murid (Borang AA 1/2009 Pin dan AA 2/2009) 1. Himpunkan semua Buku Latihan / Buku Kerja / Modul / Folio / kerja murid. 2. Periksa: 2.1 Bilangan buku latihan yang digunakan adalah mencukupi 2.2 Latihan / tugasan diberikan selaras dengan RPH 2.3 Semua buku latihan / tugasan disemak dalam tempoh dan kekerapan yang munasabah (seperti dipersetujui pada peringkat Panitia atau JK Kurikulum Sekolah) 2.4 Penyemakan kerja murid dilakukan dengan teliti 2.5 Komen guru mengenai kerja murid 2.6 Pembetulan ditegaskan oleh guru dan dilaksanakan oleh murid 3. Tentukan:

3.1 Murid menyiapkan kerja / tugasan mengikut masa, kemas dan menepati prosedur yang dianjurkan 3.2 Buku Latihan disemak / dicerap oleh Pentadbir dan komen / teguran / penghargaan Pentadbir kepada guru.

Anda mungkin juga menyukai