Anda di halaman 1dari 20

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TERHADAP PERKEMBANGAN & PERTUMBUHAN FIZIKAL & MENTAL

MOHD IKMAL BIN JAMALUDIN

PERTUMBUHAN FIZIKAL

Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus berbanding peringkat awal kanak-kanak.

Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanakkanak berusia 5 tahun dapat memukul bulu tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bulu tangkis dengan lebih baik.

Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, badminton dan sebagainya.

Dengan perkembangan yang terurus, kanakkanak berasa gembira dengan pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna.

Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalamus mereka semakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari, melompat atau bermain.

Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang, dan sebagainya. Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.

Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanakkanak perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap.

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Kemahiran asas pergerakan(kemahiran motor)


Menguasai

kemahiran mengikut kemampuan

diri(fizikal) Menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan sukan spt. Aspek keselamatan, kesihatan, pengurusan, etika dan gaya hidup.

Menjamin kecergasan fizikal.


Menghadapi

cabaran dalam kerja fizikal harian Mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan Lebih sihat dan tidak mudah cedera semasa bersukan

Peka terhadap kesihatan badan.


Tahu

mengenai kecederaan fizikal yang dialami dan cara merawatnya. BMI murid stabil(penjagaan makanan yang seimbang)

Memaksimumkan fungsi fizikal murid


Menyelaraskan

koordinasi anggota fizikal Meningkatkan fleksibiliti badan Menambah keupayaan, kekuatan dan ketahanan otot

Menghasilkan sistem tubuh badan yang berfungsi dengan baik dan berkesan Menajamkan kemahiran individu terhadap bidang yang diminati Membantu meningkatkan kefahaman muridmurid terhadap keselamatan diri, alatan dan tempat aktiviti.

Mengembangkan bakat atau kemahiran Memberi sumbangan kepada negara

PERTUMBUHAN MENTAL

Murid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan menempuh operasi konkrit dari umur 7-11 tahun manakala pada umur 12 tahun kanakkanak sudah dapat menempuhi operasi formal.

Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan dengan menggunakan kebolehan para murid untuk berfikir secara logik atau tentang sesuatu objek atau situasi. Memberikan cabaran serta teka teki untuk menyelesaikan masalah yang ada. Ketika umur 6 tahun, para murid telah dapat memahami mengenai konsep nombor.

PERKEMBANGAN MENTAL
Murid dapat berfikir secara logik mengenai sesuatu objek atau situasi. Kemahiran-kemahiran seperti menyelesaikan masalah dan mengira dapat dikuasai dengan baik. Membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri seterusnya memberi peluang dan ruang untuk mengenali diri.

Membentuk disiplin diri dan nilai afektif Membentuk keterampilan diri Perkembangan sosial yang baik Menggalakkan perkembangan otak

Mengurangkan stress

Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri murid-murid.

Mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Anda mungkin juga menyukai