Anda di halaman 1dari 4

PERKAITAN ISI KANDUNGAN ARTIKEL KAJIAN DENGAN ISU PENDIDIKAN SEMASA ORANG ASLI UNTUK MENDAPATKAN KESAKSAMAAN PELUANG

PENDIDIKAN

Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Statistik yang diambil dari sumber Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) 2004 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama, sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Terdapat beberapa isu yang boleh dikaitan dengan isu-isu semasa pendidikan orang asli yang dapat dikenalpasti antaranya:

Keciciran Anak-Anak Orang Asli Dalam Pendidikan

Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi.

Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia. Menurut artikel kajian yang telah saya pilih, terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah keciciran tersebut antaranya adalah faktor keluarga. Tahap pendidikan ibubapa yang rendah mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak orang asli.

Secara umumnya, ibubapa masyarakat orang asli masih tidak berminat dengan pendidikan. Mereka melihat sekolah sebagai suatu tempat untuk bermain dan makan.tetapi apabila mereka melihat masyarakat luar menunjukkan minat terhadap

pendidikan anak-anak orang asli, mereka sedar tentang perlunya pendidikan. (Salleh, Mohamad Johdi and Ahmad, Abdul Razaq ,2009).

Hal ini menunjukkan orang asli telah mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan, namun masih sukar mengubah persepsi mereka kerana kurangnya bantuan dan sokongan untuk pendidikan orang asli. Kebanyakkan ibubapa orang asli lebih gemar anak-anaknya untuk membantu dalam menambahkan pendapatan keluarga serta ikatan kekeluargaan yang kuat menyebabkan kanak-kanak orang asli tidak mahu berenggang dengan ibubapa mereka. Oleh itu, motivasi dan bantuan perlu diberikan kepada masyarakat orang asli terutamanya untuk ibubapa anakanak orang asli itu sendiri untuk mendapatkan kesaksamaan pendidikan kerana merekalah individu yang paling dekat dengan anak-anak mereka. Dengan mengubah budaya pemikiran dan menimbulkan kesedaran ibubapa orang asli terhadap kepentingan pendidikan untuk kemajuan keluarga mereka, secara tidak langsung ia juga mempengaruhi pemikiran dan motivasi kendiri anak-anak orang asli itu sendiri. Peranan dan tanggungjawab ibubapa amatlah penting sebagai sumber motivasi anak-anak untuk meneruskan pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.

Tahap kesedaran untuk mendapatkan kesaksamaan pendidikan yang kurang juga merupakan faktor menyumbang kepada keciciran pendidikan anak-anak orang asli. Terdapat segelintir ibubapa yang mempunyai masalah kewangan yang tidak mencukupi untuk membiayai pendidikan serta mempunyai tahap pendidikan yang rendah untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Menurut artikel kajian Salleh, Mohamad Johdi and Ahmad, Abdul Razaq (2009), hasil temubual dengan seorang bapa yang dikenali sebagai Aloi, beliau menyediakan kewangan untuk pembelajaran anaknya, namun tidak dapat membantu dalam pembelajaran dan menentukan hala tuju pendidikan anak-anak. Semua urusan pendidikan anak-anak bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan tiada kawalan dalam pendidikan anak-anak yang menjurus kepada kegagalan pendidikan anak-anak.

Selain itu, pemakanan yang tidak sesuai yang diberikan oelh ibubapa juga mempengaruhi tahap pencapaian pendidikan. Ini kerana makanan yang baik dan berkhasiat mamapu tahap kecerdasan akal. Makanan seperti katak, ular, megkarung dank era yang mana makanan ini sangatlah tidak elok untuk kecerdasan akal perlu dielakkan. Oleh itu,peranan keluarga terutamanya ibubapa amat penting untuk memastikan kemajuan pendidikan dalam kalangan orang asli.

Kemunduran Kemudahan Infrastruktur Dan Teknologi

Kemajuan sistem pendidikan kini dan kekurangan kemudahan di kawasan tempat tinggal orang asli akibat kedudukan geografi orang asli kebanyakan di pendalaman juga merupakan isu dalam pendidikan orang asli. Kedudukan yang terpencil menybabkan mereka jauh dari kemudahan awan seperti pengangkutan dan perhubungan(komunikasi). Oleh hal yang demikian, mentaliti orang asli iaitu malas berusaha untuk mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka akibat kekurangan kemudahan tersebut.

Selain

itu,

kebanyakkan

pembelajaran

dan

peluang

pendidikan

yang

memerlukan akses internet juga membantutkan peluang anak-anak orang asli untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi contohnya ke menara gading. Kebanyakkan daripada mereka masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang hak pendidikan mereka dan tidak mengetahui cara untuk memohon bantuan bagi memohon dan membiayai pengajian mereka. Oleh itu, pendedahan awal kepada bukan sahaja anak-anak orang asli malah masyarakat orang asli itu sendiri terhadap hak-hak pendidikan mereka supaya tidak terus ketinggalan ditelan arus zaman.

MUTU PENULISAN ARTIKEL Melalui pembacaan artikel kajian ini, keseluruhannya, ianya ditulis dengan baik. Namun terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menjadikan ia lebih mudah difahami dan infomatif supaya pembaca tidak mudah keliru. Hal ini kerana, saya telah mengesan pengulangan isi dalam artikel kajian ini seperti penerangan tentang kedudukan geografi orang asli yang menjadi faktor kegagalan pendidikan orang asli. Ia telah diterangkan pada awalnya di bawah kajian melalui pemerhatian iaitu tajuk Faktor Geografi pada awal arktikel ini namun, ianya dijumpai lagi setelah meneruskan pembacaan di bawah dapatan kajian melalui temubual iaitu ditulis dengan sub topik Halangan Geografi. Pada pendapatan saya, ianya boleh digabungkan untuk menjadi satu untuk memudahkan pembacaan dan mengelakkan daripada kekeliruaan. Selain itu, saya juga mengalami kesukaran untuk melihat dan memahami hasil data kajian soal soal silidik yang diperolehi. Gaya persembahan data mungkin boleh dilakukan dalam bentuk graf ataupun carta pie untuk pembaca melihat lebih jelas perkaitan hasil soalan yang diberikan. Tambahan lagi, setelah saya mengetahui faktor-faktor kegagalan anak-anak

orang asli yang diterangkan secara menyeluruh, saya juga sangat teruja untuk mengetahui faktor yang mendorong pembelajaran mereka. Walaupun ada dinyatakan di dalam artikel kajian tersebut, tapi ianya hanya diterangkan secara umum. Saya merasakan, ianya lebih baik dan menarik jika faktor yang mendorong pembelajaran orang asli dikupas dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, ianya sangat penting bagi saya untuk mengetahui semua hal tersebut sebagai persediaan diri untuk masa depan kelak.

Anda mungkin juga menyukai