Anda di halaman 1dari 4

JURNAL REFLEKTIF MINGGU PERTAMA

(1 APRIL 2013 - 5 APRIL 2013)

NAMA PELAJAR

: MUNIRAH BINTI MUSTAFA

OPSYEN/ KUMPULAN : SAINS/ T3 S5 SN2 NAMA SEKOLAH TARIKH : SEKOLAH KEBANGSAAN JELUTONG : 6 APRIL 2013

1. MASALAH/ ISU/ PERISTIWA Sepanjang minggu pertama saya berapa di sekolah, masalah yang saya kesan adalah masalah membaca dan menulis bagi murid-murid tahap dua yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Hal ini saya sedar semasa saya menggantikan kelas pada hari pertama saya di sekolah ini. Saya telah menggantikan kelas sains tahun 5 Gemilang dan telah menugaskan mereka untuk membaca dan menghafal visi dan misi sekolah. Kelas ini merupakan kelas kedua untuk tahun 5. Namun begitu, terdapat pelajar yang menyatakan bahawa dia tidak reti membaca apa yang terdapat di hadapan. Pada kali kedua saya menggantikan kelas tersebut, saya dapati murid berkenaan juga sukar untuk menyalin apa yang saya sebut. Ini mungkin berkaitan kerana murid ini tidak pandai mengeja,oleh itu, dia mengalami kesukaran untuk menulis ayat yang diberikan.

2. PANDANGAN DAN PERASAAN TERHADAP MASALAH / ISU / PERISTIWA Sesungguhnya masalah sebegini mengejutkan saya kerana mereka merupakan calon UPSR pada tahun hadapan. Saya berasa sedih kerana murid berkenaan berusaha untuk melaksanakan tugas yang diberikan walaupun lambat dan meminta tolong rakanrakannya untuk menyalin kembali apa yang dia ketinggalan serta menyuruh rakannya

membacanya semula untuk memahaminya.. Masalah seperti ini sememangnya akan memberi kesan kepada murid yang berkenaan untuk menjawab soalan kelak. Pada pandangan saya, perkara ini sepatutnya di atasi dari awal dan bimbingan dari guru pada saat ini adalah sangat diperlukan oleh murid berkenaan. Saya telah nampak inisiatif guru untuk kelas ini dengan meletak murid tersebut betul-betul di hadapan meja guru supaya perhatian diberikan kepada murid yang berkenaan.

3. ANALISIS MASALAH / ISU / PERISTIWA 3.1 PUNCA/SEBAB Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu : i. Faktor fizikal ii. Faktor kognitif dan bahasa iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

i. Faktor Fizikal Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).

ii. Faktor Kognitif dan Bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

iii. Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.

3.2 KEKUATAN / KELEMAHAN Masalah sebegini menjadi kelemahan kepada bukan sahaja pihak sekolah untuk mendapat keputusan UPSR yang baik malah ia akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada murid-murid itu sendiri. Murid akan ketinggalan dalam pembelajaran dan ini merugikan mereka. Selain itu, keyakinan diri murid juga rendah apabila guru melakukan aktiviti yang melibatkan bacaan ataupun menulis.

4. CADANGAN IDEA UNTUK MENYELESAIKAN ISU Kelas pemulihan dan latih tubi untuk murid seperti harus dilakukan. Kelas pemulihan seharusnya diteruskan untuk murid yang tidak mahir membaca dan menulis untuk semua tahap umur dan bukan untuk murid-murid tahap 1 sahaja. Selain itu, sebagai cadangan,penerapan budaya membaca di mana sahaja harus dijalankan sepanjang tahun bagi menggalakkan minat murid terhadap pembacaan. Bahan bacaan yang terdiri dari pelbagai jenis tidak kira komik mahupun majalah haruslah disediakan untuk oleh pihak sekolah terutamanya pihak pusat sumber untuk menggalakkan budaya membaca di sekolah dan secara tidak langsung akan mengurangkan masalah membaca dalam

kalangan murid kerana mereka akan terikut-ikut dengan budaya tersebut dan berusaha untuk membuat bacaan.

5. TEMPOH MASA YANG DIBERIKAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU. 1 APRIL 2013 hingga 7 APRIL 2013. (7 hari)

6. PERLAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN Saya telah menyurah rakannya membantu murid yang bermasalah tersebut apabila terdapat aktiviti menulis atau menyalin apa yang saya ajari. Saya juga selalu mengawasinya supaya dia terus menumpukan perhatiannya dalam p&p pada hari tersebut dan cuba membuat aktiviti yang kurang melibatkan bacaan dan menulis selepas ini supaya murid yang berkenaan tidak berasa terpinggir dan seronok belajar di dalam kelas saya.

7. TINDAKAN SUSULAN Saya telah cuba mengingati nama-nama murid yang mempunyai masalah membaca dan menulis supaya selalu memanggil mereka untuk memberi jawapan secara lisan. Sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui mereka memberi perhatian atau tidak semasa p&p berlangsung dan sekali gus merapatkan hubungan saya dengan murid tersebut.

Anda mungkin juga menyukai