Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di


seluruh Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

2. Sekolah digalakkan untuk menggunapakai Modul Latihan Kelab


Kitar Semula yang diterbitkan oleh SWCorp sebagai panduan dalam
melaksanakan aktiviti kitar semula.

3. Pertandingan melibatkan 3 fasa :

3.1 Fasa 1 : Pendaftaran

3.1.1 Tempoh pendaftaran mulai 1 April 2022 hingga


31 Mei 2022; dan

3.1.2 Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang:


www.swcorp.gov.my/perkiss.

3.2 Fasa 2 : Pelaksanaan Program/Aktiviti

3.2.1 Pelaksanaan aktiviti kutipan barangan kitar semula dan


pembudayaan amalan 3R oleh warga sekolah akan
diambil kira bermula dari tempoh 1 Ogos 2021 hingga
30 Ogos 2022;

3.2.2 Pembuktian bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan


hendaklah dikemukakan dalam Sistem Perkiss di pautan
www.swcorp.gov.my/perkiss. Berikut adalah di antara
perkara-perkara yang wajib dimuat naik dalam sistem
PerKISS:

3.2.2.1 Laporan kutipan barangan kitar semula dan


resit jualan barangan kitar semula;

3.2.2.2 Pautan program/aktiviti yang


dilaksanakan melalui platform digital seperti
facebook, instagram, twitter, zoom dan
sebagainya;
PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH

3.2.2.3 Video pembuatan produk inovasi dari barang


kitar Semula dengan menyertakan pautan
google drive atau sosial media sekolah; dan

3.2.2.4 Pautan gambar program/ aktiviti yang dimuat


naik ke laman media social seperti
facebook/instagram/twitter dan tag akaun
media sosial SWCorp iaitu:
 Facebook : Perbadanan Pengurusan
Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam

 Instagram : swcorp_my

 Twitter : swcorp_my

3.3 Fasa 3 : Penilaian Akhir

3.3.1 Tempoh penilaian adalah mulai 1 September hingga


14 Oktober 2022; dan

3.3.2 Penilaian akhir akan dilakukan ke atas sekolah yang telah


disenarai pendek. Pihak sekolah perlu menyediakan
dokumen pembuktian bagi tujuan penilaian (tertakluk
kepada pindaan dari semasa ke semasa).

4. Setiap maklumat hendaklah sahih. Sekiranya pihak penganjur


mendapati terdapat mana-mana syarat yang tidak dipatuhi, pihak
penganjur berhak untuk menggugurkan penyertaan sekolah tersebut.

5. Penganjur berhak untuk tidak memilih dan menganugerahkan mana-


mana pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan
sekiranya didapati sekolah-sekolah bertanding tidak layak atau tidak
memenuhi kriteria pertandingan yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai