Anda di halaman 1dari 5

ISL MIGGU 4 IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP P&P IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN

Perhubungan antara ransangan dengan gerak balas kerap berlaku dalam situasi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Tingkah laku murid kadang-kadang berusul daripada ikatan R-G dan kesan daripada pertalian dan peneguhan.

PERHUBUNGAN : PEMBELAJARAN MELALUI PERHUBUNGAN Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku apabila perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Melalui kaedah pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang lain, satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain (gerak balas) dapat diingatkan. Proses perhubungan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut :

PENGULANGAN

Memadankan ransangan dengan gerak balas yang betul secara berulang-ulang dapat menghasilkan pembelajaran. STEREOTAIP

Pembelajaran boleh menghasilkan kesan kukuh pada diri seseorang untuk membuat sesuatu atau menhinterpretasikan sesuatu perkara. Misalnya, cara menyimpan alat selepas digunakan; atau cara menyelesaikan masalah matematik yang sama jenis. Contohnya : x + 4 = 8, jadi x = 8 4 = 4. Seterusnya dapat menyelesaikan 2y 2 = 6.

PELAZIMAN

KLASIK

MENGHASILKAN

GERAK

BALAS

AUTOMATIK

DENGAN RANSANGAN BARU Manusia dan haiwan dapat belajar cara untuk bergerak balas secara automatik terhadap ransangan yang dahulunya tidak memberi kesan kepadanya. Contoh proses pembelajaran ini termasuklah gerak balas emosi seperti takut dan seronok serta gerak balas fisiologi seperti ketegangan otot. Gerak balas luar kawal ini boleh dipelajari dan menjadi suatu kebiasaan supaya ia akan berlaku secara automatik dalam situasi tertentu.

Misalnya seorang kanak-kanak pada mulanya sangat suka menaiki basikal tetapi selepas mengalami suatu kemalangan teruk dengan basikal itu, dia menjadi sangat takut pada basikal dan tidak mahu menaiki basikal lagi. Basikal yang merupakan ransangan neutral pada mulanya sekarang membawa garak balas takut secara automatik. Contoh-contoh lain dalam pembelajaran negatif termasuklah benci pada sekolah kerana sesuatu kekecewaan yang dialami di sekolah, jatuh sakit semasa menjalani ujian kerana pernah mengalami kegagalan sebalum ini dan didenda akibat kegagalan itu.

Misalnya, jika seseorang pelajar itu selalu memperolehi pencapaian cemerlang di sekolah, dia akan sentiasa mempunyai keyakinan menghadapi tugas pembelajaran yang baru. Begitu juga murid-murid yang berjaya dalam algebra akan lebih bersedia dan lebih yakin untuk mencuba trigonometri. Ini dapat dilaksanakan seperti berikut : PENCEGAHAN

Untuk mencegah perkembangan tindak balas emosi yang negatif dalam situasi sekolah, guru haruslah menghubungkaitkan ransangan positif dengan pengalaman di sekolah. Misalnya, mewujudkan suasana yang selesa dan menarik dalam bilik darjah dan sekolah. Guru juga harus menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan pembelajaran.

PEMULIHAN Apabila seseorang mengalami perasaan takut atau bimbang terhadap sesuatu aspek sekolah, prinsip pemusnahan boleh digunakan untuk menghapuskan perasaan negatif itu. Cara ini boleh menggalakkan pelajar menghadapi situasi masalah tersebut tetapi guru haruslah memastikan perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku. Misalnya, jika seorang pelajar takut untuk memegang cacing tanah, pelajar itu hendaklah menyentuh cacing itu sekiranya guru pasti tindakan itu tidak akan menimbulkan kesan yang negatif. Selepas beberapa kali menyentuh cacing, pelajar itu akan berani memegang cacing apabila perasaan takut itu dapat dihapuskan.

PENGHAPUSAN BERANSUR Kadangkala perasaan takut yang dialami oleh pelajar tidak dapat dihapuskan dengan serta-merta kerana pelajar tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Kebimbangan ini akan terus mengganggu pembelajaran pelajar itu menyebabkan masalah yang dihadapi bertambah berat. Satu cara menyelesaikan masalah itu ialah dengan menghapuskan perasaan takut secara beransur-ansur. Misalnya, sekiranya seorang murid itu takut menhadapi ujian, guru bolehlah memberikan pelajar ini tugas ringkas, kuiz kumpulan, soalan pendek dan aktiviti penilaian dalam kumpulan kecil. Apabila pelajar itu telah bersedia dan merasa yakin barulah dia disuruh menjalani uijian.

Pelaziman klasik memberi garis panduan bagi proses pengajaran dan pembelajaran seperti berikut : o Menghubungkaitkan perkara-perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan pembelajaran. o Menggalakkan pelajar berdamping dengan situasi yang menakutkan sekiranya tindakan itu tidak menimbulkan hasil yang negatif. o Sekiranya perasaan takut yang dialami murid mencapai tahap yang serius, rangkakan langkah-langkah kecil untuk menyelesaikan secara beransur-ansur.

o Membantu murid membezakan keadaan yang dapat menyebabkan sesuatu tingkah laku sesuai atau tidak sesuai. PELAZIMAN OPERAN : MENCUBA GERAK BALAS BARU

Kadangkala dalam proses pembelajaran, pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses itu. Tindakan sengaja ini berlaku kerana pelajar itu beroperasi dalam persekitaran. Tingkah laku (apa jua pergerakan) tindakan sengaja yang semakin bertambah kekerapannya disebut operan. Pelaziman operan pula merupakan satu proses pembelajaran yang melibatkan tingkah laku tindakan sengaja itu diulang pada masa hadapan. Misalnya, seorang pelajar akan lebih rajin membuat sesuatu tugasan sekiranya kegiatan ini dapat menghasilkan ganjaran atau pujian.

Kesan atau akibat daripada tingkah laku pelaziman operan disebut peneguhan. Peneguhan dapat menambahkan kekerapan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif merujuk kepada kehadiran sesuatu ransangan yang digunakan untuk menghasilkan tingkah laku yang diingini, misalnya ganjaran wang, hadiah dan pujian. Peneguhan negatif melibatkan penghapusan ransangan yang tidak diingini untuk menggalakkan hasil tingkah laku yang dikehendaki. Penghapusan ransangan negatif juga menambahkan kekerapan tingkah laku itu. Misalnya, seorang murid akan menyiapkan tugasannya dalam masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada dimarahi oleh guru. Ransangan dimarahi merupakan peneguhan negatif. Peneguhan positif melibatkan penambahan sesuatu ransangan tetapi peneguhan negatif pengurangan ransangan itu. Malah kedua-dua peneguhan ini menggalakkan sesuatu tingkah laku berlaku dengan lebih kerap lagi.

Perlu diingatkan bahawa peneguhan negatif berbeza daripada denda. Denda digunakan untuk mengurangkan atau menghalang sesuatu tingkah laku. Sesuatu tingkah laku itu diandaikan tidak akan berulang lagi selepas denda dikenakan. Denda boleh dilaksanakan dalam dua cara untuk menggalakkan pembelajaran. Pertama menggunakan satu ransangan untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. Misalnya memberikan tugasan tambahan kepada murid, mendenda

murid berlari keliling padang, atau merotan. Kedua ialah denda yang berkaitan dengan melucutkan sesuatu ransangan. Guru atau ibu bapa tidak memberikan sesuatu keistimewaan kepada anak-anak yang tidak berkelakuan baik. Misalnya, anak itu tidak dibenarkan menonton televisyen selama seminggu.

Contoh Contoh

: :

Dikecualikan Tidak

daripada

membuat

latihan

Perlucutan selama

denda

dibenarkan

menonton

televisyen

seminggu

Tingkah laku juga boleh dipengaruhi oleh kata petua sebelum ia berlaku. Petua ialah tindakan memberi ransangan sebelum sesuatu tingkah laku berlaku dengan tujuan untuk memperolehi corak tingkah laku itu. Dalam pembelajaran bilik darjah, guru boleh mengingatkan murid dengan kata petua seperti untuk menyelesaikan masalah ini, sila rujuk kepada ...... Apabila murid melakukan tingkah laku yang sesuai dengan berpandukan petua itu, guru hendaklah memberi peneguhan ke atas pencapaian murid untuk menggalakkan pembelajaran lanjutan.

Sebagai rumusan, pelaziman operan dapat dilaksanakan dalam bilik darjah dengan cara-cara berikut : Pastikan peneguhan diberikan bagi tingkah laku positif dalam bilik darjah. Berikan peneguhan yang banyak semasa mewujudkan tingkah laku yang baru. Selepas tingkah laku baru diwujudkan teruskan memberi peneguhan untuk memelihara kesinambungan tingkah laku itu. Gunakan petua untuk membina tingkah laku baru.

Anda mungkin juga menyukai