Anda di halaman 1dari 5

Maka segala makmum pun takbirlah.

Barulah imam membaca Fatihah, maka sipahi yang keempat itu pun datanglah lalu diparangnya leher jauhari itu putus terpelanting pada kaki Jibor itu. Maka Jibor pun terkejut lalu ia melompat. Maka segala orang yang sembahyang itu pun habis pecahlah lari. Maka sembahyang itu pun menjadi batallah, sekalian makmum itu pun pecah belah, tiada berketahuan, hanya yang tiada batal itu imam dengan Sabor juga. Setelah tamatlah sembahyang kedua mereka itu, maka Sabor pun baharulah tahu akan fitnah itu daripada Saidah juga. Maka Jibor pun terlalu hairan melihat Sabor tiada mati itu, sekoyongkoyong akan jauhari juga mati, maka adalah ia berdosa dari dahulu dengan saidah itu; sebab itulah mati. Maka lalu Jibor pun berfikir di dalam hatinya, takut benar juga saudaraku Sabor itu; maka ia dilepaskan Allah subhanahu wataala daripada bala itu. Maka segala saudara jauhari pun datanglah dengan keris lembingnya mari bertanya kepada Jibor. Maka kata Jibor, tiada hamba ketahui. Maka mayat jauhari itu pun diambil oranglah dibawanya ke rumahnya itu, seraya menyiasat orang membunuh jauhari itu. Maka tiadalah dapat orang membunuh itu. Maka mayat jauhari pun ditanamkan oranglah, seperti cara agama Islam.

Setelah sampai tujuh tahun, maka waktu Temenggung Muar menghadap ke Johor, dibawanya anak raja itu, dipertemukan dengan Laksamana. Dan serta sampai Temenggung Muar di Johor kepada Laksamana, maka diambil Laksamana. Dan selama anak raja itu di Johor, sehari-hari ia bermain di makam paduka ayahanda di Kota tinggi. Dan segala budakbudak mengikut pergi. Serta sampai di makam itu, anak raja itu makan rumput, dan budak-budak lain hendak mengikut, semuanya mutah akan darah. Menjadi lahirlah khabar itu. Maka kedengaranlah kepada Yang Dipertuan Muda, orang menyembahkan, ada budak, rupanya bagaimana pinang dibelah dengan Paduka marhum yang mangkat. Dan segala budak-budak hendak mengikut, tiada boleh naik ke atas makam itu, sakit, muntah akan darah. Dan Yamtuan Muda pun menyuruh mencari budak itu. Maka kedengaranlah kepada laksamana, mengatakan hal anak raja itu, sudah diketahui orang. Maka Laksamana maufakat dengan Raja Negara, mengatakan hal anak raja itu, sudah diketahui oleh Yamtuan Muda. Baiklah kita suruh larikan. Jikalau saudara kita, Temenggung Muar, membawa ke Muar, nescaya tahu juga orang, kerana anak raja itu sudah dikenal orang. Maka Temenggung Muar pun menyerah akan bicara kepada laksamana. Maka Laksamana pun mencari orang yang boleh membawa anak raja itu. Dan ada nakhoda, orang Minangkabau, Nakhoda Malim namanya, bersahabat dengan Laksamana. Maka Laksamana pun fikir, Baiklah aku beri akan anak raja ini, boleh dibawanya. Maka laksamana pun lalu memanggil Nakhoda Malim.

* ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. * banyak ayat pasif * menggunakan bahasa istana

* kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) * banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. * ayat songsang * banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Maka Dara Zulaikha Tingkap pun menyuruh keluarkan kuda itu dan diberikan dengan kekangnya dan pelananya. Maka Perman Isap dua dengan Orang Tikar itu, maka kedua mereka itu pun bersegera keluar membawa kuda itu kepada Tun Beraim Bapa, maka sultan pun berangkatlah keluar ke medan akan melihat Tun Beraim Bapa bermainmain itu. Maka dilihat oleh Tun Beraim Bapa sultan keluar itu, maka Tun Beraim Bapa pun berdiri dengan khidmatnya di hadapan sultan itu lalu ia sujud. Maka sultan pun bersabda kepada Bermamat P.nti dan Maidana P.nti. Katakanlah kepada anakku Si Beraim Bapa, aku menyuruhkan ia menaiki kuda itu di hadapan jamu helat asing, tandilnya lasykar pendekar Keling itu, suruh pacu kudanya itu ke Tukas. Maka Bermamat P.nti dan Maidana P.nti pun menjunjungkan sabda yang maha mulia itu kepada Tun Beraim Bapa. Ya tuanku Tun Beraim Bapa, sabda paduka ayahanda naiklah tuanku ke atas kuda itu di hadapan jamu orang helat asing lasykar pendekar Keling itu. Maka Tun Beraim Bapa pun menyembah sultan, lalu baginda naik ke atas kudanya. Maka dipacunya lalu ditarikkannya di medan. Maka ia pun berkhidmat pada sultan, tetkala akan naik kuda itu, maka dipacunya pula. Maka (kuda) itu pun bangkit lalu ke udara. Maka dipacunya pula lalu dihalakannya pula ke Tukas. Maka dengan seketika itu juga lenyaplah daripada sultan.

Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lufti Abbas. (1988). Nahu penambah bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Maimunah Hj Omar. (1993). Bahasa, Format Penulisan dan Tatacara Penyampaian Ceramah, Ucapan dan Taklimat. Shah Alam. Institut Teknologi Mara.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (1992). Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1993). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai