Anda di halaman 1dari 13

Hikayat Tamim Ibn Habibul Al-Dhari

Tamim Ibn Habibul Dari adalah salah seorang sahabat Nabi S.A.W. di mana kisah yang
di paparkan ini adalah asalnya daripada Kitab Tarikh al-Hijrah. Salah satu Kisah Hikayat
yang masih boleh di dapati lagi hingga ke hari ini di pasaran dengan tajuk Hikayat
Tamim Al-Dari. Sungguhpun kisah yang ada di dalamnya telah di golongkan sebagai
cerita donggeng orang dahulu tetapi wajiblah kita selidiki dahulu sebelum berbagai
andaian yang di buat. Masakan kisah sahabat Nabi sendiri beserta sabda yang dikeluarkan
diandaikan sebagai donggeng. Dan yang penting sekali ada sesuatu yang tanpa disadari
telah di sampaikan buat panduan untuk kita sebagai umat terkemudian.

Kita mulakan kisah ini di zaman Rasulullah s.a.w duduk di dalam satu majlis di masjid
Madinah.Pada ketika itu ramailah dari kalangan keluraga dan para sahabat Rasulullah
hdir bersama dan duduk di dalam majlis itu. Setelah itu bersabdalah Nabi s.a.w., 'wahai
segala sahabatku yang ada di sini, adalah seorang di antara tuan-tuan ini, ada
seorang lelaki yang hidupnya sampai melihat keindahan di dalam syurga dan segala
yang ajaib-ajaib di bawah langit dan juga di dalam bumi. Setelah itu maka nanti ia
kembali pula ke rumahtangganya dan bertemulah ia dengan anak dan isterinya. '

Lalu dijawab oleh segala sahabat, ' Siapakah agaknya yang beroleh kurnia ALLAh
s.w.t antara kami ini? ' Maka sabda pula Rasulullah s.a.w. "Wahai sahabatku
sekalian, tiada bolehlah aku katakan dari kerana tiada firman ALLAH Taala dapat
mengatakan siapa-siapakah ia " Kemudia terfikirlah segala sahabat masing-
masing, sangka-menyangkakan akan diri mereka yang beroleh kurnia itu. Setelah
itu segala sahabat pun hendaklah bermohon diri kepada Rasulullah s.a.w.

Maka disabdanya pula kepada segala sahabatnya, " Wahai sahabatku bahawa
janganlan kamu sekalian ini suka pergi kepada telaga itu pada malam hari dengan
seorang dirimu itu. Oleh kerana pada setiap telaga itu ada penunggunya, Jin itu
bermain-main dan membayang-bayangkan dirinya dan mintalah kamu ditemani
juga pada seorang lelaki atatu perempuan. Sesiapa yang mahu berhajat maka
pergilah dan jikalau bertemu dengan jin itu nescaya diharu-birunya menjadi suatu
penyakit bahaya dunia kepada sekaliannya. " Kemudia kembalilah mereka masing-
masing ke rumah.

Setelah beberapa tahun lamanya perkara itu tiada juga seorang pun yang mendapat seperti
apa yang disabdakan Nabi s.a.w. itu. Sehinggalah wafatnay baginda dan kembali
Amirulmukminin Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulullah s.a.w. menjadi Khalifah
hinggalah beberapa tahun lamanya tiadalah kedengaran seperti apa yang disabdakan oleh
baginda itu.Maka segala sahabat yang mendengar akan sabda baginda itu telah banyaklah
yang lupa dan lalai akan pesan Rasulullah itu. Hinggalah kepada suatu masa di mana
Amirulmukminin Saidina Umar di angkat menjadi Khalifah memegang tampuk
pemerintahan Islam pada masa itu.

Maka adalah seorang lelaki yang bernama Tamim Habibul Al-Dari daripada kaum Ansari
iaitu orang Madinah terjadilah satu peristiwa di mana beliau hendak pergi mandi di
sebuah telaga. Berkatalah ia pada isterinya Siti Khaulah, "Ayuhai isteriku yang budiman,
kemarilah kamu menemani aku ini. Aku hendak pergi mandi pada telaga itu pada malam
ini." Berkatalah pula isterinya ," Mengapakah engkau ini, bukankah engkau ini laki-laki
dan meminta pula aku menemani mu? " Maka dijawab pula Tamim, " BUkan kerana itu
bahkan aku mendengar akan sabda Rasulullah s.a.w. bahawa jangan sekali-kali pergi
mandi pada telaga itu pada malam hari seorang diri, kerana tiap-tiap telaga itu tempat jin
bermain-main, sebab itulah maka hamba minta temankan kepada tuanhamba."

Kemudian dijawab pula Siti Khaulah, "sahajalah penakut laki-laki ini dan lelaki apa yang
penakut seperti ini." dan banyaklah kata-katanya kepada suaminya itu dengan bersenda
gurau lalu ia pun berkata, "Hai jin tangkaplah lelaki yang penakut ini." Tamim pun
pergilah ke telaga itu seorang diri maka dengan takdir ALLAH s.w.t. dilihatnyalah ada
seorang jin yang amat hitam rupanya serta dengan besar panjangnya sekira-kira saujana
mata memandang jauhnya.Lalu disambarnyalah Tamim Al-Dari itu lalu diterbangkannya
sehingga sampai kepada bumi yang empat lapis,di sanalah dihantarkannya. Tamim terlalu
hairan dan menangis mengenangkan akan isterinya dan insaflah dia sebab tiada lagi
mendengar suara manusia kerana tempat itu adalah negeri jin kafir yang dilaknat
ALLAH. Tinggallah ia di sana beberapa tahun lamanya...
Siti Khaulah yang terlalu sedih di atas perbuatannya sendiri kerana bergurau
menyuruhkan Jin Afrit melarikan suaminya iaitu Tamim Al-Dari yang dikatakan sebagai
sangat penakut.Akibatnya dia terpaksa menangung penderitaan lahir dan batin sejak
ketiadaan suaminya itu. Sekian lama menunggu namun Tamim Al-Dari tidak juga
pulang, lalu Siti Khaulah pergi menemui Saidina Umar al-Khattab untuk menyatakan
hasrat hatinya yang ingin berkahwin lain dengan menetapkan syarat-syart tertentu seperti
lelaki bakal suaminya mestilah dari bangsanya sendiri,salih dan mengikut perintah
Khalifah Umar. Saidina Umar meminta beliau bersabar dan kalau benar-benar mahu
bersuami,dia seharusnya beriddah kematian suami iaitu selama 4 bulan dan 10 hari.
Setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan itu Siti Khaulah pun berkahwin dengan
lelaki bernama Hadri dengan perbelanjaan perkahwinan diuruskan oleh Saidina Umar
sendiri.

--------------------------

Balik kepada kisah Tamim Al-Dari yang diculik jin lalu diamlah dia di bawah lapisan
bumi yang ke-empat itu,maka berfikrilah dia untuk melepaskan dirinya. Dalam dia
berfikir kemudian terdengarlah akan suara orang mengucapkan selawat akan Nabis s.a.w.
dan tahmid,tahlil dan juga takbir membesarkan ALLAH s.w.t.

Maka terkejutlah Tamim dan terlalu sukalah dia apabila mendengar akan takbir,tahlil dan
tahmid itu dengan harapan dapatlah dia melepaskan diri dari penjara jin kafir itu.

Adapun yang memuji tuhan itu adalah jin Islam juga yang namanya A'wat datang dia ke
negeri jin kafir itu kerana hendak berperang fisabilullah. Dan apabila didengari oleh jin
kafir itu akan suara tersebut dia pun mengerahkanlah segala balatenteranya berlengkaplah
dengan senjata. Tatkala itu keluarlah Tamim ke satu kawasan yang amat luas dan beliau
mengekori akan suara yang memuji tuhan tadi. Apabila bertembung akan kedua pihak
antara jin Islan dan Kafir itu, tidaklah dapat menahan kesabaran akan Tamim lalu beliau
pun mengucap akan kalimah syahadah lalu di dengari oleh Jin Islam akan Tamim
mengucapkan syahadah itu,bersegeralah Raja jin Islam itu menyuruh melihat antara jin
kafir itu sesiapa yang Islam ada bersama mereka.

Kemudian disuruh oleh Raja jin Islam kepada hulubalangnya memeriksa jika ada orang
Islam di dalam kafir itu dan bawakan dia kepadanya.Maka dirempuhlah akan hulubalang
tersebut ke dalam jin kafir itu dengan bersungguh-sungguh dan di dapatinya tiada sesiapa
hinggalah terpandang dia akan Tamim dan merasa ajaibsekali bagaimanakah Tamim
boleh sampai ke sini. lalu ditangkapnya Tamim itu dan diletakkan dibahunya dan bawa
sampai ke hadapan Raja jin tadi . Disambutlah akan Raja jin Islam itu diciumnya tangan
Tamim seraya berkata, "Apa bangsamu dan siapa kaummu dan engkau ini Arabkah atau
Ajamkah ?" Maka dijawab oleh Tamim ,"Aku ini daripada kaum Ansari dan bangsa Arab
dan lagi hamba sahabat Rasulullah s.a.w."

Maka berkata pula Raja jin itu, "Apa nama negerimu itu dan sebab apa engkau sampai ke
mari ini ke dalam negeri jin kafir di bawah bumi yang ke-empat ini?" Di jawab oleh
Tamim pula ,"Adapun negeri hamba itu madinah." di ceritakanlah dari mulanya sampai
kepada ia diterbangkan oleh jin itu. Apabila di dengarnya akan cerita Tamim maka
tersangat belaslah ia seraya berkata kepada segala askar dan isi rumahnya, " Janganlah
sekalian kaumku memeliharakan sahabat Rasulullah s.a.w ini,biarlah aku memeliharakan
dia kerana aku hendak mengambil syafaat Rasulullah s.a.w itu pada hari yang kemudian,
kalau-kalau aku beroleh mendapat kesenangan." Kemudian ditanya pula akan Raja jin itu
akan tamim adakah dia hafaz Al-Quran dan di jawab Tamim bahawa dia hafaz Quran dan
dibacanya ayat daripada Al-Quran surah Al-Haj ayat 1 dan 2. yang bermaksud ;

[1] Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari
kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
[2] Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu
penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang
mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat
manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah
berat, mengerikan.

Maka tatkala di dengar oleh Raja jin itu serta dengan segala askarnya darihal tamim
membaca Al-Quran itu maka ia pun menangislah dengan segala askarnya dengan tangis
yang amat sangat sehingga pengsan mereka itu sekaliannya. Setelah sadarnya mereka dari
pengsan itu maka berserulah akan Raja Jin kepada askarnya," Hai segala kamu yang
Islam berperanglah kamu dengan bersungguh-sungguh hati kamu itu, janganlah kamu
berundur dan lari lagi dan jikalau kamu mati sabilullah itu maka diperolehi kamu. Jikalau
hiduplah kamu itu dimenangkan ALLAH s.w.t. daripad perangnya."

Maka bangunlah Raja jin Islam itu daripada tempat tidurnya dan katanya pada
Tamim,"Ayuhai sahabat Rasulullah s.a.w. berilah olehmu daripada syafaat Rasulullah
s.a.w.." kemudian sabda Tamim ibn Habibul Dari kepada sekalian tenteranya jin Islam
yang banyak itu,katanya, " Ayuhai sahabatku janganlah kamu lupakan ALLAH s.w.t. dan
penghulu kita itu Nabi Muhammad s.a.w.seraya mengajarkan mereka akan doa tawakkal
kepada ALLAH. Bacalah sekaliannya akan ajaran Tamim itu dan riuh rendahlah sekalian
jin Islam itu membaca danmelafazkan doanya. setelah selesai semuanya maka sabda
Tamim ibnHabibul Dari kepada Raja Jin Islam, "Hai A'wat apalah lagi dinantikan akan
suatu lagi pekerjaan biarlah bersegera sedikit sebab pekerjaan pahala atas ALLAH s.w.t.
Maka sabda Raja Jin Islam pula, "Hai Tamim adapun akan kita ini rakyatku sedikit
orangnya dan rakyat Jin kafir itu banyaknya tiadalah boleh dikira-kirakan banyaknya dan
tiada bernisabkan lagi, itulah yang hamba khuatirkan." Disabdakan Tamim pula , " Hai
awat apalah kenanya kamu melupakan ALLAH s.w.t. itu dan janganlah kamu takut dan
gementar akan kafir itu yang dilaknatkan ALLAH s.w.t."

Maka diceriterakan pula akan perihal jin kafir alaihi laknat itu kepada sekalian bala
tenteranya," hai sekalian kamu semua sudahkan engkau sekalian in berlengkapp daripada
alat dan senjatamu," Maka dijawab pula oelh hulubalang yang amat gagah berani serta
tinggi besarnya seperti gunung,kepalanya seperti kepala lembu dan mulutnya seperti
mulut naga,maka katanya kepada Raja jin kafir alaihi laknat, "Hai tuan kami,apalah
gunanya tanyakan senjata peperangan ini,adapun kami siapkan kenaikannya dan segala
permainannya dan bunyi-bunyian."

Berkata pula Raja Jin kafir itu kepada hulubalangnya," Apa sebabnya kamu tiada siapkan
senjata itu?" di jawab pula oleh hulubalang itu, " Adapun Islam itu tiada patut kita
melawan kepadanya dengan alat peperangan itu, jikalau dengan permainan kita ini
sekalipun tak dapat tiada kita menang daripadanya itu,adapun segala Islam itu tiadalah
berapa banyak," diamlah Raja Jin itu apabila dijawabkan oelh hulubalangnya perihal
kekurangan tentera Islam itu.Kemudian emnantilah Raja Jin Islam itu untuk meminta
kebenaran daripada Tamim agar dapat dimenangkan oleh ALLAh s.w.t. Maka berkatalah
Raja jin Islam itu kepada Tamim," Hai sahabat Rasulullah s.a.w.mintadoa-doakan tuan
hamba kepada ALLAh s.w.t. supaya dimenangkan oleh ALLAH s.w.t. segala Islam itu
berperang dengan kafir itu kerana Islam itu hanyalah sedikit sahaja."

Lalu mereka pun masuklah berperang hingga dua hari dua malam lamanya berperang itu
dan tiadalah yang kalah antara mereka. Maka datanglah kepada ketiga harinya dan
berkata Raja Jin Islam itu kepada Tamim, "Hai sahabat Rasulullah s.a.w. berdirilah tuan
hamba ini dekat dengan hamba. Suruhkanlah segala Jin Islam itu masuk berperang
dengan bersungguh-sungguh hati." Maka berdirilah Tamim dekat dengan Raja Jin Islam
itu seraya berkata ," Janganlah takut lagi kerana kafir itu banyak dan adalah kami ini
kepada suatu masa kami orang-orang Arab pergi berperang ke benua Rom, adapun
banyaknya orang Rom itu dua ratus ribu dan pergilah kami berperang akan mereka, sabar
kami serta harap kami akan tuhan seru sekalian alam akan menolongnya kami." Dengan
takdir ALLAh s.w.t. dimenangkannya kami dan begitu jugalah kamu, jangan sekalian
kamu takut sebab mereka itu banyak serta bertawakkal-lah kepada ALLAH s.w.t."
Maka didengar oleh pahlawan Jin Islam itu akan kata Tamim lalu diserbukan dirinya ke
dalam tentera kafir dan berperanglah mereka dengan bersungguh-sungguh hatinya.
dengan takdir ALLAh s.w.t menanglah mereka dalam pertempuran itu. Banyaklah jin
kafir yang mati dan bersukalah Raja Jin Islam itu dan segala orangnya seraya berkatalah
Raja Jin Islam ," Hai tuan-tuan sekalian ialah dengan berkat sahabat Rasulullah s.a.w.
maka alahlah oleh jin kafir itu." Dan begitulah segala jin kafir itu di suruh masuk Islam
tetapi tidaklah mahu akan Raja jin kafir melainkan dibayarnya hasil pada Raja Jin islam
itu tiap-tiap tahun Dan antara mereka ada yang dipenjarakan.

Kemudian kepada Tamim itu di suruhnya tinggal bersama Raja Jin Islam itu dan
mengajarkan akan anak Raja Jin Islam tu tentang Al-Quran. Maka anak-anak Raja jin itu
pun hafaz membaca Quran semuanya berkat sahabat Rasulullah s.a.w. Sehingga tibalah
suatu masa kerinduan Tamim akan kampung halamannya,anak-anak dan isterinya beserta
kerinduannya kepada Saidina Ali r.a dan AmirulMukminin Umar Al-Khatab. Mendengar
akan hal tersebut menjadi sedihlah Raja Jin Islam itu dan teramat sayangnya pada Tamim
kemudian pergi bertemulah dia dengan seorang hulubalang raja jin kafir iaitu Sahrah
namanya kerana terlalu amat kuasanya di mana dia boleh melalui perjalanan yang jauh
hanya dengan satu malam saja.

Bermulalah dari hal itu Tamim melalui perjalanan yang maha ajaib di bawa oleh Sahrah
jin kafir itu beserta pesanan dan perjanjian agar dilepaskan dari belengu rantai yang
dipenjarakan serta diampuni dosanya dengan Raja Jin Islam itu. Tersangat pilulah akan
Raja Jin itu tatkala Tamim hendak pergi dan bermohon sampaikan sembah dan salam
akan Raja Jin kepada Rasulullah s.a.w. dan AmirulMukminin Umar r.a, Saidina Ali r.a
dan Usman r.a. Dengan seketika ghaiblah Tamim dari pandangan matanya dan
menangislah mereka terhadap guru mereka dan lagi pula ia adalah sahabat Rasulullah
s.a.w. dan pulanglah mereka ke rumah masing-masing.

Tamim Ad-Dhari bertemu dengan Dajjal


Maka adalah dalam perjalanan Tamim itu serta dengan lapar dan dahaganya maka ia
punmeminta doa pada ALLAH s.w.t.supaya bersyukur ada pertemukan ALLAH s.w.t.
dengan anak isterinya. Dalam perjalanan ini bertemulah dengan seekor binatang yang
sekalian rupanya bintang. Maka adalah di dalam seekor itu lengkap rupanya segala
binatang ada di dalam tubuhnya. Maka terkejutlah Tamim melihat rupanya yang
demikian itu. Demi dilihat oleh binatang itu kepada Tamim berjalan maka berkatalah
binatang itu , " Orang manakah engkau ini?" Maka dijwab Tamim ," Aku lah orang
Arab." Kemudia berkata pula binatang itu ," Hai orang Arab masuklah engkau ke dalam
rumah aku ini kerana yang empunya rumah hendak bertemu kepadamu kerana orang
Arab."

Maka kata oleh Tamim Habibul Dari kepada binatang itu , " Hai hamba ALLAH ,berkata
benarlah tuan hamba dengan kerana ALLAH s.w.t.akan hambanya ini,siapa tuan hamba
ini?" Maka berkatalah binatang itu, " Akan hamba ini binatang yang dikeluarkan hamba
pada kemudian hari, keluar ia antara Safa dan Marwah dan hambalah yang membeza
akan kafir dan Islam itu. Hamba tandakan dengan tanda Islam itu ,adapun yang kafir itu
hamba tandakan dengan tanda kafir itu."
"setelah itu maka Tamim ibn Habibul Dari pun masuklah ke dalam rumah itu.Maka
dilihatnya seorang besar panjangnya sekira-kira sampai ke awan itu tingginyaButa
matanya sebelah dan kenalah rantai pada tubuhnya dan kepada lehernya itu hingga
sampai kepada kakinya,demikianlah halnya selama-lamanya.Maka dipanggilnya Tamim
ibn Habibul Dari demikian katanya,"hai hamba ALLAH marilah kemari,aku menanti
kedatangan engkau di sini." Seraya katanya,"orang manakah engkau ini,kaum apakah
engkau ini ?"

Maka katanya Tamim ibn Habibul Dari kepadanya seraya ia berkata,"Aku ini orang arab
dan madinah nama negeriku itu dan bangsaku daripada kaum ansari." "Maka datanglah
ke sini,aku hendak bertanyakan khabar yg sah kepadamu." Maka kata Tamim itu,"
baiklah,tanyalah oleh mu." Maka Dajjal itu bertanya, "Adakah lagi brdiri agama islam itu
selama-lamanya? "Maka katanya pula oleh Dajjal itu kepada Tamim ibn Habibul Dari,
"Hai orang arab ,Muhammad itu adakah lagi di dunia ?" Maka jawab oleh Tamim ibn
Habibul Dari, "Akan Rasulullah s.a.w setelah sudah wafat."

Maka berkata Dajjal,"Hai orang arab,sekarang ini siapakah khalifah ,kemudian daripada
Raulullah itu? " Maka jawab oleh Tamim itu, "Abu Bakar al-siddiq r.a menjadi
khalifahnya. Demikian juga sedikit pun tiada berubah agama islam itu pada masa
in,adanya Rasulullah s.a.w. "Maka di dengarnya kata Tamim ibn Habibul Dari yang
demikian itu kepada Dajjal,ia pun menjadi kecillah tubuhnya lalu ia pun menangislah
mendengar sebab kata Tamim yang demikian itu. Maka kata Dajjal kepada Tamim, "Hai
orang arab adakah abu bakar itu lagi hidup di dalam dunia ini atau tiadakah? "Maka
jawab oleh Tamim itu kepada Dajjal itu maka katanya, "Hai Dajjal adapun
Amirulmukminin Abu Bakar al-siddiq r.a itu maka sudah kembalilah ke rahmatullah
daripada negeri yg fana kepada negeri yg baka. "

Maka kata oleh Dajal kepada Tamim ibn Habibul Dari , "Hai orang arab,siapa pula lagi
yang menggantikan Abu Bakar itu yang sudah wafat itu.Segala sekarang ini,siapalah
yang menjadi khalifah yang di dalam negeri Madinah al-musyarfah itu ?" Maka jawab
oleh Tamim kepada Dajjal itu, "Maka sekarang ini Amirulmukminin Sayyidina 'Umar ibn
al-Khattab yang menjadi ganti daripada Abu Bakar itu. Terlampaulah kerasnya ia
menjadi ganti menjalankan daripada hukum syara' daripada Rasulullah s.a.w. yang
mendirikan agama islam itu pada masa ini."

Demi didengar oleh Dajjal katanya pada Tamim ibn Habibul Dari itu maka Dajjal pun
gementarlah tulang dan tubuhnya,segala sendinya itu seraya menangis dengan tangis
yang maha sangat,Maka kata Tamim ibn Habibul Dari, 'Hai orang yang dalam
rantai,apalah mulanya tuan hamba menangis ini? " Maka jawab Dajjal itu,"sebabnya
hamba punmenangis itu kerana hamba takut kepada Amirulmukminin 'Umar itu dan ialah
yg membutakan mata hamba itu." Maka bertanya pula oleh Tamim ibn Habibul Dari,
"Hai orang yang di dalam kena rantai itu,siapa tuan hamba?" Maka jawab Dajjal itu,
"Akulah Dajjal akhir zaman aku keluar."Maka kata Tamim ibn Habibul Dari , "Bila
kalanya engkau keluar? "Maka jawab Dajjal, "Apabila engkau keluar melihat perempuan
naik kuda itu,maka inilah alamatnya tanda aku akan dari dalam penjara ini." Maka kata
pula Dajjal 'alaihi la'nat itu katanya, "Hai hamba ALLAH sepeninggalan Rasulullah
s.a.w. sahabat Rasulullah itu adakah berkelahi sama sendirinya?" Maka jawab oleh
Tamim ibn Habibul Dari itu,"Tiada ada sahabat Nabi ALLAH itu berkelahi. " Maka kata
DAjjal, "Tiada berapa lagi nescaya keluarlah hamba daripada tempat ini."

Maka kata Tamim ibn Habibul Dari serta dilihat dahi Dajjal itu maka diludahkannya
muka Dajjal itu katanya, "Diamlah engkau hai syaitan di dalam rantai belenggu itu serta
mengucapkan kalimah 'la ilaha ilallah Muhammad Rasul Allah'."Serta didengar oleh
Dajjal kata Tamim ibn Habibul Dari yang demikian itu gemar segala tubuhnya seperti
daun kayyu ditiup oleh angin yang keras itu.Demikianlah adanya dan kerdillah tubuhnya
hingga hampir tiada kelihatan rupanya dan tubuhnya.Maka bertanya Dajjal itu kepada
Tamim ibn Habibul Dari,"Adakah umat MUhammad itu berbuat dosa yang besar-besar
itu? " Maka jawab Tamim itu, "Dosa apa yg terlebih besar itu? "Maka kata Dajjal itu,
"Adapun dosa terlebih amat besar tiu orang yang membunuh orang yang tiada sebenarnya
dan berbuat zinah dan bidaah dan fitnah dan memakan riba ganda berganda dan
mengambil arta anak yatim dan naik saksi dengan tiada sebenarnya dan meninggalkan
sembahyang dan lagi tia mahu memberi zakat."

Maka dijawab oleh Tamim ibn Habibul Dari, "Ada juga setengah orang yang ada berbuat
yang demikian itu,"Maka demi di dengar oleh Dajjal itu akan kata Tamim itu demikian
adanya maka tubuhnya besarlah rasanya,seraya katanya, "hampirlah masa aku akan
keluar dari tempatku ini."Serta dengan sukanya dan berseru-serulah ia dengan nyaring
suaranya dan besarlah tempik dan soraknya itu seperti akan terus tujuh petala
bumi.Demikian besar suaranya kerana terlalu suka mendengar orang berbuat dosa itu
demikian bunyinya dengan sebabnya.

Setelah terdengar suara Dajjal itu kepada malaikat sekaliannya,maka datanglah seorang
malaikat membawa satu tongkat daripada besi bernyala-nyala itu.Setelah sampai kepada
Dajjal itu maka di palunya akan Dajjal itu dengan tongkat itu.Maka Dajjal pun marasai
palunya malaikat itu pun diamlah serta mengecil akan dirinya,maka lalu kembali seperti
sediakalanya,di dalam pada itu WalLahu a'lam bissawab.

-----------------

Setelah dinikahkan di hadapan segala khalayak itu ,maka ia pun kembalilah segera ke
rumahnya laki-isteri serta sampailah keduanya mereka itu ke rumahnya maka hari pun
maghriblah dan Hadri pun sembahyanglah pada waktunya.Maka dengan takdir Allah
s.w.t. atasnya, hambanya itu usahkan dijabatnya Siti Khaulah itu oleh Hadri ,malah
berkata-kata pun belum lah ia.Antara waktu Isyak itu pun datanglah Tamim Habibul Dari
ke rumahnya mendapatkan anak isterinya yang di antarkan oleh 'Awan' di suruhkan oleh
Nabi ALLAH Khidir.
Belum pun sempat isterinya melayari malam-malam perkahwinannya bersama Hadri
tiba-tiba Tamim al-Dari muncul kembali di depan isterinya yang baru saja di-kahwin-kan
oleh Saidina Umar r.a. Maka berlakulah pertengkaran di antara mereka bertiga. Masing-
masing mahu memperjuangkan hak mereka lantas akhirnya disyorkan untuk berjumpa
Saidina Umar Al-Khatab untuk mendapatkan nasehat dan pandangan.

Sayangnya Saidina Umar sendiri tidaklah dapat meleraikan kebuntuan itu pada ketika itu
dan jalan terakhirnya ialah mendapatkan nasehat daripada Saidina Ali r.a. Maka Saidina
Ali berjaya meredakan kekecohan ini kerana pernah suatu ketika Junjungan Nabi
Muhammad s.a.w. menceritakan peristiwa Tamim Al-Dari kepadanya. Untuk mengenal
pasti bahawa Tamim Al-Dari benar-benar masih hidup, maka tanda-tanda yang ada di
badan Tamim Al-Dari iaitu sopak sebesar satu dirham mesti dilihat terlebih dahulu dan
ternyata tanda-tanda itu memang ada di tubuhnya.

Lalu Tamim Al-Dari menceritakan kedudukannya yang sebenar iaitu bagaimana dia
dilarikan oleh jin kafir,berperang dengan makhluk itu,kemudian dipermuliakan oleh Raja
Jin Islam dan atas budi baik Raja Jin Islam ini beliau cuba diterbangkan balik ke Madinah
dengan pertolongan Jin kafir ( tawanan perang ).

Berhubung dengan alam jin Islam dan Kafir ini memang ada tertera di dalam Al-Quran
sebagaimana yang dikatakan di dalam Surah Al-Jin,ayat 13 dan 14 yang bermaksud
sebegini ; 'Alam jin mengandungi golongan-golongan yang beriman kepada ALLAH
menyerah diri kepadanya dengan ikhlas, jujur, disamping itu terdapat juga Iblis yang
dikutuk berserta tenteranya yang sesat lagi menyesatkan '.

Kita diingatkan juga bahawa kemampuan manusia dan jin untuk meneroka sesuatu yang
dilarang adalah terbatas dan mendapat tentangan. Jadi jin yang ingin mengetahui rahsia
yang ada di langit adalah sia-sia seperti firman ALLAH dalam Surah Ar-Rahman ayat 33
dan 34, bermaksud ;
'Hai Para Jin dan manusia! Sekiranya kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi,
lintasilah ! dan kamu tidak akan sanggup melintasinya melainkan dengan kekuasaan '.

Malangnya ketika mereka melintasi tepian langit, malaikat telah melontarkan panah api
ke arah Jin afrit maka terbakarlah dan hangus ia,manakala Tamim Al-Dari jatuh ke dalam
laut. Tamim Al-Dari terdampar di sebuah pulau dan bertemu pula dengan sekumpulan
syaitan yang merancang untuk menyesatkan manusia. Kemudian beliau bertemu dengan
jin afrit yang lain dan berpakat untuk mencuri cincin Nabi ALLAH Sulaiman. Niat buruk
mereka tidak berhasil,jin afrit yang menyerupai manusia dipatuk oleh ular dan Tamim
Al-Dari diberi amaran. Ular yang menjaga Nabi ALLAH Sulaiman ini yang sebenarnya
adalah malaikat.

Dalam usahanya untuk kembali ke Madinah ,Tamim Al-Dari telah menumpang kapal dari
benua Hindi. Nasibnya masih kurang baik kerana kapal yang ditumpanginya itu rosak
dan binasa berserta orang-orangnya kecuali Tamim Al-Dari, apabila gelombang besar
mengganas dengan tidak semena-mena. Tamim Al-Dari sekali lagi memaksa dirinya
berenang untuk menyelamatkan dirinya sehingga bertemu dengan sebuah pulau dengan
penduduknya terdiri dari kaum Hawa. Diikuti pula pertemuannya dengan Jin afrit sekali
lagi yang menyerupai unggas yang membawanya terbang hingga ke tempat persemadian
Nabi ALLAH Sulaiman dan percubaan kali ini juga gagal. Jin afrit mati dipatuk
ular,manakala Tamim Al-Dari diusir keluar dari gua itu.
Dalam meneruskan perjalanan, Tamim Al-Dari berpeluang pula bertemu dengan seorang
gadis yang cantik yang sudi menolong Tamim Al-Dari agar dapat kembali ke tempat
asalnya. Anak jin ( orang suruhan gadis itu )tidak jujur kerana dia telah membuang
Tamim Al-Dari ke dalam laut. Tamim Al-Dari berenang lagi untuk menyelamatkan
dirinya hingga sampai ke sebuah pulau yang kemudiannya di datangi pula oleh seekor
unggas yang baik hati yang memberinya air minuman melalui paruhnya. Unggas yang
istimewa ini tinggal di pulau ini sebagai mentaati perintah Nabi ALLAH Ishak yang
mahukannya sebagai penunjuk jalan kepada orang yang sesat. Bintangnya bersinar pada
kali ini apabila beliau berpeluang untuk memasuki syurga , menikmati segala-galanya
yang ada di dalam syurga. Malangnya beliau tidak dibenarkan tinggal di alam itu untuk
selama-lamanya kerana penghuni syurga adalah milik mereka yang telah meninggal
dunia. Tamim Al-Dari keluar dari syurga walaupun hatinya berat untuk berbuat
demikian. Dalam keadaan yang gundah-gulana beliau memaksa kakinya berjalan
sehingga sampai ke padang pasir dan bertemu dengan barang-barang berharga. Tamim
Al-Dari cuba mengambilnya untuk dibawa pulan tetapi niatnya tidak sampai kerana
dihalangi oleh seekor ular hitam yang mematuk kakinya sehingga dia pengsan. Setelah
sedar, beliau meneruskan perjalanan semula dan akhirnya berjumpa dengan Nabi
ALLAH Khidir. Nabi ALLAH Khidir menceritakan segala rahsia di sebalik peristiwa-
peristiwa yang telah dilaluinya. Atas pertolongan Nabi ALLAH Khidir ( beliau
memerintah awan ), Tamim Al-Dari pulang semula ke pangkuan isterinya. Kemunculan
semula Tamim Al-Dari inilah menimbulkan kekecohan yang akhirnya mengheret mereka
bertiga menemui Saidina Umar Al-Khatab dan Saidina Ali.

Saidina Ali tersenyum mendengar cerita Tamim Al-Dari kerana beliau pernah mendengar
cerita seperti itu daripada Rasulullah sendiri. Tanda seperti sopak di belakang dan
lututnya sebesar satu dirham adalah penyelamat kepada rumahtangga Tamim Al-Dari dan
Siti Khaulah. Siti Khaulah kembali semula kepada Tamim Al-Dari dan batallah nikahnya
dengan Hadri,manakala Hadri pula telah di janjikan oleh Saidina Umar untuk
dikahwinkan dengan gadis lain. wallahualam bissawab.

Sebagaimana Nabi Ibrahim a.s pernah datang ke sebelah kampuchia lalu megahwini Siti
Jawiah untuk meneruskan usaha mengembangkan titisannya dalam mengembangkan
syiar ketauhidan jadi tidak mustahil pula seandainya dikatakan sahabat Nabi s.a.w. yang
ini juga pernah datang bagi meneruskan kesinambungan usaha dakwah yang dijalan bagi
meneruskan kesinambungan kebangkitan agama di akhir zaman ini...

Anda mungkin juga menyukai